Allah Juga Cemburu...

Allah Juga Cemburu...

by Fiqa Al-farafishah on Tuesday, January 11, 2011 at 12:58am

Di dalam hidup ini, kita dikurniakan Allah s.w.t dengan pelbagai nikmat sebagai pelengkap kehidupan kita.Seorang ibu dikurniakan anak sebagai penyeri kehidupannya,seorang isteri dikurniakan suami sebagai rakan berkongsi hidupnya,manusia dengan makan yang cukup serta tidur yang lena.Allah limpahkan rahmatNya agar manusia itu tidak merasai kesusahan dalam kehidupannya.SubhanAllah..Allah itu Maha Pemurah kan?Tapi, malangnya ramai manusia yang terbuai-buai dengan nikmat kurniaan Allah itu sehinggahatinya hanya mengingati duniawi dan melupakan Ar-Rahim yang mengurniakan segala-galanya.Tidak malukah kita pada Allah yang berterusan memberikan `permata` kepada kita tetapi hati kita tidak mengingatiNya,tidak sujud dengan rendah hati mensyukuri nikmat kurniaanNya.Sebaliknya,kita mengagungkan insan yang bergelar manusia yang juga punya kelemahan seperti kita serta lena dibuai keindahan kehidupan dunia.Si kaya dengan hartanya,si couple dengan kekasihnya, si cantik dengan alat kosmetiknya,si kacak dengan perfume brandednya.

Hati juga merupakan salah satu nikmat kurniaan Allah kepada manusia.Bayangkan sekiranya kita tidak mempunyai hati?Pasti kehidupan ini terasa kosong tanpa sebarang perasaan untuk merasai kasih sayang,menangis malah untuk marah sekalipun.Seorang hamba Allah yang bertaqwa pasti sentiasa menjaga hatinya agar bersih dari kotoran duniawi supaya dapat dia mendekati `kekasihnya` dengan hati yang hanya penuh dengan perasaan cinta padaNya.Namun,untuk menyatakan cinta pada Allah bukanlah sesuatu yang mudah kiranya amal perbuatan kita tidak setanding dengan perasaan cinta itu.Bagaimana mungkin seorang hamba mengaku cinta pada Allah sedangkan ia tidak cemburu apabila melanggar perintah Allah.Samalah juga bila ada yang mengaku mencintai seseorang tetapi tidak cemburu pabila kekasihnya dikacau orang lain malah turut menyakiti kekasihnya sendiri.
Sahabatku,Allah juga begitu.Allah juga pencemburu seperti kita.

"Sesungguhnya Allah cemburu dan seorang mukmin juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah jika seorang mukmin melakukan apa yang dilarang-Nya.” (HR. Bukhari Muslim). 

Cemburu bila hamba-Nya justeru mengutamakan yang lain, selain-Nya. Cemburu bila hamba-Nya justeru mementingkan yang lain, selain-Nya. Cemburu bila hamba-Nya enggan dan malu melakukan sekadar bangun malam dan solat di sepertiga malam. Cemburu bila melihat hamba-Nya justeru lebih sering mengingat yang lain, selain-Nya. Cemburu bila mendapati hamba-Nya melakukan kemaksiatan di tengah limpahan nikmat dan kurnia-Nya. Cemburu bila mendapati hamba-Nya melanggar perintah-Nya. Hamba yang mencintai Allah juga akan cemburu sesuai kadar cinta yang ada pada dirinya. Jika rasa cemburu tidak tersisa dalam hati, bererti cinta telah pergi, sekalipun lisan seseorang mengaku cinta.


Allah cemburu pada hati manusia.Apa ertinya?Allah mencintai kalau hati seorang hamba terkait denganNya sendirian ketika ia sedang dalam keadaan taat.Tetapi kadang-kadang hamba itu tersibukkan oleh dunia, maka Allah mengambil dunia tersebut, agar ia hanya sibuk dengan urusan Allah sahaja dan bertawakkal padaNya.

Lihatlah Nabi Ibrahim a.s saat tertarik pada nabi Ismail a.s.Nabi Ibrahim sangat menyayangi nabi Ismail sehinggakan Allah cemburu dengan nabi Ibrahim.Lalu Allah mengambil nabi Ismail dari tanganya.Dia memerintahkan padanya untuk menyembelih anaknya.Ketika ia meletakkan pisau di leher anaknya,yang ada di hatinya hanyalah kecintaan pada Allah.Begitu juga ketika nabi Yaakub a.s sangat tertarik pada nabi Yusuf a.s, sehingga kecintaan terhadap nabi Yusuf a.s memenuhi semua hidup dan hatinya.Maka Allah mengambil nabi Yusuf a.s selama 20 tahun, sehingga hatinya kembali dipenuhi cinta pada Allah.Setelah itu,Dia mengembalikan nabi Yusuf a.s padanya. 
Terkadang,begitu cintanya Allah pada kita, Dia mengambil semua "sebab" yang kita telah terbiasa dengannya.Seperti mereka yang dekat di hati, misalnya ahli keluarga kita atau bahkan sesuatu yang kita cintai. Ada yang meninggalkan tugas dan pekerjaan yang selama ini dilalui bersama, atau bahkan meninggal dunia. Dengan semua itu, seolah Allah ingin mengatakan kepada kita,

"Wahai hambaKu, Aku ingin engkau datang dan berlindung hanya kepadaKu." 

Makna ini indah sekali.Ketika kita ditimpa musibah,kita sangat jauh dari Allah, sehingga kita terlebih dahulu meminta bantuan insan lain tanpa terus memohon pertolongan Allah.Allah cemburu kerna kita melupakanNya dan mendahulukan yang lain selainNya.Ketika kita dibuai-buai dengan nikmatNya,Allah turunkan ujianNya.TujuanNya hanyalah untuk kita kembali kepadaNya.Agar hati kita hanya mengingatiNya. Khadijah dan Abu Talib diwafatkan, agar Nabi s.a.w semakin bergantung kepada Allah s.w.t."Kau Muhammad, hanya perlu kembali kepada-Ku, kerana Aku telah mengambil semua sebab (kemenangan) bagimu."Ketika semua jalan tertutup,janganlah bersedih. Ketahuilah bahawa Allah menginginkan kita kembali padaNya hingga kita mengetahui Dia itu Al-Wakil. Peliharalah hati agar sentiasa bertasbih mengingatiNya.Ingatlah hati adalah raja kepada tubuh badan kita.Seluruh anggota mentaatinya,tidak menyalahinya.Jika ia menjadi raja yang baik,maka seluruh rakyat menjadi baik,sebaliknya jika ia menjadi raja yang rosak,maka rosaklah seluruh rakyatnya.

"..Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya.Dan apabila rosak, rosaklah badan sekeliannya.Ketahuilah!Itulah HATI."
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


"Apabila seseorang itu sedar tujuan hidupnya di atas muka bumi ini hanyalah sebagai hamba Allah, akan terdetik di hatinya bahawa semua yang dimilikinya adalah pinjaman semata2 dari Allah s.w.t"

Comments

Popular posts from this blog