Jauhilah Pembaziran Kerana Membazir adalah Saudara Syaitan!

oleh Abu Basyer


Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap manusia telah dijamin rezekinya oleh Allah S.W.T. Manusia hanya perlu berusaha dan berikhtiar untuk mencari rezeki. Orang mukmin sentiasa bersyukur apabila ia memperolehi rezeki daripada Allah S.W.T samaada banyak atau sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Islam itu mudah dan indah. Lihat dalam bab anjuran bersyukur. Walau sikit rezeki yang kita dapat, Allah SWT suruh bersyukur. Lagi banyak rezeki lagi patut banyak-banyak syukur.

Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: "Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur engkar sesungguhnya azab siksaKu amatlah keras".

Agama Islam begitu menitikberatkan persoalan berhemat dalam membelanjakan harta atau wang, dan Islam menegaskan agar umatnya tidak melakukan pembaziran yang hanya akan mendatangkan kerugian. Pembaziran diambil dari kalimah Bahasa Arab iaitu yang bermaksud membazir atau boros. Manakala dari sudut istilah syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).

Ibnu Mas’ud menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan menafkahkan (mengeluarkan) atau menggunakan harta pada jalan maksiat yakni tidak pada jalan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan tidak berlandaskan tuntutan sunah Rasulullah S.A.W.

Manakala Ibnu Kathir pula mentakrifkan pembaziran sebagai perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkara-perkara maksiat yang melanggar perintah Allah S.W.T.

Dalam membincangkan tentang konsep pembaziran, ramai di kalangan kita yang tersalah anggap hingga menyempitkan ruang lingkup pembaziran kepada wang dan harta benda sahaja. Sesungguhnya konsep pembaziran itu sangat luas skopnya dan ruang perbincangannya mencakupi perkara-perkara bersifat material (kebendaan) dan bukan material.

Perkara-perkara yang berbentuk kebendaan meliputi harta benda seperti wang ringgit, makanan, minuman, pakaian, air, tenaga (elektrik dan minyak petrol) dan sebagainya. Manakala pembaziran dari sudut bukan material pula termasuklah tenaga, masa, ilmu, perbuatan manusia, kuasa, usia dan sebagainya.

Harta benda, wang, pakaian, kenderaan, kediaman, tenaga, masa dan sebagainya itu adalah nikmat pemberian Allah S.W.T. yang wajar kita hargai dengan memanfaatkannya ke jalan yang baik.

Sekiranya perkara-perkara tersebut dipergunakan pada jalan sia-sia serta dilarang oleh Allah S.W.T, maka ia termasuk di dalam pembaziran. Mereka yang suka membazir dan boros ini sebenarnya tergolong di dalam kalangan orang-orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat pemberian Allah S.W.T (kufur nikmat).

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah S.W.T menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israa' ayat 26-27, yang bermaksud: "...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".

Marilah kita amalkan sifat suka bersyukur, jauhi sama sekali sifat atau sikap kufur itu. Kemudian jangan kita menjadi saudara syaitan dengan sebab amalan suka membazir atau boros.

Pendek kata, umat Islam mesti hayati dan amalkan sifat terpuji suka bersyukur kerana mendapat apa jua nikmat atau rezeki kurniaan Allah walau sedikit . Dan jangan sekali-kali cuba mengamalkan amalan suka membazir, walau sekadar membuang sesudu nasi, 5 sen atau sebagainya. Yakinlah, bahawa dengan mengamalkan perintah Allah atau syariat-Nya dalam Islam ini pasti hidup umat Islam akan lebih baik, berkat dan sentiasa dalam lindungan serta keredaan Allah S.W.T, insya Allah.

Sahabat yang dimuliakan,
Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat 9 bentuk pembaziran yang dilakukan oleh manusia, antaranya :

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika ilmu tidak digunakan untuk jalan kebaikan . Jikalau menyampaikan ilmu dengan rasa riak atau ujub kerana ianya menghapuskan pahala.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika amalan tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas . Ada matlamat selain daripada Allah S.W.T. Amalan seperti ini tidak akan dipandang oleh-Nya.

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika harta dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika hati kosong dari kasih kepada Allah.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika cinta dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepadaNya

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika masa tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu jika tidak memikirkan sesuatu yg bermakna kepada agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Alhamdulillah, terlalu banyak nikmat Allah kurniakan kepada kita semua.Tapi malangnya, manusia sering membazir. Contoh yang paling mudah adalah pembaziran makanan. Jika diperhatikan di tempat-tempat makan, pasti ada saja makanan yg tidak habis dimakan atau dibuang begitu saja.

Oleh itu, elakkan pembaziran supaya tidak tergolong dlm golongan "saudara-saudara syaitan", na'uzubillah.

Terdapat beberapa cara supaya kita dapat mengelakkan pembaziran iaitu :

1. Sebelum membeli makanan, fikirlah dahulu,supaya tidak tersalah beli atau jika hendak memasak,anggarkan kuantiti makanan yg sesuai dengan bilangan ahli keluarga atau tetamu untuk seorang makan.

2. Jika tak mampu menghabiskannya, rancanglah untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang tidak banyak.

3. Jika makanan adalah dalam kuantiti yyang banyak, elok juga jika diagihkan pada jiran atau kawan-kawan.

4. Jika setelah selesai makan, tapi masih berbaki, simpanlah makanan itu supaya boleh dimakan kemudian.

5. Jika berniat untuk membuang makanan, fikirlah sejenak akan nasib saudara-saudara kita di Palestin,  di Afrika dan mereka yg kurang bernasib baik. Jika ada sisi makanan yang hendak dibuang pastikan makanan tersebut diberikan kepada haiwan supaya tidak dikira sebagai membazir.

6. Jika punyai selera makan yg tinggi, makanlah dengan sederhana. Janganlah makan ketika perut terlalu lapar supaya tidak makan dengan berlebihan.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "....,makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan."(Surah Al-A'raf ayat 31)

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Maka sesungguhnya orang yang paling lama lapar pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak kenyang di dunia" (Hadis Riwayat Baihaqi dan AtTirmizi)

Akhirkata marilah sama-sama kita sentiasa bersyukur dan membuangkan tabiat suka membazir dan pastikan setiap wang ringgit, makanan, minuman, pakaian, rumah , kenderaan, masa, tenaga dan ilmu digunakan dengan bijak dan berhemah dan tidak membazir, pada masa yang sama  dapat  menguruskan serta memanfaatkan rezeki dan nikmat-nikmat kurniaan Allah. Mudah-mudahan nota ini dapat menjadi peringatan untuk kita semua.

MEMBAZIR AMALAN SYAITAN

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
salam sejahtera pada semua,semoga sentiasa dirahmati Allah,insyaAllah.

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Al-Isra', 17:27]

Pasti ayat di atas tidak asing lagi dan sering kita dengar melalui ceramah2 agama, artikel2 ilmiah, atau pesan orang2 tua.

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat 9 bentuk pembaziran yang dilakukan oleh manusia, antaranya :

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika ilmu tidak digunakan untuk jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika amalan tidak dilakukan dgn hati yg ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika harta dibelanjakan pada perkara yg tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika hati kosong dari kasih kepada Allah

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika cinta dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepadaNya

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika masa tidak diurus dengan sebaiknya

8. Pembaziran akal - iaitu jika tidak memikirkan sesuatu yg bermakna kepada agama

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Alhamdulillah, terlalu banyak nikmat Allah kurniakan kepada kita semua.Tapi malangnya, manusia sering membazir. Contoh yang paling mudah adalah pembaziran makanan. Jika diperhatikan di tempat2 makan,pasti ada saja makanan yg tidak habis dimakan,atau dibuang begitu saja.Mungkin fikir mereka,

"Oh,saya dah kenyang,tak baik makan berlebih-lebih."
"Saya diet.mana boleh makan banyak2."
"Erkk,berhenti sebelum kenyang!"
"Makanan ni tak sedap sgt.tak kena dgn selera saya.tak larat lah nak habiskan."
"Takpe,saya banyak duit,setakat tak habis setengah pinggan nasi,tak rugi pun."
...dan macam2 lagi dalih manusia...

Walaupun hal ni nampak simple,tapi harus diingatkan semula pada firman Allah di atas,iaitu,
"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan,sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Al-Isra', 17:27]

Oleh itu,elakkan pembaziran supaya tidak tergolong dlm golongan "saudara-saudara syaitan", nauzubillah.
di sini ada sedikit tips untuk mengelakkan pembaziran :

-sebelum membeli makanan,fikirlah dahulu,supaya tidak tersalah beli.atau jika nak memasak,anggarkan kuantiti makanan yg sesuai dgn bilangan ahli keluarga/kawan/tetamu/untuk seorang makan.
-jika tak mampu menghabiskannya, rancanglah untuk mengambil makanan dalam kuantiti yg tidak banyak
-jika makanan adalah dalam kuantiti yg byk,bagus juga jika diagihkan pada kawan2.sharing is caring :)
-jika setelah selesai makan,tapi masih berbaki, simpanlah makanan itu supaya boleh dimakan kemudian.
-jika berniat untuk membuang makanan,fikirlah sejenak,akan nasib saudara2 kita di Palestin dan mereka yg kurang bernasib baik.
-dan mahupun jika punyai selera makan yg tinggi,makanlah dengan sederhana.

"....,makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan."
[Al-A'raf,7:31]

"maka sesungguhnya orang yang paling lama lapar pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak kenyang di dunia"
[Hadis Riwayat Baihaqi dan AtTirmizi]

Walaubagaimanapun, membazir bukan saja dapat dilihat pada hal pembaziran makanan sahaja,tetapi juga hal2 yang lain seperti membeli rokok & merokok, boros dalam berbelanja, pembaziran elektrik, dan sebagainya.

Kesimpulannya, bijaklah dalam menguruskan serta memanfaatkan rezeki dan nikmat2 kurniaan Allah, supaya tidak menjadi orang2 yang merugi.Mudah-mudahan menjadi peringatan buat diri saya dan semua,insyaAllah.

Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog