Nota Kuliah al-Umdah: Waktu Dilarang Solat Dan Qadha Solat

Assalamualaikum wbt. Di sini saya ingin berkongsi apa yang sempat dicatat dalam kuliah Umdatul Ahkam bab waktu dilarang solat yang disampaikan oleh Ustaz Subhan Khadafy.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ : (( شَهِدَ عِنْدِي رِجَالٌ مَرْضِيُّونَ - وَأَرْضَاهُمْ عِنْدِي عُمَرُ - أَنَّ النَّبِيَّ نَهَى عَنْ الصَّلاةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ , وَبَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ )) .

Daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas Radiallahu ‘Anhuma beliau berkata: Lelaki-lelaki yang diredhai yang berada bersamaku –di antara mereka ialah yang paling diredhai (Allah iaitu) ‘Umar Radiallahu ‘anhu- menyaksikan Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam melarang daripada mendirikan solat selepas Subuh sehingga terbitnya matahari, dan selepas Asar hingga terbenamnya matahari. [Sahih al-Bukhari: 581, Musnad Ahmad: 1/179]


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ أَنَّهُ قالَ : (( لا صَلاةَ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَرْتَفِعَ الشَّمْسُ , وَلا صَلاةَ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغِيبَ الشَّمْسُ )) .
Daripada Abu Sa’id al-Khudri Radiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Tidak ada solat selepas Subuh sehingga terbitnya matahari, dan tidak ada solat selepas Asar sehingga terbenamnya matahari. [Sahih al-Bukhari: 586]
Faedah ringkas:

1) Daripada hadis pertama diketahui bahawa generasi sahabat adalah generasi yang diredhai Allah. Ini juga berdalilkan surah at-Taubah ayat 100:
وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

Di dalam hadis di atas juga menunjukkan bahawa Umar adalah antara sahabat yang paling diredhai selepas Abu Bakar as-Siddiq Radiallahu ‘anhu.

2) Hadis di atas hanya menyebutkan tentang larangan solat selepas Subuh dan selepas Asar. Adapun pada waktu zawal, iaitu beberapa ketika sebelum masuk waktu Zuhur, adalah berdalilkan hadis ini.
أخبرني عن الصلاة ؟ قال " صل صلاة الصبح . ثم أقصر عن الصلاة حتى تطلع الشمس حتى ترتفع . فإنها تطلع حين تطلع بين قرني شيطان . وحينئذ يسجد لها الكفار . ثم صل . فإن الصلاة مشهودة محضورة . حتى يستقل الظل بالرمح . ثم أقصر عن الصلاة . فإن ، حينئذ ، تسجر جهنم . فإذا أقبل الفيء فصل . فإن الصلاة مشهودة محضورة . حتى تصلي العصر . ثم أقصر عن الصلاة . حتى تغرب الشمس . فإنها تغرب بين قرني شيطان . وحينئذ يسجد لها الكفار "
Daripada ‘Amru bin ‘Abbasah as-Salami, beliau bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam: “Terangkan kepada aku tentang solat. Jawab baginda: Dirikanlah solat Subuh. Kemudian janganlah solat ketika matahari terbit sehingga matahari meninggi. Sesungguhnya ia (matahari) terbit di antara dua tanduk syaitan, dan ketika itu kaum kuffar bersujud kepadanya. Kemudian solatlah, sesungguhnya solat itu disaksikan dan dihadiri. sehingga bayang-bayang matahari berada tepat di tengah-tengah tombak. kemudian janganlah bersolat. Sesungguhnya ketika itu api nerakadinyalakan. Apabaila sudah ada bayang-bayang, maka solatlah sesungguhnya solat itu disaksikan dan dihadiri sehingga solat Asar. Kemudian janganlah bersolat sehingga terbenamnya matahari. Sesungguhnya (matahari) terbenam di antara dua tanduk syaitan, dan ketika itu kaum kuffar sujud kepadanya. [Sahih Muslim: 832]

Ulama membahaskan apakah yang dimaksudkan dengan tanduk syaitan. Al-Imam an-Nawawi menyatakan ada tiga pendapat: a) Syaitan dan kelompok-kelompoknya keluar pada waktu itu b) Kekuatan syaitan c) Zahir hadis, iaitu memang benar-benar tanduk syaitan. Inilah qaul yang lebih selamat dengan mengambil zahir hadis kerana ia hal ghaibiyyat.

3) Solat yang dilarang pada waktu-waktu tersebut adalah solat sunat mutlaq. Adapaun solat yang mempunyai sebab ia tidak dilarang. Ini merupakan pendapat syafiiyyah, satu riwayat daripada Imam Ahmad dan Ibn Tamiyyah.

Ulama-ulama’ syafiiyyah berhujah bahawa hadis-hadis larangan ini adalah umum, jadi ia dikhususkan oleh dalil-dalil yang khusus. Solat-solat yang bersebab adalah seperti solat sunat tahiyatul masjid, sunat wudhu’, gerhana, qadha solat dan sebagainya. Termasuk juga adalah solat jenazah.

Akan tetapi, keluar daripada khilaf lebih selamat terutama apabila waktunya sudah hampir masuk ke waktu solat. Contohnya kita tiba di masjid beberapa minit sebelum masuk waktu Zuhur atau Maghrib, ketika itu lebih elok tunggu azan, dan selepas azan dirikan solat sunat.

Termasuk juga yang dikhususkan ialah sebelum solat Jumaat. Ini kerana terdapat banyak riwayat menunjukkan para sahabat mendirikan seberapa banyak solat sunat sebelum bermulanya azan Jumaat, sedangkan ia termasuk waktu dilarang.

4) Ia menunjukkan bahawa nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam sangat menjaga umatnya daripada terjebak meniru-niru kaum kuffar hatta di dalam beribadah kepada Allah.


Bab Qadha Solat:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رضي الله عنهما (( أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رضي الله عنه جَاءَ يَوْمَ الْخَنْدَقِ بَعْدَ مَا غَرَبَتِ الشَّمْسُ فَجَعَلَ يَسُبُّ كُفَّارَ قُرَيْشٍ , وَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , مَا كِدْتُ أُصَلِّي الْعَصْرَ حَتَّى كَادَتِ الشَّمْسُ تَغْرُبُ . فَقَالَ النَّبِيُّ  : وَاَللَّهِ مَا صَلَّيْتُهَا . قَالَ : فَقُمْنَا إلَى بَطْحَانَ , فَتَوَضَّأَ لِلصَّلاةِ , وَتَوَضَّأْنَا لَهَا , فَصَلَّى الْعَصْرَ بَعْدَ مَا غَرَبَتْ الشَّمْسُ . ثُمَّ صَلَّى بَعْدَهَا الْمَغْرِبَ )) .

Daripada Jabir bin Abdillah Radiallahu a’nhu bahawa Umar al-Khattab Radiallahu ‘anhu telah datang pada hari peperangan Khandak selepas terbenamnya matahari. Beliau mencaci maki kaum kafir Quraisy. Beliau berkata: Wahai Rasulullah! Aku hampir-hampir tidak dapat solat Asar sehingga matahar sudah mahu terbenam. Jawab nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam: Demi Allah! Aku juga belum solat. Kata Umar Radiallahu ‘anhu: Kami pun bangun bergerak ke Buthan (sebuah tempat di Madinah), lalu baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berwudhu’ untuk solat, dan kami pun berwudhu untuknya (untuk solat). Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam mendirikan solat Asar selepas terbenamnya matahari, kemudian mendirikan solat Maghrib selepasnya (selepas solat Asar). [Sahih al-Bukhari: 945 dan 596]

Faedah hadis:

a) Boleh caci maki orang kuffar kerana mereka tiada kehormatan. Akan tetapi hendaklah dinilai apakah caci maki kepada orang kafir itu bermanfaat atau tidak. Jika ia membawa kerosakan kepada umat Islam, boleh jadi berdosa, dan dosanya bukan kerana sebab mencaci maki orang kafir, tetapi kerana kerosakan yang dibawa kepada umat Islam.

b) Sunnahnya apabila mengqadhakan solat ialah mengikut tertib solat. Contoh qadha Zuhur, Asar dan Maghrib di dalam waktu Isya’, maka yang dilakukan ialah: Solat Zuhur, Asar, Maghrib dan terakhir Isya’. Tuntutan tertib tergugur tatkala kita lupa, tidak tahu perlu tertib atau waktu solat yang singkat. Contoh kita perlu qadha Zuhur dan Asar di dalam waktu Maghrib, sedangkan masa waktu Maghrib akan tamat dalam tenmpoh lima minit. Ketika itu hendaklah solat Maghrib, jika tidak, kita akan menambah jumlah solat kita di luar waktu.

c) Hadis ini menunjukkan wajibnya mengqadha’kan solat.

d) Hadis ini terjadi sebelum pensyariatan solat khauf/solat di dalam perang.

e) Orang yang tertidur, atau terlupa, hendaklah dia solat ketika dia ingat. Dia juga tidak berdosa. Daripada Anas bin Malik Radiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

إذا رقد أحدكم عن الصلاة أو غفل عنها ، فليصلها إذا ذكرها . فإن الله يقول : أقم الصلاة لذكري

Apabila salah seorang daripada kalian tertidur atau lupa daripada mendirikan solat. Maka bersolatlah ketika dia ingat. Sesungguhnya Allah Taala berfirman: Bangunlah untuk bersolat [Sahih Muslim: 684]

f) Tatacara solat qadha’ sama dengan solat ketika di dalam waktu. Jika kita mengqadhakan solat Subuh, Maghrib dan Isya’, hendaklah dibaca kuat, jika kita mengqadha’ solat Zuhur dan Asar, hendaklah dibaca perlahan. Begitu juga seperti azan dan iqamah, sebagaimana ia sunnah ketika solat di dalam waktu, maka begitu juga di dalam qadha’. Digalakkan dilakukan berjemaah, ini sebagaimana di kisah nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam tertidur lalu terjaga di waktu siang.

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم حين قفل من غزوة خيبر سار ليله حتى إذا أدركه الكرى عرس وقال لبلال أكلأ لنا الليل فصلى بلال ما قدر له ونام رسول الله صلى الله عليه وسلم وأصحابه فلما تقارب الفجر استند بلال إلى راحلته مواجه الفجر فغلبت بلالا عيناه وهو مستند إلى راحلته فلم يستيقظ رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا بلال ولا أحد من أصحابه حتى ضربتهم الشمس فكان رسول الله صلى الله عليه وسلم أولهم استيقاظا ففزع رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال أي بلال فقال بلال أخذ بنفسي الذي أخذ بابي أنت وأمي يا رسول الله بنفسك قال اقتادوا فاقتادوا رواحلهم شيئا ثم توضأ رسول الله صلى الله عليه وسلم وأمر بلالا فأقام الصلاة فصلى بهم الصبح فلما قضى الصلاة قال من نسي الصلاة فليصلها إذا ذكرها فإن الله قال ! وأقم الصلاة لذكري

Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam ketika kembali dari Peperangan Khaibar, baginda berjalan malam hari, sehingga baginda mengantuk. Nabi memerintahkan Bilal supaya tidak tidur. Maka Bilal mendirikan solat pada waktu malam berulang-ulang dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam dan sahabat-sahabat yang lain tidur. Ketika menghampiri waktu fajar, Bilal bersandar pada haiwan tunggangannya dengan menghadap ke arah fajar (matahari). Lalu terlelaplah Bilal sambil bersandar pada haiwa tunggangannya. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam, Bilal dan para sahabat tidak terjaga sehingga (cahaya) matahari menyinari mereka. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam adalah yang paling awal bangun. Lalu Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam merasa panik, lalu baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda kepada Bilal: Bagaimana ini wahai Bilal! Jawab Bilal: telah memegang diriku yang memegang dirimu (iaitu Allah, Yang membuatkan aku tak boleh bangun daripada tidur seperti yang aku janjikan adalah Allah yang tak membuatkan engkau bangun). Lalu baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berkata: Tariklah (haiwan-haiwan tunggangan), lalu para sahabat menarik haiwan tunggangan mereka (Mereka pergi ke tempat lain).

Kemudian baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berwudhu dan mengarahkan Bilal untuk iqamah, kemudian baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam bersolat Subuh bersama mereka. Setelah selesai solat, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Sesiapa yang lupa solat, maka hendaklah dia solat ketika dia ingat, sesungguhnya Allah Taala berfirman: Maka bangunlah dirikan solat untuk mengingatiKu. [Sunan Ibn Majah: 577]

Rujukan tambahan:

http://islamqa.com/en/ref/20013

Making up prayers at times when prayer is disallowed
People say that no kada(due)prayer can be offered immediaely after the 'Asr' prayer. Please help by giving me a comprehensive answer regarding this saying.

Praise be to Allaah.  

Firstly – there are some times at which the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) disallowed prayer. These are: 

1 – From after Fajr prayer until the sun has appeared and risen to the height of a spear, i.e., approximately fifteen minutes. (al-Sharh al-Mumti’, 4/162). 

2 – The time when the sun is at its zenith in the middle of the sky. This is a short time before the time for Zuhr prayer begins, approximately one-quarter of an hour or twenty minutes. (Fataawa al-Shaykh Ibn Baaz, 11/286). Some of the scholars said that it was shorter than that. Ibn Qaasim (may Allaah have mercy on him) said that it is a brief time period, not even long enough to pray, only enough to say the takbeer to start the prayer. (Haashiyat Ibn Qaasim ‘ala’l-Rawd al-Murabba’, 2/245) 

3 – After ‘Asr prayer until the sun sets. 

These three times were mentioned in many ahaadeeth in which the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) forbade praying at these times. These ahaadeeth include the following: 

1 – Al-Bukhaari (586) and Muslim (728) narrated that Abu Sa’eed al-Khudri (may Allaah be pleased with him) said: “The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: ‘There is no prayer after ‘Asr prayer until the sun has set, and no prayer after Fajr prayer until the sun has risen.’” 

2 – Muslim (832) narrated that ‘Amr ibn ‘Abasah al-Sulami (may Allaah be pleased with him) said: “I said, ‘O Prophet of Allaah, tell me what Allaah has taught you and I do not know, tell me about the prayer.’ The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: ‘Pray Subh (Fajr) prayer, then do not pray until the sun has appeared and risen… then pray for your prayer is witnessed and attended (by the angels), until the shadow of a spear points due north  – which is the time when the sun is in the middle of the sky – then stop praying, for at that time Hell is stoked up. When the shadow turns – which is the beginning of the time for Zuhr – then pray, for your prayer is witnessed and attended (by the angels), until you pray ‘Asr. Then stop praying until the sun sets…” 

Secondly: what is meant by making up prayers (qada’) is doing the prayer after the time for that prayer is over. The made-up prayer may be either fard (obligatory) or naafil (supererogatory). 
Fard prayers: The Muslims must pray regularly at the times defined by Allaah for each prayer. Allaah says (interpretation of the meaning): 

“Verily, As‑Salaah (the prayer) is enjoined on the believers at fixed hours”[al-Nisa’ 4:103] 
Delaying the prayer until its time is over without a reason or excuse is haraam, and it is a major sin. 
If the Muslim has an excuse, such as sleeping or forgetting, and he was not able to do the prayer on time, then he must make up the prayer when that reason no longer applies, even if that is at one of the times when prayer is disallowed. This is the view of the majority of scholars. See al-Mughni, 2/515. 

The evidence for that is the words of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him): “Whoever sleeps and misses the prayer or forgets it, let him pray it when he remembers.” (Narrated by al-Bukhaari, 597; Muslim, 684) 

Naafil prayers: the scholars differed with regard to making them up at times when prayer is disallowed. The correct view is that they should be made up. This is the view of al-Shaafa’i (may Allaah have mercy on him). See al-Majmoo’, 4/170. It was also the view favoured by Shaykh al-Islam Ibn Taymiyah (may Allaah have mercy on him), as stated in al-Fataawa, 23/127. This is indicated by a number of ahaadeeth, such as: 
The report narrated by al-Bukhaari (1233) and Muslim (834) from Umm Salamah (may Allaah be pleased with her), that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) prayed two rak’ahs after ‘Asr, and she asked him about that. He said: “Some people from ‘Abd al-Qays came to me and distracted me from praying two rak’ahs after Zuhr, so I did them now.” 

Ibn Maajah (1154) narrated that Qays ibn ‘Amr said: the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) saw a man praying two rak'ahs after he had prayed Fajr prayer. The Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said, “Are you praying Fajr twice?” The man said to him, “I did not pray the two rak’ahs that come before it, so I prayed them now.” The Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) remained silent. This was classed as saheeh by al-Albaani in Saheeh Ibn Maajah (984). Ibn Qudaamah (may Allaah have mercy on him) said: the fact that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) remained silent indicates that it is permissible. (al-Mughni, 2/532). 

And Allaah knows best. May Allaah bless our Prophet Muhammad and grant him peace.

Islam Q&A
Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid

Comments

Popular posts from this blog