Shopping in Marrakesh-Tips menemani isteri bershopping. ..

Utk Suami Mithali..
Tips menemani isteri bershopping. ..

Makhluk di atas bumi ini yang paling seronok membeli-belah ialah
perempuan. Bagi orang lelaki, ia adalah satu kewajipan. Tetapi orang perempuan, ia adalah hobi, melegakan tekanan jiwa, meredakan gundah gulana dan menghiburkan hati sanubari.

Orang perempuan kalau membeli kerosang mungkin mengambil masa 30 minit - 1 jam untuk membuat keputusan membelinya. Dalam fikiran mereka tercatat pelbagai maklumat yang dirujuk sebelum membuat keputusan seperti.. sesuai tak dengan kebarung yang di baru beli tu... . match tak dengan warna tudung ... ada tak sesiapa sepejabat yang telah pakai corak pin ini ... . harga yang ni sama tak dengan yang terdapat di kedai sebelah ... kalau pakai ni nampak pelek tak ... . macam-macam seribu satu macam.
Lain sangat dengan orang lelaki. Contohnya membeli butang baju melayu. Itu pun kerana terlanggar semasa nak ke masjid, terus menanyakan harga... dan terus bayar. Tak sampai 2 minit. Langsung tidak terfikir sesuai tak dengan warna baju dan sebagainya. Ada lelaki tu pergi solat raya dengan memakai baju warna biru.. tetapi warna butangnya ada warna merah, emas dan ada yang dah terkeluar batu warna.. itupun biasa aje terus pakai... asalkan ada butang sudaaaah laa. Itu orang lelaki. Kalau isterinya nampak , pasti perang sakan di pagi rayasebab suami pakai butang tak matching dengan baju... kata dia, "Nanti orang kata apa laah isterinya tak pandai nak mendandan suami".. malu dia.

Perbezaan inilah yang menyebabkan salah satu punca konflik di antara
suami isteri terutama sekali di komplek-komplek membeli belah
sekarang ini. Isteri nak waktu yang lama, panjat kedai sana panjat
kedai sini untuk pilih satu kain.. Suami nak cepat sebab dah tak tahan
tengok cara isteri memilih barang. Akhirnya buat keputusan bawa anak
lari ke restoren.. LEGAAA.. boleh baca paper dan majalah.. itupun kot
anak2 tu tak nakal dan buas nak merayau.

Yang paling suami tak suka ialah.. apabila tiba di rumah... . isteri
mengadu barangan yang dibeli tersilap.. minta abg tolong tukarkan
dengan segera.. Dahla berjam-jam pilih barang.. tiba di rumah ada juga yang tersilap... .. suami mana tak melenting. Itu adalah tobii ciri-ciri
wanita yang ciptakan oleh Allah. Bukan sesuatu kelemahan.

Oleh itu, untuk memastikan peristewa di atas ini tidak berulang,
eloklah suami menggunakan tips ini. Paling kurang, tidaklah terlepas
pahala puasa kita kerana asyik geram marah padanya semasa shopping tu.

1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur,
barang yang dia akan beli lebih "masak" proses dia membuat keputusan.
Jika niat ini benar-benar dari hati kita, ia terpancar ke muka kita
walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat
tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa "sebagai suami, aku ingin
menghiburkannya kerana Allah Taala".

2. Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk
bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas
shopping. Kerana, waktu "kecederaan" yang diambil oleh isteri ini,
biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan
nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih
beraturberbaris di kaunter bayaran.. Akhirnya kemanisan yang dikecapi
selama 4 tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.

3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.

4. Semasa berkereta atas dalam perjalanan ke komplek membeli
belah.. eloklah tanyakan kepada isteri ... apa barang yang ingin beli,
apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika
kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan. .
(jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga
bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang
terdapat di England sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih
bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.

5. Tiba di kedai tu.. buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang
yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan
dia sendirian sambil kita pula merayau kedai lain.

6. Kalau dia meminta "second opinion" dengan kata-katanya, "Pelek tak
abang kain ni untuk saya"... ? berilah pandangan dengan kata-kata, "Pada
pandangan abang ... .." Jangan terus kata, "OK" .. Lawa.. kemudian
senyap.

7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak
beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah
dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya. Sebab faktor harga
adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja
lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

8. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang
sedang shopping. Dia nampak tau. Tapi kita dibolehkan mengusik
jurujual wanita-wanita tu dengan alasan untuk membantunya mendapatkan barangan kehendaknya.

9. Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang
telah dibeli tadi. pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia
kerana bijak memilih barangan itu.

10 PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian luar atau dalam di
tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai itu, kita
hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu
agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet. Malu dia dan kita.

Selamat mencuba dan semoga anda menjadi suami yang romantisi
lorong-lorong komplek membeli belah.

Percaya lah, jika tips ini anda amalkan, dia akan dengan senyap
membeli hadiah untuk anda tanda CINTAnya kepada anda. Dan dengan rasa megah menceritakan kepada kawan2nya, "baju ni hubby i yang pilih"

Comments

Popular posts from this blog