Pelbagai Tips

Assalamualaikum wbt...

Ini saya nak kongsi beberapa tips untuk melembutkan hati...


Tips Lembutkan Hati

Bacalah surah al-Hasyr ayat 21 yang bermaksud: Kalau sekiranya Kami menurunkan
Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Kemudian diikuti dengan bacaan Thaaha, ayat 1-6 yang bermaksud:
Thaaha. Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah. Sebaliknya sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah.Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas Arasy. Kepunyaanlahlah semua yang ada di langit, di bumi di antara keduanya dan semua yang ada di bawah tanah.

Selepas itu, bacalah surah al-Fatihah, ayat Kursi, Surah al-Ikhlas, Kafirun, An-Nas dan akhir sekali, ditutup dengan doa, Ya Allah, Kau lembutkanlah hati anak-anakku, hatiku sebagaimana Kau melembutkan besi Nabi Daud.


Selamat mencuba.. Wassalam...


TIP MELEMBUTKAN HATI LELAKI



Setiap insan di dunia ini mempunyai rasa kasih sayang. Lumrah dunia wanita akan kasih kepada lelaki, isteri akan sayang kepada suami. Oleh itu, hayati dan cuba amalkan tips ini untuk melembutkan hati pasangan anda.....

1. Sesuaikan rasa cinta kita dengan dirinya.
2. Timbulkan dorongan kebersamaan.
3. Wujudkan keakraban
4. Bina komitmen kita untuk dirinya
5. Rasa percaya adalah pengikat jiwa
6. Rasai apa yang dia rasa
7. Ketahui personalitinya
8. Jangan terlalu cemburu
9. Simpan rahsia pasangan
10. Kukuhkan talian kasih sayang bila berjauhan
11. Hati-hati dan sabar bila wujud perselisihan faham.
12. Jangan melukakan hati pasangan
13. Jadilah peminat paling setia
14. Buang cerita kekasih lama jauh-jauh
15. Kekalkan kecantikan dalaman
16. Gunakan akal dalam percintaan
17. Hati yang dekat diserasikan.
18. Hormatkan pasangan anda
19. Adakan waktu-waktu romantik
20. Kembangkan minat baru bersama
21. Usah cepat melatah
22. Ikut rentak bahasa badannya
23. Hidupkan suasana rumah yang aman
24. Lelaki perlukan sentuhan emosi
25. Elakkkan kritikan membunuh
26. Pamerkan minat kita pada kesukaannya.
27. Galakkan berbual mengenai angan-angan bersama
28. Ketahui hobinya
29. Bajai dengan kata-kata manis
30. Jadilah orang pertama di sisi yang tersayang
31. Ikat hati pasangan dengan ahli keluarga kita
32. Ikat hati keluarga sidia.
33. Bina reputasi baik terhadap sahabatnya
34. Jadikan anak-anak pelembut hatinya

Awas, tips ini hanya sesuai untuk pasangan yang telah berkahwin sahaja. Untuk keterangan lanjut bolehlah bertanya dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pn Aznora bt Yuseh yang sentiasa sedia untuk membantu anda.

Ayat Al-Quran untuk lembutkan hati anak

 Oleh: Ahmad Zaki

Kaedah Pendidikan Anak-Anak Menurut Islam yang dikarang Abdullah Nasih Ulwan boleh dijadikan panduan. Kaedah asasi menurut Islam itu membantu mendidik anak menjadi baik dan salih. Kaedah itu ialah pertama pengikatan iaitu:

# Ikatan kepercayaan (akidah).

# Ikatan kerohanian seperti melakukan ibadah fardu, membaca al-Quran, selalu ke masjid, sentiasa berzikir dan berdoa dan melakukan ibadah sunat.

# Ikatan pemikiran iaitu sentiasa memberi motivasi dan kesedaran kepada anak dan menggalakkannya menimba ilmu pengetahuan.

# Ikatan terhadap kemasyarakatan seperti mendidik mereka bergaul dengan rakan, jiran dan orang lebih tua untuk mewujudkan kerjasama dalam memantau aktiviti anak oleh masyarakat.

# Ikatan riadah yang perlu untuk kesihatan tubuh tetapi wajib menjaga batas aurat serta niat.

Kedua pula kaedah pengancaman iaitu mengingatkan bahaya dosa dan kejahatan, haram menderhaka kepada ibu bapa, perlu menjauhi hiburan yang melalaikan dan mengingatkan dari keruntuhan akhlak.

Justeru, apa yang digariskan Islam dalam mendidik anak dapat membantu ibu bapa menangani masalah seperti tidak mendengar kata di samping doa berterusan daripada ibu bapa serta teladan baik yang ditunjukkan dalam kehidupan harian.

Mengenai ayat al-Quran yang boleh diamalkan sebagai pelembut hati tidak ada yang diajarkan dalam hadis secara khusus cuma dianjurkan amalannya oleh ulama seperti surah Toha: ayat 1-6 sempena kisah lembut hati Umar al-Khattab apabila mendengar bacaan surah itu lalu memeluk Islam.  

Surah Al-Insyirah yang bermaksud perihal melapangkan dada dan beberapa -ayat lain perihal kecintaan dan kelembutan hati bagi menjinakkan seseorang.

http://www.bharian.com.my

Comments

Popular posts from this blog