Zikrullah 2 - ZIKRULLAH PENGUBAT HATI

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIYAH

8. ZIKRULLAH PENGUBAT HATI

1.       MAKSUD ZIKIR :
·         Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan
 
2.       TUNTUTAN BERZIKIR KEPADA ALLAH
·         Ia merupakan cara manusia berhubung dengan penciptanya
·         Orang bertakwa sentiasa mengingati dalam semua keadaan
 
3.       ADAB BERZIKIR
·         Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami maksudnya
·         Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas
·         Zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat didalam nas al-Quran atau as-Sunnah
·         Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah
·         Menggunakan suara yang perlahan
·         Perbanyakkan berzikir dalam suasana genting
·         Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat
·         Tidak berzikir semasa qadhak hajat
 
4.       SEBAB PERLU BERADAB KETIKA BERZIKIR
·         Supaya tidak menggunakan ketenteraman orang lain
·         Untuk mencapai kesempurnan dalam ibadat
·         Selaras dengan sunat rasulullah s.a.w
·         Supaya zikir diterima Allah
·         Berdisiplin dalam menunaikan ibadat
 
5.       HIKMAH BERADAB KETIKA BERZIKIR
·         Dikasihi Allah kerana Allah menyukai orang yang melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya
·         Mendapat ketenangan jiwa kerana berzikir dengan beradab memberi kesan kepada jiwa seseorang
·         Mendidik jiwa supaya mengingati Allah
·         Mendapat pahala
 









6.       LAFAZ DAN MASA YANG AFDHAL UNTUK BERZIKIR
·         لا إله إلا الله
·         Pada awal pagi
·         Selepas solat sunat dan fardhu
·         Semasa dalam sujud terakhir dalam solat
 
7.       KESAN MENGAMALKAN BERZIKIR DEPADA ALLAH
·         Tidak terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah kerana tidak mudah dikuasai syaitan dan mampu mengawal nafsu
·         Tidak lupa kepada tanggungjawab terhadap agama
·         Berada dalam keadaan tenang
·         Dapat menghidupkan hati yang telah mati akibat lalai dengan tuntutan agama
 
8.       KERUGIAN KEPADA ORANG YANG TIDAK BERZIKIR
·         Terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah kerana ia mudah dikuasai syaitan dan sukar mengawal nafsu
·         Lupa kepada tanggungjawab terhadap agama
·         Berada dalam keadaan gelisah

Comments

Popular posts from this blog