ZIKRULLAH

ZIKRULLAH PENGUBAT HATI

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIYAH

8. ZIKRULLAH PENGUBAT HATI

1. MAKSUD ZIKIR :
· Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan
2. TUNTUTAN BERZIKIR KEPADA ALLAH
· Ia merupakan cara manusia berhubung dengan penciptanya
· Orang bertakwa sentiasa mengingati dalam semua keadaan
3. ADAB BERZIKIR
· Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami maksudnya
· Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas
· Zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat didalam nas al-Quran atau as-Sunnah
· Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah
· Menggunakan suara yang perlahan
· Perbanyakkan berzikir dalam suasana genting
· Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat
· Tidak berzikir semasa qadhak hajat
4. SEBAB PERLU BERADAB KETIKA BERZIKIR
· Supaya tidak menggunakan ketenteraman orang lain
· Untuk mencapai kesempurnan dalam ibadat
· Selaras dengan sunat rasulullah s.a.w
· Supaya zikir diterima Allah
· Berdisiplin dalam menunaikan ibadat
5. HIKMAH BERADAB KETIKA BERZIKIR
· Dikasihi Allah kerana Allah menyukai orang yang melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya
· Mendapat ketenangan jiwa kerana berzikir dengan beradab memberi kesan kepada jiwa seseorang
· Mendidik jiwa supaya mengingati Allah
· Mendapat pahala









6. LAFAZ DAN MASA YANG AFDHAL UNTUK BERZIKIR
· لا إله إلا الله
· Pada awal pagi
· Selepas solat sunat dan fardhu
· Semasa dalam sujud terakhir dalam solat
7. KESAN MENGAMALKAN BERZIKIR DEPADA ALLAH
· Tidak terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah kerana tidak mudah dikuasai syaitan dan mampu mengawal nafsu
· Tidak lupa kepada tanggungjawab terhadap agama
· Berada dalam keadaan tenang
· Dapat menghidupkan hati yang telah mati akibat lalai dengan tuntutan agama
8. KERUGIAN KEPADA ORANG YANG TIDAK BERZIKIR
· Terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah kerana ia mudah dikuasai syaitan dan sukar mengawal nafsu
· Lupa kepada tanggungjawab terhadap agama
· Berada dalam keadaan gelisah

Comments

Popular posts from this blog