Selimut Putih - Nada Murni

Selimut Putih

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur dipembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan ‘kan kedinginan

Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela hidup

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur dipembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan ‘kan kedinginan

Nyanyian asli oleh Atiqah Rahman dari kumpulan nasyid / qasidah El Suraya.

Tau lagu tersebut? Dulu waktu saya masih kecil hingga remaja, ketika masih tinggal bersama kedua-dua ibu bapa, saya sering mendengar lagu tersebut. Ia merupakan lagu “wajib” pada setiap hari Jumaat sebelum masuk waktu sembahyang fardhu Jumaat. Stesen radio Malaysia (Radio 1 RTM) dan juga radio Singapura (FM94.2 Radio 1 Perbadanan Penyiaran Singapura – SBC) sering memutarkan lagu ini. Lagu ini juga pernah mengundang kontroversi di RTM suatu ketika dulu kerana katanya sesetengah ahli politik yang juga pembesar negara tak suka malah fobia bila mendengar lagu ini. Entahlah, saya pun tak berapa tahu cerita sebenarnya. Maklumlah, saya dulu jarang baca surat khabar sebab jarang beli. Lagi pun benda-benda macam tu saya tak ambik port!

Insaf? Memang insaf kalau kita menghayati lagu ini. Liriknya betul-betul tepat menunjuk ke diri kita sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini. Alangkah baiknya jika kita sentiasa mendapat rasa insaf pada setiap ketika sepertimana ketika menghayati lagu ini. Barulah sentiasa ingat akan Allah dan sentiasa berwaspada agar tidak terjerumus berbuat dosa atau maksiat.

Berikut saya senaraikan lagu Selimut Putih pelbagai versi dalam format mp3 agar boleh anda download untuk dijadikan ringtone telefon bimbit anda. Sila klik untuk memulakan download. Anda juga boleh mendengar langsung lagu-lagu tersebut dengan menggunakan kekotak JUKEBOX pada sisi kanan weblog ini.

Klik untuk download;

Video dari YouTube adalah versi Nada Murni. Silakan menonton.

Comments

Popular posts from this blog