cara cara pemanduan berhemah

 

we-can-do-it-21 ah ah ah. bangga belum abes abes neh. 3 tahun pon belum tentu boleh abes. ah ah ah. saya sudah boleh memandu kereta manual pergi dan balik kerja. perkara terhebat tahun 2011. rahsia pemanduan berhemah ini dengan bermurah hati ingin saya kongsi dengan pemandu pemandu baru, seperti saya. ah ah ah. pemandu lama pon boleh baca juga. yang tidak memandu seumur hidup pon boleh baca juga. ini ialah bacaan umum. 

bila pertama tama kali kita memandu, walau pon lesen sudah menjangkau dua tahun setengah. akan tetapi lesen jadi perhiasan semata mata. orang ada saya pon mau ada. tapi bila suruh bawa kereta alasan saya hebat hebat belaka. ah ah ah. jangan takut. disini saya bagi beberapa tips tentang pemanduan berhemah oleh saya sendiri. ah ah ah.

pedulikan bunyi hon.
bunyi hon memang perkara paling menggerunkan. sikit sikit orang mau hon. pin! pon!. bila terdengar bunyi hon, ah tidak kira lah bunyi itu untuk saya atau kenderaan lain, secara otomatik saya akan rasa panik. “siapa hon aku?” “eh kenapa dia hon aku?” atau pun soalan lazim saya terhadap abi “eh abi, tengok dia hon sape, mami ke? mami ke?” ah ah ah. saya memang kuat perasan. 

setelah diajar oleh abi untuk tidak mempedulikan hon tersebut, baharulah saya pandai sekarang. bila orang hon, buat bodoh sahaja. siul siul tengok atas tengok bawah. atau angguk angguk kepala mengikut rentak lagu di radio. buat buat menguap. kasi usai usai tudung. ah ah ah. dan sekarang bunyi hon, bukan satu masalah lagi. lalalalala.

mau tukar lane ke lane yang lain.
ah ah ah. ini pon perkara yang paling saya geruni. ei seram. eh tapi selepas memandu 3, 4 kali neh. saya rasa perkara ini tidaklah susah sangat. ah ah ah. dan bukan lah senang sangat. tapi Abi sudah ajar saya cara cara yang betul. bila jalan kosong tiada kenderaan memang mudah. hanya signal dan terus belok ke lane yang dihajati. tapi bila kenderaan bersusun dalam keadaan yang jem. ah ah ah. masa itu saya rasa saya sudah berada dalam dunia saya sendiri. kaki seakan tidak pijak ke bumi. rasa melayang layang. eh rasa mau pengsan pon ada. nafas rasa macam sudah hilang. mata tertutup semacam mau tidur. perasaan diawang awangan. ah ah ah. tapi sekarang sudah tidak lagi. setelah saya diajar cara menyelit dengan berhemah. ah ah ah. kasi muka manis manis. senyum semyum simpul macam anak dara mau kena pinang. terus menyelit selow selow. jeling sana jeling sini. senyum senyum lagi. ah ah. mesti kena kasi jalan punya. kompom!

penggunaan gear yang betul mengikut kelajuan.
saya memang buta gear. ah ah ah. belasah gear paling saya pakar. eh tapi itu dulu. sekarang sudah pandai sikit sikit sesuaikan gear. sudah pandai malas tukar gear juga. ah ah ah. abi cakap saya seorang yang cepat belajar dan hebat. eh ini betul betul abi yang cakap bukan saya buat buat cerita ok. ah ah ah. dan sekarang saya tengah pujuk abi kasi beli saya kereta auto. sebab saya benci gear. benci clutch. ah ah ah. kenapa mau menyusahkan diri sedangkan ada yang menyenangkan? saya minta abi belikan saya caldina auto. sikit abi lempang saya laju laju. terus saya tukar jadi alza auto laju laju jugak sebelum kena lempang akibat tidak sedarkan diri. ah ah ah.


elakkan kenderaan dari mati secara tiba tiba.
kaaagummm!! saya bijak mengawal kenderaan daripada mati di tengah jalan. Alhamdulillah. semoga akal dan hati saya terus mudah menerima pelajaran dan cepat mahir.Amin. untuk mengelakkan kenderaan mati dengan tiba tiba. mesti peka terhadap gear, clutch dan minyak. itu sahaja. sekiranya peka terhadap ini maka kereta tidak akan mati secara tiba tiba. 


InsyaAllah. dan sekiranya kita diuji dengan kematian kereta secara tiba tiba ini, sila bertenang. hidupkan semula enjin dan relaks. angkat tangan tanda maaf. lemparkan senyuman paling manis dan mulakan pemanduan. bila aura positif kita berikan, aura positif juga akan kita dapat. seterusnya berdoa semoga kereta tidak mati lagi. ah ah ah.


abi cakap kita mesti berada dilorong yang betul  dan tidak makan jalan orang segala. itu yang paling penting. Terima kasih Abi. kerana terus bersabar dengan saya. ah ah ah.

p/s: merdeka!! merdeka!! merdeka!!

Comments

Popular posts from this blog