CEMBURU
 

Macam macam jenis cemburu ada. ada cemburu buta, cemburu membabi buta, cemburu membuta tuli hehe. banyak sangat susah mau cakap. tapi kaji sejauh mana cemburu kita. terhadap apa yang kita cemburukan. jangan cemburu banyak sangat, sikit sikit sudah. cemburu yang banyak boleh memakan diri sendiri suatu masa nanti. dan jangan pula perasan orang cemburu kan kamu sepanjang masa. kamonlah. ah ah ah. saya geli hati tau.

Kita selaku manusia biasa, memang agak sukar untuk membuang 100% sifat cemburu dari terus mendiami hati. Oleh itu, lempiaskan sifat cemburu ini pada dua jenis keadaan sahaja berdasarkan kepada hadith Rasulullah sallahu alayhi wasalam dari kitab Sahih Muslim ini:
"Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia". 

Imam al-Ghazali ada menerangkan di dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa manusia jenis yang kuat hasad dan cemburu ini, apabila diceritakan kepadanya kesenangan yang diterima oleh orang lain, hatinya akan jadi benci dan resah. Apabila dia mendapat tahu musuhnya ditimpa musibah dan nasib malang, hatinya akan menyanyi keriangan. Cemburu pada orang lain bermaksud kita tidak gembira pada nikmat yang Allah berikan kepada para hamba-Nya. Ini juga bermakna bahawa kita tidak redha pada takdir dan ketetapan Allah. Jika kita sendiri tidak redha pada Allah, apakah mungkin bagi kita untuk mendapatkan keredhaan Allah? Dan jika Allah tidak redha pada kita, apakah mungkin ketenangan hati itu akan kita kecapi? Imam Maulud, seorang ulama Sufi yang hebat, ada menerangkan bahawa untuk membersihkan hati (sekaligus mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa), kita elakkan dari berasa cemburu pada kejayaan orang lain. Sebaliknya, jika manusia lain mendapat kebaikan dan rezeki yang lebih dari kita, kita doakan kebaikan dan kegembiraan untuk mereka. Hatta jika musuh kita yang mendapat kebaikan, jangan juga cemburu. Cemburu kepada musuh hanya akan menambahkan lagi penguasaan psikologi mereka ke atas diri kita. 

cemburu datang kerana kurang sifat syukur dalam diri. Kita selalu memikirkan dan berasa rungsing dengan apa yang masih tidak kita miliki. Kita cemburu pada orang lain yang ada apa yang kita mahu. Tetapi selalu sangat kita tidak bersyukur dengan apa yang sedang kita ada. Jika anda menyimpan makanan dalam peti sejuk, dan menyimpan baju di dalam almari, dan ada katil sebagai tempat tidur, dan memiliki sebuah rumah. Maka anda sudah jadi lebih kaya dari 75% penduduk bumi yang lain! Maka, bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki adalah kunci utama bagi membuang sifat cemburu dan sekaligus mendatangkan kebahagiaan di dalam hati. Jangan apabila ia sudah pergi baru kita mahu bersyukur dan menangis kerana manusia selalunya begitu. Hargailah sekecil-kecil nikmat Allah.Semoga hidup kita sentiasa dilimpahi keberkatan.Insya Allah.

p/s: hati itu umpama kaca, jangan biar ia retak. Akal itu umpama air, jangan biar ia kering. Iman itu umpama debu, jangan biar ia hilang. persahabatan itu umpama tali, jangan biarkan ia putus.

http://ciptaankecil.blogspot.com/2011/03/cemburu.html

Comments

Popular posts from this blog