Kalau Saya Senyum, Awak Mesti Senyum Sekali



~Si pelompat (kawan) atas ni RIAng patut gembira + bersyukur sekarang ni~



Cantik luar cantik dalam, cantik dengar sini, kalau cantik, senyum cantik, mesti cantik lagi. Minggu ni rasanya asyik dengan siulan lirik lagu Senyum ni. Pasal kecantikan, semua orang cantik. Ciptaan Allah, masakan tidak cantik? Lebih dan kurang tu biasalah, kalau serba sempurna kan dah tak jadi manusia kan? 



Ya, semua orang cantik bila senyum. Kalau mencuka sepanjang masa tu memang masalah besar, orang gila pun reti senyum. Haish! Kalau jurujual atau penjaga kaunter yang buat muka cuka dan kedekut senyuman, memang hangat hati la kan? Kalau malas sangat nak senyum, sila mohon kerja susun barang kat stor atau kerja bagi makanan haiwan kat zoo...

Senyuman boleh merendahkan tekanan darah dan memaksimumkan kemasukan oksigen dalam darah, dalam erti kata lain, kita bukan sahaja menyenangkan orang lain saat tersenyum tapi juga memberikan manfaat kepada tubuh badan sendiri. Jadi sama-samalah kita senyum untuk menceriakan hari. Tapi jangan over senyum 24 jam, senyum sendirian berpanjangan, nanti orang angkut kamu ke hospital sakit jiwa.

P/s: Senyum itu sedekah yang paling mudah. Senyum, tak perlu kata apa-apa




 http://www.ahsfantasy24.com/2011/01/kalau-saya-senyum-awak-mesti-senyum.html

Comments

Popular posts from this blog