SECEBIS TENTANG RUMAHTANGGA!!

RUMAHTANGGA

Allah adalah al-khaliq.Dia adalah sebaik-baik pencipta.segala ciptaanNya ternyata unik dan penuh dengan hikmah.andai kita memandangnya dengan himmah..
Baik lawannya buruk,lama lawannya baru,cantik lawannya hodoh,sedih lawannya seronok.subhanallah…setiap yg Allah ciptakan ada pasang2nya.yabg berlawanan itu sudah tentunya berbeza.begitu juga manusia.ada lelaki ada wanita.sudah tentu dua makhluk ini punya perbezaannya bukan??
Kesedaran tentang mengetahui adanya perbezaan ini tersangatlah penting.lagi-lagilah mereka yg bakal menempui alam rumahtangga.bagi mereka yg selama ini berumahtangga.hah!sedarlah kenyataan bahwa lelaki dan wanita itu sangat2 berbeza…

“memang la..lelaki lain,perempuan lain”

“apa yg lain?”

“ye la..berbeza nama,fizikal…”

Ya!memang..tapi bukan itu saja!

Bagi yang sudah berumahtangga pasti pernah mengalami perasaan ini.pasangan selalunya akan menjadi marah dan tertekan terhadap lawan jenis kerana terlupa hakikat bahwa lelaki dan wanita itu berbeza. Kita mengharapkan si dia menjadi sepertimana diri kita. Kita mahu mereka si dia inginkan apa yang kita ingini dan berfikir sepertimana kita berfikir.faham sebagaimana kita memahami…bukankah begitu??

Kadang2 kita tersalah faham.bagi kita apabila seseorang itu benar2 mencintai kita, dia akan melakukan segala perkara yang kita lakukan sebagai tanda adanya rasa cinta dia pada kita.sikap ini ternyata salah!kenapa??kerna lelaki melakukan apa yg lelaki buat,dan wanita akan melakukan apa yg wanita buat.masing2 punya cara untuk tunjukkan rasa cinta.sekiranya kita tidak memahami perkara ini sudah tentu kita akan kecewa,kecewa dan terus kecewa!maka akan timbul bunyi..

“awak ni tak faham ke saya cintakan awak!”
“cara awak tak tunjukkan awak cintakan saya pon!”

Dan sebagainya….

Lelaki,, menjangka perempuan akan berfikir, berkomunikasi dan bertindak seperti lelaki; perempuan,, menjangka lelaki akan merasai, berkomunikasi dan bertindak balas seperti perempuan. Kita terlupa bahawa lelaki dan perempuan sangat berbeza. Kesannya, hubungan kita akan dipenuhi dengan pelbagai konflik,dan salah sangka. Jika kita memahami hakikat perbezaan ini, kekeliruan diantara suami isteri dapat dikurangkan sekaligus membentuk pasangan yg saling memahami serta membentuk rumahtangga yg harmoni . Jika kita tahu dua makhluk ini daripada dua planet yg berbeza,bahawa lelaki daripada Marikh dan perempuan daripada Zuhrah,yg bertemu cinta di Bumi segalanya akan dapat dijelaskan.nantikan huraian2 dan contoh2 yg lebih terperinci pada post seterusnya!wallahua’lam.

Sekian saya sentuh sedikit tentang rumahtangga..hasil kajian John Gray phD.dalam bukunya Men Are From Mars,Women Are From Venus.cuba mengolah dalam bahasa melayu.segala kekurangan sila nyatakan untuk memantapkan lagi penulisan..terima kasih..

http://memoritasbih.blogspot.com/2010/12/secebis-tentang-rumahtangga.html

**::SeCeBis SaJaK WaNiTa::**

by Nur Hana on Monday, March 21, 2011 at 4:31pm
Assalamualaikum,
Khas Untuk Kau Yg Bernama Wanita....


Cantiknya seorang wanita itu sebagai 
GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai 
REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia


Cantiknya seorang wanita itu sebaga
HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada


Cantiknya seorang wanita itu sebagai 
ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula


Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta


Cantiknya seorang wanita itu sebagai 
MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan


Cantiknya seorang wanita itu sebagai
 IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian


Cantiknya seorang wanita itu sebagai 
MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua


Cantiknya seorang wanita itu sebagai 
NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai 
WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua


Cantiknya seorang wanita itu sebagai
WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat


Cantiknya wanita itu sebagai 
INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis


Cantiknya wanita itu sebagai 
MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana

wallahu a'lam.



· · Share

Comments

Popular posts from this blog