7 Orang yang Lebih Kurang Sama dengan Kita - Percaya atau Tidak ?



Kembar Olsen . Paling femes dan berjaya .

Pernah dengar tak orang cakap ? :

" Dalam dunia ni akan ada 7 orang yang muka lebih kurang sama dengan kita ? "

Pernah dengar tak ? Hah ? Tak pernah ? Oh . Ada mungkin ketinggalan kerana tidak mengikuti perkembangan dunia masa kini . =_____=

Aku dulu memang tak pernah dengar pun statement macam ni . Lepas aku jumpa orang pertama yang lebih kurang macam aku , baru aku dengar . Terus cakap dalam hati : " Ohhhhh , macam tu ke ? "

  1. Cik Alina Binti Mohammad
Dia adalah orang pertama yang aku jumpa muka lebih kurang dengan aku . Cik Alina ni warden hostel masa aku kat sekolah teknik dulu . Orang yang pertama tegur muka sama adalah warden asrama jugak , Cikgu Adam . Memula aku takdelah nak ambil serius sangat . Ingat dia sekadar mahu berlawak tapi kalau dah asyik cakap benda yang sama je , mesti ada betulnya kat situ kan ?

Bila cikgu Adam dah tegur muka kami sama , barulah yang lain pun cakap : " A'ah lah . Muka kau sama dengan Cik Alina . Sejibik . " . Baik satu dorm , apatah lagi satu geng or satu prep . Semua mengatakan perkara yang sama . =_____=

Pada mulanya , aku macam rasa takdelah sama pun . Lain je . Tapi bila tengok banyak kali , hmmm ... ok . Mungkin mereka betul . Pendapat aku , mungkin sama sebab kami berkaca mata . ( skema ) . 

Sejak tu , bila ramai dah tahu gossip yang tak berapa ni , asal nampak aku ke , Cik Alina ke , mesti ada je yang ringan mulut bertanya : " Eyh , kakak mana ? " =_____=

Itu kembar aku yang pertama sekali aku jumpa . Ingatkan habis kat situ je . Kemudian , tak sangka ... aku akan jumpa kembar aku buat kali kedua . Kalau dulu masa aku masih sekolah menengah , yang kedua ni pulak boleh terjumpa masa aku belajar di UiTM Shah Alam .

Agak-agak ini kebetulan atau suratan ? ( Macam lagu pulak . Senyum )

Kembar yang kedua ni aku memang tak akan tahu kalau Puan Khalida ( lecturer aku ) tak tegur aku . Ada satu hari tu , aku ada kelas dengan dia . Entah kenapa , hari tu dia memang kejap kejap tengok aku , kejap kejap tengok aku . Aku dah cuak masa tu . Bukan cuak apa , cuak takut kena tanya soalan . ( sengih-sengih )

Sekali je , agaknya bila hati dia meronta-ronta , terus dia tengok aku dan bertanya :

Puan Khalida : " Awak ada kakak tak ? "
Aku : " Ada . "
Puan Khalida : Dengan muka terkejut . " Belajar kat Singapore eyh ? "
Aku : " Eyh , tak . Kakak saya belajar kat sini jugak lah dulu . Tapi sekarang dah jadi cikgu. "

( Dalam hati ... bila pulak lah kakak aku boleh sambung belajar nun kat negara singa tuh ? )

Puan Khalida : " Oh , yeke ? " . Bunyi macam frust sikit .

Terus dia cakap kat satu kelas :

" Semester depan ada sorang lecturer . Sekarang masih ambil Master kat Uni Singapore . Muka dia sebijik macam awak , Nailah . Ingat kakak awak . Tapi memang samalah . Nanti awak tengok , jumpa sediri . Sama ke tak . "

Aku masa tu dah ... " Laaaa , takkan ada lagi kot muka yang sama dengan aku yang aku akan jumpa ? " . Hmmmmm . Masa Puan Khalida cakap tu , aku rasa , masa tu semester 2 . Bila naik semester 3 tu , memang takde peluang langsung nak jumpa or tengok sendiri lecturer yang dikatakan mirip dengan aku . Tapi , ada jugak kengkawan aku or merangkap senior yang bagitahu perkara sama .

Senior 1 : " Weih , ada lecturer tu sejibik macam kau . Pakai tudung sama . Mata bulat . Perangai pun lebih kurang sengal jugak macam kau ! " =_____=

Aku ? Senyum .

Senior 2 : " Eyh , haritu aku ingat kau , tau tak ? Bila aku panggil , tak toleh ! Sekali je baru aku perasan , bukan kau . Rupanya Puan Farah . "

Oh . Baru aku tahu . Kembar seterusnya yang aku akan jumpa ni bernama Farah . Puan Farah . Tak habis di situ , Nisah pun bagitahu benda yang sama bila dia pun tersalah orang . Dia ingat Puan Farah tu aku masa dia nak pergi kelas .

Makin lama , makin ramai bagitahu benda yang sama . Aku pulak masa tu memang tak puas lah selagi tak tengok orangnya . Sehinggalah ternyata memang kalau dah kata kembar kan , mesti ada jodoh . ( Muntah ! )

Bila masuk semester 4 , setiap student kena buat invidual final thesis untuk grad degree kan ? Haaaa jangan tak tahu , supervisor yang aku dapat masa tu , dialah ! Puan Farrah Norizzah Mohd Yusoff . ( Nama penuh kau ! Kata supervisor . Senyum . ) 

Aku ingat lagi , kali pertama aku jumpa dia , berdepan dia , masa aku nak tunjuk thesis aku . Nak propose tajuk aku buat . Reaksi aku ??? 



Reaksi seperti budak ini .

Speechless kejap . Eyh , kenapa tetiba rasa macam aku tengok diri aku sendiri ? Serius . Cara dia pakai tudung . Mata dia . Dia pakai eyeliner . Lebih kurang memang sama . Kebetulan ? Dah dia tengok aku macam tercegat depan pintu bili dia , terus dia tegur aku :

Puan Farah : " Kenapa ? Terkejut ? Lama saya tunggu awak . Teringin jugak nak tengok kembar saya yang orang ramai dah kecoh ni . "
Aku : " Eyh , yeke ? Haaa tu lah . Ramai pun bagitahu saya jugak . Saya pun dah lama tunggu nak jumpa Puan . Asyik dengar orang cerita je kan ? "

Dua-dua terus gelak . Pertemuan pertama yang membuatkan kami tersenyum sendiri . Sejak tu , jangan kata budak kelas , budak kelas lain pun suka je cakap : " Kakak kau sihat ? " , takpun , " Eyh , tadi aku nampak kakak kau ! " . Lagi sadis , bila budak kelas contohnya taknak buat kelas subjek dia : " Eyh , cakaplah kat kakak kau , tak payah buat kelas ... bla bla bla ... " . ( semester 4 tu dia bukan merangkap supervisor aku je tapi lecturer subjek aku dalam masa yang sama )

So , sekarang ni , kalau termasuk aku dah 3 orang lah manusia yang aku jumpa lebih kurang sama dengan aku . So , ada lagi 4 orang yang aku belum jumpa or takkan jumpa or mungkin juga boleh terjumpa . Siapa tahu kan ? Korang pulak macam mana ? Pernah jumpa tak ?

cerita kecil sampingan :

Laki aku selalu sangat , orang akan tegur and cakap muka dia sangatlah familiar . Selalu sangat lah . Lepas tu , yang tegur tu mesti perempuan . =_____= . Cemburu ? Ohhh tidak ! Paling ketara nak tahu bila ? Masa dalam flight nak balik Malaysia baru-baru ni , ada sorang stewardass perempuan ni . Cantik lah . Sekejap-sekejap lalu tempat kami . Bila lalu je mesti dia tengok laki aku dengan muka berkerut sampailah dia sendiri tegur laki aku :

" Eyh , you look familiar lah ! Pernah kerja dengan any airlines tak ? "

Aku yang terdengar , terkejut bila perempuan tanya yang laki aku pernah keja airlines ke tak ? Kejadah nak kerja airlines ? Haishhhhhh . Laki aku ? Banggalah . Apa lagi ? Bangga sebab berangan muka dia pemessss sangat ! Tak kuasa nak layan . ( jelir lidah )


Comments

Popular posts from this blog