Antara Hajat Dan Akidah

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH, pak cik mulakan post. Kali ni pak cik nak menegur sedikit mengenai kebodohan orang yang sering melabel sesat kat pengamal ilmu kebatinan ataupun alam ghaib.

Dan post kali ni juga adalah untuk menambahkan pengetahuan korang. Apa yang korang perlu tahu untuk belajar ilmu batin dan sedikit tuned mind set untuk korang juga adalah perlu.

Hajat Atau Akidah?

Ok, bila seseorang buat satu pengamalan ghaib, kononnya adalah untuk mendapatkan badan yang sihat dan kuat. Pasti ada suara sumbang yang datang dari golongan kopiah putih yang bodoh dan sekular akan mengatakan, pulang lah pada ALLAH, tinggalkan semua perkara perkara yang mensyirikkan ALLAH. What da heck.. Bila pak cik terangkan yang doa ni adalah untuk menguatkan badan, dia cakap ALLAH Yang Maha Kuasa. Dia sorang je yang Kuat.

La, memang la ALLAH maha Kuat. Apa kena pulak dengan pak cik. Dia cakap lagi, hidup ni cuma perlu pada ALLAH sahaja. Ya, memang betul. Tapi dia kena ingat bahawa aspek kehidupan juga adalah Islam juga. Sebab tu pak cik cakap diorang ni sekularisme. Sekularisme adalah memisahkan agama dari Kehidupan. Salah satu contoh sekularisme adalah bila cakap je nak solat, mesti kena ada masjid, mesti kena ada surau. Bila ada surau ke masjid ke, afdhal la ke sana, tapi sampai takde surau tak leh solat, apahal ?.

Dan lagi contoh sekularisme dalam agama adalah dengan berfikir hanya mengejar akhirat, iaitu zikir dan solat sahaja akan menuju syurga, walhal, ibadah itu luas maknanya. Rasa nak flying kick je geng serban putih sekular ni. Bengang tol.

Jangan suka tuduh orang sesat bro, nanti dia akan berbalik pada diri kita beb. Dan lagi satu, pak cik nak ingatkan bahawa pak cik cumalah pengkaji keilmuan ghaib, bukanlah pak cik ni seorang sifu. apa yang pak cik posting kan disini adalah keilmuan yang diijazahkan secara umum dan boleh diamalkan. Korang pun kena ingat, Pak cik ni adalah orang Islam, tentera, pelajar lak tu, banyak benda pak cik kena buat satu hari, nak update blog ni pun pak cik curi2 . Sebab tu pak cik tak tulis susur galur penuh, nanti habis masa dekat tulis nama yang panjang panjang. Ngalahkan hadis lak, walhal hadis pun kita cakap yang mafhum dia je. Pening la pak cik.

Dan bila orang sebut buat apa korang belajar ilmu ghaib, cakap je memang nak merasa keilmuan ghaib. Sebab merasa keilmuan ghaib adalah cara yang paling dekat untuk rasa ALLAH dalam diri kita ni.

http://berkatrezeki.com/blog/2011/01/antara-hajat-dan-akidah

Comments

Popular posts from this blog