Filem Melayu : Ratu The Movie





ratu the movie poster Filem Melayu : Ratu The MovieSeminggu selepas kemunculan filem Melayu paling tinggi dari segi kos produksinya, Hikayat Merong Mahawangsa, menyusul pula filem melayu baru Ratu The Movie terbitan Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd yang diarahkan oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen. Filem bergenre pengembaraan yang melibatkan kos produksi sebanyak RM1.34 juta mula menemui peminat filem melayu di pawagam berhampiran mulai 17 Mac 2011.
Filem Ratu The Movie dibintangi oleh Eizlan Yusof, Fouziah Ghous, Aminah Rhapor, Cico Harahap, Zaibo, Ramona, Shaharuddin Thamby, Patrick Teoh, Yusry Abd Halim, Yasmin Hani, Aren dan Eina.
Secara ringkasnya sinopsis filem Ratu The Movie mengisahkan tentang 10 orang calon Pertandingan Ratu Cantik yang akan bertanding di peringkat akhir. Mereka dibawa menaiki sebuah kapal layar ke lokasi yang ditetapkan.
Sepanjang malam mereka berada di pulau itu pelbagai kejadian aneh dan misteri telah berlaku. Mereka telah diserang dan satu demi persatu calon-calon itu hilang. Sehinggalah calon akhir berjaya diselamatkan dan diistiharkan sebagai pemenang.
Segala kejadian aneh dan misteri itu merupakan salah satu daripada perancangan pihak penganjur untuk mencari ratu cantik yang sebenarnya di mana kesemua calon telah dinilai bukan sahaja daripada segi kecantikan, malah mereka turut dinilai daripada aspek kelakuan dan sikap serta kekuatan mereka menghadapi cabaran.
Jadinya siapa yang sebenar layak bergelar ratu? kena tengok dulu filem tu baru boleh tahu, lepas ni mungkin sudah ada review dan ulasan mengenai filem ratu the movie tersebut di atas talian.
Trailer dari Youtube filem Ratu The Movie:

Secara peribadi blog ini berpandangan kemunculan filem ratu the movie selepas baru seminggu filem Hikayat Merong Mahawangsa yang dilaporkan telah mencatat kutipan sebanyak RM2.05 juta selepas 7 hari di tayangkan merupakan satu percaturan yang benar-benar memerlukan strategi pemasaran yang berkesan dari pihak penerbit.
Walau apapun blog ini juga percaya setiap genre filem mempunyai peminatnya yang tersendiri. Filem Ratu The Movie ni juga dibintangi oleh para pelakon popular di samping diperkuatkan dengan barisan 10 model jelita. Lama dah tak tengok Fouziah Ghous dalam filem.
Sumber rujukan : Sinema Malaysia di www.sinemamalaysia.com.my dan finas di www.finas.gov.my.
Nota kaki: Mungkin ini artikel terakhir blog ini di lokasi lama kerana selepas ni akan berpindah ke lokasi baru. Baru petang tadi sudah daftar dengan tmnet untuk pindah ke lokasi baru, katanya talian internet hanya akan ada selepas 14 hari bekerja mulai hari ni

Comments

Popular posts from this blog