Tuesday, June 8, 2010

Hujah Logo Islam Bulan Bintang & Islam Tolak Bible


Salam,

Ustaz saya ada ditanya oleh seorang kawan beragama kristian (cina). Soalan dia ialah :

Adakah lambang bulan sabit dan bintang itu lambang agama Islam? kenapa dan apa maknanya? Apakah itu dewa agama Islam?

Kenapa orang Islam sering mengatakan yang kitab Injil zaman sekarang sudah diubah suai (tidak asli)sedangkan orang Islam beriman kepada kitab yang empat. Kalau benar kitab injil sudah dipesongkan, kenapa tidak tunjukkan yang aslinya untuk nyatakan kebenaran Islam, buat perbandingan yang jelas. (Maksudnya disini, seolah-olah kita orang Islam hanya tahu menyalahkan tanpa menghadirkan bukti sahih, dan tiba-tiba mengatakan Al-Quran dan Islam adalah benar)

Kelu lidah saya yang cetek ilmu ni. Saya minta pandangan ustaz tentang soalan diatas. (Maaf komen yang tak berkaitan dgn entry). Terima kasih.
Jawapan Pertama

ketika Sultan Muhammad II yang lebih dikenal dengan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi panglima, jatuhlah kota yang pernah menjadi ibu kota Eropa itu. Lewat pertempuran yang sangat dahsyat dengan menggunakan senjata paling modern di kala itu, yaitu CANON atau meriam yang sangat besar dan suaranya memekakkan telinga, Muhammad Al-Fatih berhasil menjatuhkan kota konstantininopel itu dan menjadikannya sebagai ibu kota Khilafah Turki Uthmaniah. Serta menjadikannya pusat peradaban Islam.

Wilayahnya adalah tiga benua dengan semua peradaban yang ada di dalamnya. Saat itu bulan sabit digunakan untuk melambangkan posisi tiga benua itu. Ujung yang satu menunjukkan benua Asia yang ada di Timur, hujung lainnya mewakili Afrika yang ada di bagian lain dan di tengahnya adalah Benua Eropa. Sedangkan lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istambul yang bermakna: Kota Islam.

Bendera bulan sabit ini adalah bendera rasmi umat Islam masa itu, karena seluruh wilayah dunia Islam berada di bahwa satu naungan khilafah Islamiah. Tidak seperti sekarang ini yang terpecah-pecah menjadi sekian ratus negara yang berdiri sendiri hasil dari jajahan barat.

jawapan logik, bulan itu adalah penyinar alam dan bintang itu adalah bernaung di bawah cahaya bulan. Jadi kesimpulannya bulan itu adalah Tuhan dan manusia hidup atas ehsan tuhan dan menjadi hamba Tuhan. Jelas bahawa Islam adalah menghambakan diri kepada Allah yang satu. semua umat tak kira warna kulit, bangsa dan keturunan semua berada di bawah Allah yang satu.
Jawapan Kedua

Pasal kitab injil, bukan kita tuduh tetapi memang terbukti mereka yg ubah dan tukar. di dunia ni ada beribu-ribu jenis kitab bible. setiap jenis ada perbezaan antara satu sama lain. ini terjadi dek kerana mereka translate sana sini. Bila translate maksud asal dah lari dan itu masalah translate, tidak kira lagi masalah dia tambah dan buang ayat-ayat dalam injil dan sekarang ni terhasilnya bible. orang awam kristian memang tidak tahu pasal ini. Tapi ramai paderi-paderi masuk Islam. sebagai contoh Dr. Jerald F. Dirks. dia ni bekas Minister Christian,belajar di Harvard Divinity School,USA, Doctor of Psychology. Di akhir pengajian sebelum diangkat menjadi paderi utama, mereka kena menghadiri beberapa seminar, di sinilah dia cakap, dia telah diberitahu dan didedahkan mengenai perubahan ayat-ayat dari Bible King James Version ke Old testament ke new testament and so on.. kiranya, ada ayat yg ditambah manusia, dan ada yg telah dibuang akhirnya, dia masuk Islam. dan ramai lagi yang masuk Islam. antara contohnya Hajah Irene handono (bekas nun), Yusuf Estes (preacher), Joshua Evans (preacher) dan banyak lagi. Semua ini orang-orang berilmu tinggi yang ingin mencari kebenaran dan akhirnya jumpa Islam. Adapun ramai Melayu yang convert ke Kristian, ia bukanlah kerana kebenaran, tetapi tertarik dengan gaya hidup bebas.

24 comments:

sinar_islami on June 8, 2010 1:09 PM said...
Ana pun baru tahu kenapa guna bintang dan bulan..Selama ni ikut logik je.. Syukran ustaz..
Anonymous said...
al ma-hadaya al marapaya ada di mana2...
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on June 8, 2010 2:38 PM said...
Salam, Bila baca Al-Quran tanpa lihat tafsirnya memang beginilah orangnya. Al-Lata, Aluzza itu adalah nama berhala yang terdapat di kota mekah pada zaman jahiliyah dahulu. Kena fahamlah. Bukan nama tuhan Allah. Nama tuhan Allah ialah 99 yang terkandung dalam Al-Quran. Isy bodoh MAHADAYA, kena faham Rasul itu adalah kekasih Allah. Ayat Al-Quran yang diberikan juga merapu dan disalah tafsirkan.
NIZAM on June 9, 2010 12:32 AM said...
salam Ustaz, thanks a lot coz ustaz sudi kongsi ilmu... tapi dalam post ustaz tu tertulis: 'Sedangkan lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama 'Istambul' yang bermakna: Kota Islam' bukan Istambul tapi ISLAMBUL/ISLAMBOL. (kalau saye yg salah harap dibetulkan) Pendapat yg diutarakan oleh MAHADAYA tu tak betol, di manA sumber rujukan awak? adakah dari terjemahan2 sEperti: 1) THE AL KORAN OF MOHAMMAED (GEORGE SALE). 2) THE KORAN (J.M. RODWELL). 3) THE QUR'AN (E.H.PALMER). 4) THE QUR'AN TRANSLATED WITH A CRITICAL REARRANGEMENT OF THE SURAHS (RICHARD BELL). 5) THE KORAN INTERPRETED (ARBERRY ARTHUR J.) atau dari kitab2 yg ditulis oleh para orientalis seperti Goldziher? Kalau kitab2 yg ditulis oleh orientalis tak hairan MAHADAYA mengeluarkan pendapat seperti itu... CONTOH: When the Arabs accepted Islam – which had commanded them to break with their authentic sunna – they brought the concept of sunna with them. From that time forth it became the main pillar of the Islamic view of law and religion. There was, naturally, one essential modification: in Islam one could not draw one’s precedents from the pagan sunna. Its point of departure was shifted; its source now consisted in the doctrines, conceptions, and practices of the oldest generation of Muslims, founders of an entirely different sunna from what the original Arabs one had been. Henceforth the norm was the demonstrable usage and view first of the prophet and then of His Companions. OLEH:Introduction to Islamic Theology & Law, Ignaz Goldziher. Mengarutkan ape yg dikatakan oleh orientalis ni :) jadi hati2 ye MAHADAYA... JANGAN SALAH FAHAM... DAN SAYE JEMPUT SAHABAT2 ZIARAH KE BLOG SAYE DI: http://republikn9.blogspot.com MOGA DAPAT KITE BERTUKAR2 FIKIRAN DAN MERAPATKAN JALINAN PERSAHABATAN...
Affan Ruslan on June 9, 2010 6:34 AM said...
Jazakallah ustaz.
Admin My J SSU on June 9, 2010 7:10 AM said...
salam, memang jelas dan padat jawapan ustaz, terima kasih...
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on June 9, 2010 11:35 AM said...
Salam, Sebenarnya anda tidak belajar bahasa arab dengan guru yang betul, kalau awak pergi negara arab guna bahasa arab mesti orang arab pening dan tak faham. Bagaimana awak kata awak pandai bahasa arab. Sedangkan tafsir yang awak gunakan juga adalah salah dan tak ikut kaedah bahasa arab. Logiknya orang arab boleh membaca Al-Quran dan memahaminya sebab itu bahasa mereka dan mereka menggunakan cara bacaan dengan menggunakan kaedah baris dan bahasa arab. Beza dengan anda yang jahil bahasa arab. Saya punya persoalan anda tidak menjawab dan anda bebel benda2 lain. Jawab dulu persoalan anda yang ada dalam blog anta dulu. Kalau tak jawab tak payahlah dok membebel yang lain. dan terbukti anda kalah dan anda memeng tuli bahasa arab dan main-main. Bertudung berjubah dan berkepiah tak semestinya ikut yahudi. Kalau macam2 kereta, baju berkod, t-shirt, berseluar dalam, bercoli adalah dari Yahudi. Kalau macam2 habis semua termasuk anda Yahudi. dan kena berbogel dan pakai kain tanpa jahit sahajalah sebab semua pakaian ikut Yahudi dan Nasrani. Beginilah orang yang berhujah tanpa ilmu dan berhujah guna imosi dan akal semata semata-mata. Dalil Al-Quran yang bermaksud : "Bertanyalah kepada ahli zikr (orang yang mengetahui atau berilmu) jika kamu tidak mengetahui". Hujah perlu berdasarkan Al-Quran dan Hadis.
HASRUL NIZAM on June 9, 2010 12:06 PM said...
TO MAHADAYA: 1) ANDA KENA BELAJAR BAHSA ARAB DULU. 2) BELAJAR LAH SIRAH NABI, AWAK AKAN LEBIH FAHAM. 3) bELAJAR DENGAN GURU YANG BETUL, YANG AHLI DALAM AGAMA. JIKA KAMU SEKADAR MEMBACA TANPA BERGURU, KAMU AKAN KELIRU DAN SESAT. 4) DAN NAMPAKNYA MAHADAYA KAMU INI BENAR2 KELIRU, JANGAN BIARKAN HIDUP KAMU TERUS KELIRU... SEGALA HUJAH KAMU TIDAK BENAR, YAHUDI MENGETAHUI TENTANG MUHAMMAD (SAW) LEBIH DARI MEREKA MENGETAHUI TENTANG AHLI KELUARGA MEREKA SENDIRI, TETAPI KERANA SIFAT DENGKI, EGO, TAKSUB DAN TAKBUR MEREKA ENGGAN MENGAKUI KERASULAN NABI... MALAH MEREKA MELANCARKAN PERANG KE ATAS NABI, JADI SECAR LOGIKNYA MENGAPA KITA PERLU MENGATAKAN BAHAWA ISLAM ITU MENURUT ACUAN YAHUDI? SEDANGKAN MEREKA SECARA TERANG2 MENGISHTIHARKAN BOIKOT, PERANG DAN PROVOKASI KE ATAS ISLAM! KAMU KAJI SIRAH NABI, INSYAALLAH KAMU AKAN FAHAM :) RAMAI ILMUAN ISLAM YANG MENGKAJI SIRAH NABI DAN MEREKA BERJAYA MEMBUKTIKAN KETULENAN AJARAN ISLAM ITU TANPA DICEDOK DARI MANA2...
HASRUL NIZAM on June 9, 2010 6:52 PM said...
TO MAHADAYA: NAK TAHU PASAL YAHUDI? RUJUK KITAB 'SYAKHSIATUL YAHUDIYAH MIN KHILAL AL QURAN' (IANYA TAFSIR MAUDU'I YG HANYA MEMBINCANGKAN TENTANG YAHUDI DARI PERSPEKTIF AL QURAN), KAMU AKAN TAHU SEJARAH YG SEBENAR... KAMU AKAN TAHU APA BEZA ANTARA BANI ISRAEL DAN APA ITU YAHUDI, APE PENDIRIAN MEREKA TERHADAP ALLAH DAN RASUL SERTA SEJARAH TENTANG ASAL USUL MEREKA... UNTUK NASRANI RUJUK KITAB 'DIRAASAT FI AL QURAN AL KARIM' (JUGA TAFSIR MAUDU'I), PADA MUKA SURAT 189 ADE DITERANGKAN TENTANG NASRANI... JIKA TIDAK FAHAM, PG LAH BERTANYA PADA USTAZ2 YG A'LIM TAFSIR DAN ILMU ARAB NYE...
HASRUL NIZAM on June 9, 2010 7:00 PM said...
TO MAHADAYA: ARAB DAN YAHUDI ADALAH BERBEZA. MALAH JIKA ANDA MERUJUK PADA KITAB (ANTARANYA:'SYAKHSIATUL YAHUDIYAH MIN KHILAL AL QURAN'), ULAMA TURUT MEMBAWA PERBEZAAN DI ANTARA BANI ISRAEL DAN YAHUDI ITU. JIKA RUJUK PADA SIRAH, KETIKA HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH, KETIKA ITU YAHUDI TINGGAL DI KOTA MADINAH. MENGAPA? KERANA MEREKA MENUNGGU NABI AKHIR ZAMAN, TETAPI MEREKA MENYANGKA BAHAWA NABI AKHIR ZAMAN ITU DARI BANGSA MEREKA JUGA (YAHUDI), TETAPI RUPE2 NYE NABI AKHIR ZAMAN ITU DATANG DARI BANGSA ARAB. DAN ITU ADALAH SALAH SATU FAKTOR PENENTANGAN MEREKA TERHADAP ISLAM. AWAK INGAT PENDETA BAHIRA (RAHIB NASRANI DI SYAM) YG MEMBERI AMARAN KPD BAPA SAUDARA NABI TENTANG ANCAMAN DARI YAHUDI KE ATAS MUHAMMAD SETELAH BAHIRA MELIHAT TANDA2 KENABIAN ITU ADA PADA MUHAMMAD SAW :)HARAP ANDA FAHAM WAHAI SAHABAT...
HASRUL NIZAM on June 9, 2010 7:02 PM said...
(SEDIKIT TAMBAHAN) PENDETA BAHIRA MEMBERI AMARAN KPD BAPA SAUDARA NABI KERANA JIKA YAHUDI TAHU YG NABI AKHIR ZAMAN ITU BUKAN DARI BANGSA MEREKA (YAHUDI) TETAPI DARI GOLONGAN ARAB MAKA NYAWA MUHAMMAD DLM BAHAYA...
Anonymous said...
hum.. mahadaya.. saya dah tgk blog anda? ajaran apa yg anda bawa nih? saya mengesyorkan Ustaz Nor Amin untuk buat report kepada jabatan agama.. rasanya blog mahadaya ni blog ajaran sesat..
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on June 9, 2010 8:26 PM said...
Melalui al-Quran, bangsa Yahudi dikenali dengan bani Israel. Bertitik tolak dari keturunan nabi Ibrahim a.s. Melalui salasilah nabi-nabi yang disertakan bersama dengan artikel ini, nabi Ibrahim a.s. mendapat dua cahaya mata iaitu nabi Ishak a.s. dari isterinya yang pertama, Siti Sarah dan nabi Ismail a.s. dari isterinya yang kedua, Siti Hajar. Dari salasilah keturunan nabi Ishak a.s., keturunan Yahudi/Israel dilahirkan. Perkataan Israel itu sendiri berasal dari gelaran nabi Yaakub a.s. yakni anak kepada nabi Ishak a.s. Dari situ maka lahirlah bangsa Yahudi yang digelar sebagai Bani Israel. Berbalik kepada salasilah nabi Ismail a.s., dari keturunannya lahirlah bangsa Arab. Setelah Nabi Ishak, semua keturunan nabi telah diserahkan kepada bangsa Yahudi. Pendek kata, ramai nabi yg telah diturunkan kepada mereka. Nabi Ya'kub, nabi Yusuf, nabi Musa, nabi Yunus, nabi Syu'aib, nabi Ayub, nabi Zulkifli dan ramai lagi. Kenabian telah dianugerahkan kepada Yahudi hinggalah ke nabi Isa a.s. Nabi Isa adalah nabi berbangsa Yahudi yg terakhir. Dalam masa yg sama, keturunan Arab yg muncul dari salasilah Nabi Ismail a.s. mengalami ketandusan nabi. Tiada nabi yg diturunkan kepada bangsa Arab, sehinggalah hadirnya Nabi Muhammad s.a.w., khatimul anbiya' penutup segala nabi. Harus diingatkan, turunnya Nabi Muhammad s.a.w. adalah selepas zaman Nabi Isa A.S. Ni dia salah silah keturunan Yahudi dan Bangsa Arab. Sejarah ini diakui oleh pakar Islam dan Juga kafir dan ianya juga terdapat dalam kitab taurad dan juga injil. Kalau dilihat dari bahasanya memang beza antara yahudi dan arab. Tulisannya juga berbeza. Apa fakta yang mengatakan yahudi itu sama bangsa dengan arab. Apa bukti yang mengatakan arab memutar belitkan fakta. Berikan hujah, saya tak mau tafsir Al-MAHADAYA al-Merapu tu, saya nak yang sebenar yang ada kaedah bahasa arab. Tak jawab juga persoalan kami tentang kaedah bahasa arab. Awak memang tak pandai bahasa arab. Jangan dok angkat diri sangat, sebab yang dok angkat diri ini adalah beruk sahaja. Terima kasih kepada Hasrul Nizam yang sudi bantu saya menjawab masalah ini. Jom sama2 berganding bahu kita beng habis2san MAHADAYA
HASRUL NIZAM on June 9, 2010 10:42 PM said...
Syukran ustaz... Jawapan ustaz mantop dah tu he3
SeNi Itu InDaH on June 10, 2010 12:25 AM said...
betul tu anon ke -2, ada kwn di FOM kata dia ni mcm gila isim..ustaz xpyh la layn mahadaya ni..tgk sja namanya..mahaperdaya sbnrnya..tgk je nampk cm islam tpi sesat dari ajrn yg sebnr..ustz tak perlu hairan, knapa dia xjwb..sbb dia tak da jwpn utk soalan ustz..entah guru mana dia rujuk, kitab mana dia baca..tgk sje kalimah yg dipegangnya..tiada tuhan selain Allah, tapi mana pergi kalimah muhammad itu pesuruh Allah pada diri dia..sedangkan sbgai seorng islam kita wajib pegang kedua2 kalimah, bukan tingglkn yg satu lgi..Umat islam tak sesat selagi berpegang pada Al-Quran & Sunnah Rasulullah saw. tgk gaya dia ni anti hadis..dan jauh sesat minta bertaubat la..sblm nyawa anda terpisah dari jasad..ikut akidah Ahli sunnah wal jama'ah BUKAN ahli sunat dan jumaat.
SeNi Itu InDaH on June 10, 2010 12:45 AM said...
pasal yg lambang bintang & bulan dianggp lmbng islam itu bidaah & syirik..lihat saja skg ni bulan bintg letk kt ats kubh msjid & surau..rasa mcm nk cantas je..(msih lum smpt nk tnjuk artikel kt mrka) sdgkn nbi saw tak pernah pun sebut buln & bintng ni lmbg islam..lihat sja msjidil haram & masjid nabawi trltak dlm 2 kota yg terpelihara dr kemsukn dajal..ada lmbg bulan & bintang x kt dua kota ni??? lmbg bulan & bintg digunapakai oleh puak yahudi, pganut kabbalah & yg sma dgnya..wajar ke kita pki lmbg ni? bkn ke dlm tak ingt hadis ke al-quran ada sebut klu kta serupa dgn kaum tu, mknanya kita pun sama dgn mrka mlh tak de bzanya..MasyaAllah..sy kehilngn url utk artikel ni..krna blog tlh diband..nmun sy ada simpn dlm word..sapa nak leh email sy.. cara org islm paki tudung & jubah sgt berbza mlh xsma pun dgn yhudi & kristian..tp kita tnpa sedar pki jubah merka mse mjlis knvoksyen di ipt.org prmpuan trslmat cikit dr pkian mrka sbb pki bju tradisi, bju kurung..org laki majoriti pki kmeja, kot, tai..bju mlyu hnya mjls agama, msuk msjd & hri jumaat..hah, sapa berani pki bju mlayu pi office? tiada yg pelik klu yhudi kelihatn sama dgn islam, sbb agama yahudi ni wujud dulu sblm islam..tapi agama yhudi dha terpesong..islam dtg utk membetulkan & myelamtkn mnusia dr agama yg terpesong tu..
Pena Maya on June 10, 2010 1:24 AM said...
salam ustaz. thanks untuk artikel ni. dan pasal mahadaya ni berhati2 lah kita semua dalam membaca blog sekarang ni,jangan maen baca dan percaya bulat2 sahaja. kalau tak faham,tanye yang pakar . nanti sesat. sekarang ni memang banyak blog sesat . tulis karut2. ish. smoga Allah melindungi kita semua dari menjadi golongan sesat. dan semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kembali kepada mereka yang 'kurang' faham ini. amin Assalamualaikum.
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on June 10, 2010 7:33 AM said...
Salam, Terima kasih atas pandangan anda semua, saya hargai, masalah mahadaya ni memang masalah dan saya dah malas nak layan dia sangat, tapi kalau dia masuk blog saya berhujah dan itu menjadi tanggungjawab saya untuk menjawabnya. Masalah bulan bintang, Bintang Yahudi tak sama dengan bintang yang dipilih oleh kerajaan Uthmaniah. Cuba lihat, masalah ini tidak menjadi masalah dan bidahnya tidak sesat kerana tidak melanggar hukum2 yang qat'i. Satu lagi masalah ini adalah merupakan pandangan ulamak dan tiada dinyatakan dalam Al-Quran dan Sunnah. Bulan bintang juga tiada ayat yang mengatakan haram terus. Sebenarnya benda atau masalah ini semua telah dibahas oleh ulamak2 terdahulu termasuk imam 4 mazhab. Kita semua sebagai orang awam ini hanya perlu ikut sahaja dan tidak perlu berijtihad kerana ilmu kita dengan mereka jauh beza. Sebab itulah kita semua ini dinamakan orang awam.
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on June 11, 2010 7:34 AM said...
Wah Mamat nih kona pulak, Hang cek balik dalam artikel hang saya tak ingat tajuk dia apa dia, tapi memang ada ayat yang mengatakan Yahudi itu Arab dan dalam komen hang ada mengatakan Nabi Ibrahim itu adalah keturunan Yahudi. Hang yang kona hang kata orang pulak, Tetap pendirian sikit, Tak payah dok pikir nak debat dengan orang, tak payah nak tegakkan benang yang basah.Jawab dulu soalan saya yang di tanya? kalau tak hang memang tak benar. Macam nih nak berdebat, kalau berdepan dah lama kena pulas hujah dengan saya.
Penulis Seni on June 11, 2010 6:57 PM said...
adakah ustaz pasti..bulan & bintang digunapki bkn bintg yahudi? tp bulan sama kn? actually, nk pki lmbg ni tak jejaskn akidah pun..tp klu kata lambang islam, mmg tak leh terima..sbb sultan muhammad II guna lmbang ni slpas tawan kota tu & nk jaga hati rkyt yg ditwn & myatupdukn rkyt..& tak ada pun canang kata bln& bintg lmbg islm..tpi msyrkt islm yg seterusnya terus pki sjk zaman sultn muhammad II smpi skg & anggp ia lmbg islam..nmpknya bgembira la puak2 kfir ni.. Nabi saw pernah berpesan "sesungguhnya syaitan itu tlh berputus asa myesatkn mnusia dgn prkara yg besar, maka berhati2 lah dngn perkara yg kecil" WaAllahu'alam..email yg ni bleh pki ke? ibnusabil1983@yahoo.com sy nk send kt ustz artikel tu..
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on June 12, 2010 9:39 PM said...
Salam, Boleh hantarkan kepada email ibnusabil1983@yahoo.com atau asshafiee@gmail.com. Camnilah mudah cerita, masalah ini bukan masalah hukum dan tiada dalil yang mengatakan haram. Lagipun kalau nak kira yang Yahudi punya, pakaian yang kita pakai kod, tali leher, baju kemeja, seluar dan banyak lagi semua itu adalah dari produk Yahudi. Lagipun mengunakan logo bulan bintang itu tidak mengubah akidah umat Islam. Logo bulan bintang itu tidak menyesatkan umat Islam. Sekurang2nya logo tersebut sebagai pengenalan kepada umat Islam selain dari lambang kalimah syahadah atau Allah Muhammad. Ini adalah masalah biasa dan masalah khilaf dan tidak perlu dipertikaikan. Banyak lagi perkara yang besar perlu diutamakan. Contohnya seperti masalah orang meninggalkan solat, tidak tutup aurat, gejala sosial dan sebagainya.
Penulis Seni on June 19, 2010 12:39 AM said...
wasalam, ustaz sy dh anto artikel ke email yahoo ustaz..pas ni harap ustaz teliti artikel tu..mybe tak jejaskn akidah..tapi tkut terjejas secara senyap..& pling teruk maruah agama islam tercalar..ustaz ada tgk lmbang pasukan bola sepak yg msuk piala dunia 2010 ni? bintang bucu lima kan? maaf, klu nmpk cm nk tunjuk pndai..tp sy just wanna be share some basic knowledge..peljari sejarah bngsa dahulu..agar prkara yg buruk tak berulang lagi.
Anonymous said...
siape mahadaya?? skdar tahu.
Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on July 11, 2010 6:38 PM said...
Salam MAHADAYA adalah orang yang membawa agama baru (ajaran sesat), agamanya bernama asalama yang mempunyai kalimah syahadah sendiri iaitu la alahalaalaha, dia sering masuk blog ana dan mempertikaikan artikel2 ana, tapi malangnya dia tiada hujah ilmiah dan hanya semata2 hujah kampung sahaja. Banyak soalan ana yang dia tidak dapat jawab antaranya ana suruh dia berikan contoh kalam mufidah kerana dia kata pandai bahasa arab dan pernah memperbetulkan bahasa arab ustaz2 Majlis agama Islam Melaka dan mufti melaka. Ana suruh dia berikan maksud asalama dan maksud syahadahnya dalam bahasa arabaya. Dia juga mempertikai perkataan ana dan anta. hujahnya ana iaitu alif dan nun yang membawa maksud sesungguhnya bukan bermaksud saya. Ana minta dia berbahasa arab dengan menyebut saya dan berkata2 dalam bahasa arab yang terdapat perkataan saya. banyak lagi soalan ana yang dia tidak dapat jawab.

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails

New Comments

Followers

 

Visit Details

Total Visit My Blog

widgeo.net

Mybloglog

 
Recent Visitors
 
 
 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog