Jadilah Suami Yang Rajin Menolong Isteri

 
 
by rashid
suami tolong isteriGelaran suami yang rajin menolong isteri adalah suatu yang jarang sekali kita dengar sekarang. Kalau dahulunya, semasa si suami belum berkahwin atau bujang, mereka sememangnya pemalas, tapi semalas-malas lelaki ni pun, mereka tetap menjaga kebersihan diri, kebersihan tempat tidur, pakaian dan persekitaran rumah. Yang menjadi persoalanya, kenapa mereka berubah selepas berkahwin? Kenapa si suami tidak lagi membasuh baju sendiri? Mereka tidak lagi mengemas tempat tinggal seperti mana mereka buat semasa bujang?
Dekat sini tiada siapa yang perlu dipersalahkan, bukan salah suami dan bukan salah isteri.

Sememangnya selepas berkahwin, si suami akan mengalami perubahan, samaada baik atau tidak baik. Yang baiknya bila si suami yang dulunya pemalas tetapi selepas berkahwin, mereka berubah menjadi rajin, bertanggungjawab dan sangat memahami si isteri. Sebaliknya, perubahan yang tidak baik bila si suami menjadi pasif atau menjadi sebaliknya, dari seorang yang rajin mengemas, membasuh dan menolong orang berubah menjadi pemalas.

Jadi, sekiranya anda adalah suami, anda sepatutnya:


1. Memberi hadiah tanda menghargai usaha dan penat-lelah isteri – Isteri dewasa ini juga bekerja untuk membantu si suami melunaskan hutang-hutang pinjaman, ditambah pula terpaksa membuat kerja rumah seperti  memasak, membasuh dan menyidai pakaian, menyiram pokok, membuang sampah dan sebagainya, semestinya kerja-kerja tu memenatkan. Sekiranya si suami memberi hadiah tak kira dalam bentuk apa pun, mungkin dengan hadiah itu, si isteri rasa lebih dihargai. Sebagai contoh, anda tidak tahu memasak, apa kata hadiahkan si isteri apron, dengan ini, setiap kali si isteri memasak, dia akan sentiasa mengingati anda.

2. Sama-samalah menjaga anak-anak - Menjaga anak-anak kecil sememangnya tugas yang berat, mana taknya anak-anak yang masih kecil asyik bermain siang dan malam, bermain membuatkan mereka aktif barulah mereka membesar dengan sempurna. Tugas si ayah dalam mendidik anak-anak kecil seharusnya sangat di ambil berat. Cara si ibu menjaga si anak adalah dengan penuh kasih sayang dan manja, tetapi si ayah menjaga si anak dengan cara penuh disiplin dan berdikari. Sekiranya didikan dari ayah itu tiada, mungkin si anak nanti kurang ajar atau kurang didikan.

Kesimpulanya, tiada alasan menjaga anak-anak tugas si isteri. Sama-sama menjaga anak, kerana itu benih anda.

3. Jangan tunggu isteri minta bantuan – Isteri yang selalu membuat kerja-kerja rumah, memang jarang sekali meminta bantuan, kerana bagi mereka hanya mereka sahaja yang tahu buat semua perkara itu. Jangan salah faham, semestinya si isteri nakkan si suami membantu. Sejuk hati di bila si suami tolong tanpa perlu bersuruh.

Sekiranya si isteri tu memang jenis minta tolong sana-sini, jadi anda memang la kena tolong, tiada lagi masa rehat dan cara ini pun adalah salah satu cara si suami menghargai si isteri.

4. Jangan bersepah dan bersikap pengotor – Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semuanya dah tersedia, cuma tinggal si suami untuk melakukan langkah seterusnya.

Kalau kita tak serajin mana pun, tapi sekurang-kurangya kita boleh mengurangkan beban si isteri, kalau baju kita letak merata-rata, nanti jadi kerja lain si isteri nak pergi kutip baju anda sana dan sini.
Jangan endahkan kata-kata belakang yang anda di kawal oleh isteri, isteri anda hak anda menentukan apa yang perlu anda buat. Kesimpulanya, untuk mengekalkan kebahagian keluarga, semua bermula dari diri anda sendiri, sekiranya si isteri yang merubah cara kehidupan anda, anda perlu berbangga dan berterima kasih, kerana anda tak perlu pergi kursus atau seminar membuat kerja-kerja rumah.

Comments

Popular posts from this blog