Jangan percaya motivasi rahsia bulan kelahiran





Rahsia bulan kelahiran? Apakah benda tu? Ada timbul rasa kebohongan tak jika kita membaca sifat-sifat manusia yang dinyatakan?

Mesti anda bertanya kepada Share Motivasi, benarkah rahsia-rahsia bulan kelahiran itu wujud sebab yang menhasilkannya pun datang dari pakar motivasi yang terkemuka. Apakah hukumnya?

Hukum mempercayai rahsia bulan kelahiran adalah HARAM kerana yang mengetahui benda yang ghaib dan kejadian penciptaan manusia serta masa hadapan hanya Allah swt sahaja yang mengetahui

Ini semua pembohongan yang nyata, malah ada program-program motivasi dan kuliah agama juga 'diterapkan' unsur pembohongan ini. Siapa kita untuk mengetahui nasib atau sifat-sifat manusia berdasarkan bulan kelahiran?
Kononnya, orang yang lahir bulan januari, orang sebegini akan ada sifat pemarah dan lain-lain lagi. Aduhai, ini pembohongan belaka.

Sifat-sifat ini semuanya boleh berubah kerana manusia itu sendiri boleh berubah. Jika manusia itu mahukan perubahan, maka dia boleh berubah dari yang tidak baik kepada yang baik. Kalau diikutkan teori bohong ini, maksudnya, semua manusia mesti dan tidak boleh berubah sifat mereka kerana telah nasib mereka lahir pada bulan tersebut. Langsung tidak masuk akal dan tiada asas!!

Tetapi, bila ditanya persoalan ini, mereka yang mencipta dan mendokong penuh teori rahsia bulan kelahiran berkata: 
"kami hanya mengambil data dari semua orang yang menyertai survey ini semata-mata dan berdasarkan kajian sifat purata manusia yang mengambil bahagian." 

Implikasi mempercayai:
  • Boleh mensyirikkan Allah kerana kita percaya bahawa setiap kelahiran pada bulan tertentu mempunyai sifat dan nasib yang sama.
  • Hilangnya rasa bergantungan kepada Allah swt kerana kita sudah mengetahui nasib masa hadapan kita dengan mengetahui bulan kelahiran kita.
  • Umat menjadi semakin malas untuk berusaha mengubah nasib mereka sendiri.
  • Nama baik motivasi hilang kerana terdapat unsur syirik.

Sebarkan kepada semua dan ingatlah kepada sahabat kita bahawa mempercayai rahsia bulan kelahiran ini adalah HARAM. Pangkat dan gelaran Dr motivasi bukan lesen membolehkan agama dipermainkan dan golongan sebeginilah yang merosakkan nama motivasi dan agama.


Comments

Popular posts from this blog