Kita tidak pernah perasan



Kita tidak pernah perasan, apatah lagi untuk berasa dan mempunyai perasaan untuk merasai sesuatu yang sepatutnya kita fikir.
Dunia politik semasa

Diluar sana, berjuta-juta rakyat yang sedang memerhati gerak-geri sebuah perjalanan bernama politik. Mengapa saya mulakan dahulu dengan point dunia politik? Kerana, apa yang saya lihat, manusia semakin menuju mempertuhankan politik. Mereka menyangka, dengan adanya kuasa melalui politik, mereka bebas membuat sesuka hati dan mengarahkan setiap rakyat mengikut kehendak mereka tanpa memperdulikan keperluan asas manusia yang diperintah oleh manusia.

Zaman sekarang, dosa yang paling mudah diperolehi ialah dengan berpolitik. Fitnah, rasuah, salah guna kuasa, menipu rakyat dengan agenda sulit, tuduh menuduh sesama pemimpin, MENGAIBKAN orang lain dan yang paling penting, rakyat bergaduh sesama sendiri untuk menegakkan setiap pemimpin mereka adalah benar belaka. Mustahil bagi seorang pemimpin tidak pernah melakukan kesilapan, tetapi apakah daya, mereka menyanjung tinggi sebuah kepimpinan yang dijampi mantera suci bersih dari segala dosa.

Klik sahaja di internet, pelbagai lukisan politik yang kita boleh lihat. Bahkan, dalam institusi pengajian ilmu pun, masih ada manusia yang extreme berpolitik hingga singkatan MPP menjadi igauan ngeri. Bagi saya, berpolitik semasa menuntut ilmu mempunyai kebaikan, tetapi ia menjadi salah apabila orang extreme gila pangkat mengambil alih tampuk kepimpinan.

Sedarlah bahawa, amanah menjadi pemimpin itu sangat besar. Mungkin pemimpin yang gila kuasa dan tidak memperjuangkan hak rakyat itu tidak perasan dan sedang hidup senang lenang, tetapi percayalah, hidup mereka tidak sekalipun merasakan aman kerana jika Allah tidak membalasnya di dunia, pasti di akhirat balasan diberikan.

Bersabarlah wahai insan sekalian, pasti suatu hari nanti Islam itu akan tegak dimuka bumi ini dan menyelamatkan kita dunia dan akhirat.

Maksiat di filem-filem orang Islam sendiri.

Bukan 1, bukan 2 tetapi lebih dari berpuluh ribu filem karya orang Islam sendiri, menyebarkan maksiat dan fitnah kepada agama sendiri. Mungkin kita seronok dan bergelak ketawa dengan adegan yang menyeronokkan, tetapi dimana mutu menerapkan Islam yang selama ini kita pegang?

Kita sibuk menyalahkan pihak bukan Islam merosakkan Islam, tetapi kita tidak pernah perasan bahawa kita sendiri yang merosakkan agama. Kita lalai dan leka dalam mengejar duniawi. Malah, blog dan web gosip artislah yang paling meningkat naik dan mendapat populariti yang paling tiptop. Paling menyedihkan, ulama' diperendahkan dan diperalatkan.


Ustaz malas buat kerja

Baru-baru ini, saya berkesempatan menonton video kuliah dari beberapa ustaz. Mereka berkata, ramai kes cerai dan penderaan isteri yang terang benderang mengambil masa berbulan-bulan untuk diselesaikan. Tetapi dalam ops pecah bilik tangkap khalwat, cukup waktu 1 jam atau kurang dari itu, 1 van penuh dengan golongan agama pergi serbu kes yang ibarat tersembunyi didalam lubang cacing berjaya ditangkap. Lihat disini, dimanakan unsur keutamaan yang patut diberikan. Orang kita suka sangat benda-benda yang boleh mengaibkan dan membuka aib orang dahulu.[pantas membuat kerja].. Alangkah indahnya jika semua dapat diseimbangkan seperti yang Allah ajar kepada kita =)

p/s: kadang-kadang, ramai orang tidak tahu nama mufti negeri sendiri..

Marahkan anak kahwin muda

"mak, saya nak kawin masa belajar boleh?"
"apa!! kau dah gatal nak kawin? mak tak izinkan"..
"tapi mak, Allah suka kita kawin awal, untuk elakkan maksiat,"
"ah, time nie la kau sibuk nak cakap soal hukum agama.."
"mak marah saya ke mak?"
"marah lah nie..study pun tak habis lagi, dah miang nak kawin. Nie last warning, pasni jangan sebut pasal kahwin lagi. mak nak kamu bekerja dulu."
"mak, saya dah rasa dah sampai tibanya waktu untuk saya berkahwin. solat istiqarah pun saya dah buat",
"Yang kau pegi suka kat anak dara orang tu buat apa..jangan nak gatal-gatal".
"saya kan manusia mak".......

Itulah sedikir dialog yang sering terjadi di zaman sekarang. Parent menghalang niat murni seorang anak untuk mendirikan rumah tangga. Untuk mendirikan rumah tangga, kita memerlukan ilmu rumah tangga itu sendiri. Ia bukan sekadar membaca novel kisah cinta rumah tangga semata-mata, tetapi melalui penghayatan dan kisah teladan yang diberikan secara tidak langsung oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka. Malah, salah satu element penting dalam ilmu keibubapaan ialah memahami anak-anak. Bukan jatuh hukum haram kerana tidak membenarkan anak untuk berkahwin, tetapi jika anak itu sudah mampu menjalankan tanggungjawab, dan ingin mengamalkan kehidupan Islam, maka benarkanlah mereka berkahwin. Dengan syarat, mereka sudah memahami tanggungjawab menjadi seorang ibubapa.
[tetapi jika anak-anak masih tidak mampu mengikut alasan-alasan yang wajar, haruslah ibubapa menasihati anak-anak untuk belajar ilmu rumah tangga tetapi bukan terus mengharamkan sebuah perkahwinan]

Mental umat Islam melayu lemah

Mungkin ada yang kurang senang dengan ungkapan di atas, tetapi hakikatnya, itulah yang terjadi di nusantara, terutama di Malaysia. Kenapa ia terjadi? Jom berbalik semula kepada point di atas:
  • Sistem politik yang zalim
  • Maksiat disebarkan oleh orang Islam sendiri
  • Kesilapan golongan agama
  • Perkahwinan menjadi susah
Apabila tapak asas sebuah bangunan lemah, angin bertiup pun boleh roboh. Begitulah dengan umat kita:
 
Jika tapak asas perkahwinan sudah menjadi susah, 
maka maksiat pun menjadi mudah. 
Jika penasihat dari golongan agama kepada pemimpin pun sudah di potong neuronnya untuk bercakap, 
maka kezaliman sukar ditangkap.

Yang baik segalanya datang dari Allah, yang buruk datangnya dari penulis ini sendiri. Teguran membina amat dihargai. Sila komen dibawah untuk faedah umat Islam.

Comments

Popular posts from this blog