Know How vs Know Who – Mana Lebih Penting?

Serious posting. Posting kutuk Mangkuk tak boleh biar lama-lama, nanti aku kena belasah. Bahaya rupanya penyokong Mangkuk ni. Ganas-ganas…

Businessman, those yang biasa join government tender, involve in writing proposal to government or any other big multi national company, politician turn businessman or the other way round – Semua golongan ini faham maksud posting by just reading the title.

Aku nak cerita pasal persoalan biasa yang bermain di fikiran ahli-ahli perniagaan. Mana yang lebih penting dalam dah start or maintain satu-satu business, know how or know who? I know, again when come to this kind of argument the simplest answer will always be BOTH! Ok lah, memang paling bagus kalau ada dua-dua, but aku nak tanya mana yang lebih penting or in other words, kalau kita nak jayakan sat-satu business project, element yang mana lebih besar portionnya, kenal orang atau tahu cara buat.

Let’s define both phrases first…

Know How
Skill, knowledge and experience required to execute any particular task. Also we can include ownership of the equipment, materials and tools to implement the project. We are talking about project manager, coordinator, engineer, scientist, skill workers, problem solving person, etc.

Know Who
Relationship, network, connection, affiliation or what ever other term we want to use to describe association between those we want to built the project with those who want to approve, make use of the completed assignment and those who hold the pay cheque. Now we are referring to politician, government leaders, officers, high rank manager, etc.

I believe everybody know there are two ways to become millionaire. First, sell 1 million items to one million buyers with RM1 profit margin each item. Second method is sell 1 item with RM1 million profits to one single buyer. To sell 1 million items, we need promotion, marketing, good business plan and a lot more, but to sell to one buyers of cause easier. And in Malaysia one of the main ‘buyer’ and the easiest to convince is Malaysia Government, kan? Semua orang tahu kalau dengan kerajaan kita boleh mark-up gila-gila, even 300%-500%. Businessman nak jadi jutawan bukan kira halal-haram. Asal boleh untung, mark-up je….They will come up with all kind of excuses, admin fee lah, consultant fee lah, late payment fee lah untuk menghalalkan business deal mereka. Reason aku cakap pasal government sebab ‘Know Who’ always related to government project, government officer, political leaders and so on, although padahal nak supply barang between private sectors pun banyak melibatkan benda-benda ini. Tapi again, remember kerajaan adalah ‘syarikat’ yang paling kaya di Malaysia. Kita selalu assume they have infinity amount of money, and think it deeper its kinda true sebab mereka collect tax from all of us monthly! So, most of my points later will be referring to government related project.

Jom discuss simple pro and cons and later make a conclusion.


Know How


Kalau kita benar-benar arif perihal satu-satu project memanglah mudah untuk expedite the whole plan. Kita yang memang pandai bidang tersebut akan cari jalan agar project tersebut berjalan lancar dengan kos yang minimum tanpa mengabaikan kualiti.

Kalau kita tidak pandai, kita kan terdedah kepada penipuan, kesilapan dan seterusnya kegagalan.

But, to gain this knowledge it required a lot of efforts, time consuming and of cause bright mind. Tidak semua orang dikurniakan kebolehan sebegitu.

Contoh orang yang ‘Know How’ yang kaya raya banyak kita boleh lihat dalam industry I.T. Bill Gates, Steve Jobs, kat Malaysia pula peniaga macam Irfan Khairi, dan ramai lagi founder-founder company I.T related macam e-pay, Jobstreet, K-One, Skali yang aku tak ingat nama dan malas nak search. Most of them memang pandai I.T, mostly programmer yang tulis program dan gunakan untuk buat bisness.


Know Who

Kalau kita kenal pihak yang nak bayar kita atau pihak yang dapat benefit daripada project tersebut, seterusnya dapat sokongan mereka ini akan memudahkan satu-satu project terlaksana. Mudah untuk terlaksana kerana ianya senang untuk kita nak jelaskan kebaikkan, faedah, kos yang diperlukan dan lain-lain hal dengan mereka.

Also, kepada golongan yang jahat, senang nak share keuntungan daripada project dengan pihak yang meluluskan project in term of rasuah, bonus, hadiah, holiday trip, consultant fee dan macam-macam cara lagi.

But to ‘Know Who’ bukan lah perkara mudah. Ada pelbagai cara nak ‘kenal’ orang. Institusi pengajian seperti sekolah dan university adalah cara paling popular. Ada sesetengah government agencies control by MCKK old boys, ada pula kementerian yang dijaga oleh bekas penuntut UiTM dan jangan terkejut ada beberapa sector perniagaan di Malaysia dimonopoli oleh bekas student MRSM. Believe me, it is happening now.

But to gain people trust is not an easy task also. Of cause we can always ‘buy’ the trust. Tapi kalau untuk peniaga jujur, it is damn difficult. Perfect example (intention to said aku adalah orang jujur, hahahha)… aku try nak jumpa pengarah satu department kerajaan. Imagine, aku try set appointment from last year! Masa aku nak kahwin bulan 10 tahun lepas, aku first call dia. Memang lah aku tak kacau everyday, but once a week aku akan try call, nak set appointment. Alasan seperti busy dengan seminar, tender, meeting sana, meeting sini, kursus, dan paling best… Cuti! Holiday sepanjang schoold holiday. Hanya this morning aku berjaya jumpa dia for 15 minutes. Boss aku gelak je, dia cakap ‘ let me know if you need any help’. Aku tahu, dia bermaksud political connection lah tu. But aku malas nak pakai link politic di Selangor sebab semua orang tahu pegawai kerajaan still ramai yang support Barisan Nasional but state government under Pakatan Rakyat. So, it is a suicide move kalau guna mana-mana links pun. One way or another akan ada orang benci.

Adilnya, aku kena listkan contoh orang yang telah berjaya tapi tidak begitu pandai tentang bidang yang dia ceburi. Macam menyindir lah pula, so better aku tak nyatakan walaupun ada beberapa nama yang terfikir. Mudahnya, masa persidangan UMNO lebih molek pergi persidangan PEMUDA UMNO. Most of familiar faces there, kaya raya dengan hanya jual ‘kenalan’.

So, aku dengan penuh confidentnya buat conclusion di Malaysia memang ‘Know Who’ lebih penting dari ‘Know How’. Like it or not just accept it. Sebab tu kita boleh lihat orang buta i.t jadi director, even ceo syarikat telecommunication dan mamat lulusan finance lead engineering firm jadi consultant kepada government- linked-company.

One of the main reason Know Who penting di Malaysia sebab income politician tidak sebesar mana. Pak Menteri kita nak mempunyai gaya hidup yang sama dengan pak menteri dari negara maju, so since gaji mereka tak cukup nak cater their lifestyle, they have to become businessman. They want to have their own yatch, plane… ada hobi pelik-pelik macam collect kereta mewah, atau melancong. Bila politician jadi businessman, then start la pasang cronies, proxies, kerabat, dan sebagainya. Di USA or UK contohnya, one book wrote by politician boleh jual millions copies dan membuatkan mereka tidak perlu venture dalam business-business lain. But sadly, not here in Malaysia.

Jadi contohnya, kalau nak propose agar semua masjid dan surau di Malaysia ada website sendiri. Semua website dihostkan di satu syarikat dan dikawal selia oleh jabatan agama Islam. Website ini juga akan jagi virtual community center for jemaah masjid berkumpul secara maya. Content wesbite AJK surau boleh update sendiri with template yang disediakan. Each site aku propose for let say, RM1000. Ada at least 5000 masjid dan surau registered, so easily aku boleh collect RM5 million, not include maintenance fee. With cost around half of that amount, then aku buat at least RM2 million profit. Remember aku memang tidak mahir nak buat website, jadi in order to kick start aku tidak perlu cari syarikat atau individu yang pandai buat website, syarikat hosting, pakar i.t… instead aku kena kenal dengan ustaz-ustaz di JAKIM, IKIM atau agensi-agensi yang berkenaan. Kenal mereka dulu, berkawan, ajak minum, main golf sekali, join ceramah agama, sembahyang kat masjid negeri… then maybe after few months baru aku propose. Kalau mereka agreed, barulah aku cari pakar-pakar i.t untuk tolong aku.

This scenario good or not? you guys decide lah. That a whole discussion all together. Ada baik dan buruknya aku rasa. Maybe next time...

Buat website for masjid dan surau, it is not a bad idea, kan?

Chow… nak pergi call kawan-kawan UMNO…kot-kot ada yang kena sesiapa di Jabatan Perdana Menteri, ada project nak propose. Hahaha….boleh untung 2 juta ringgit, mesti mata terbeliak.

Selamat berhujung minggu!

Thursday, May 28


2-0, What a Nice Result.






Semalam aku layan member-member kampong tengok final Champ League di Asia Cafe, Subang Jaya. Ada yang datang all the way from Teluk Intan nak rasa pengalaman tengok bola meriah di sini. Tapi yang bestnya, yang bersungguh datang dari jauh tu penyokong Mangkuk. Hahaha...!

Seronok tengok muka-muka penuh harapan penyokong-penyokong Barcelona dan Man.Utd.
At the end, Barca menang. Congrats...! Kesian Mangkuk tak dapat sampaikan hajat nak jadi team pertama pertahankan kejuaraan. Tahniah juga kepada Mangkuk sebab berjaya mengelak daripada kena belasah, nasib baik Henry off form.

Ya...ya... aku tahu. Mangkuk menang 2 piala. Far better than empty handed Liverpool.

Tuesday, May 26


Marah Ketika Berurusan Dengan Jabatan Kerajaan

Aku rasa mesti ramai orang ada pengalaman tidak puas hati semasa berurusan dengan kaunter di pejabat kerajaan. Pastinya perasaan marah akan timbul hanya apabila berlakunya masalah, tidak mungkin kita akan marah kalau semuanya smooth dan berjalan lancar, kan? Masalah hanya akan timbul bila ada kesilapan atau kita rasa ianya satu kesilapan berlaku dimana-dimana. Kesilapan ini mungkin kesilapan diri kita sendiri, kesilapan kakitangan kerajaan atau ’kesilapan’ sistem.

Tujuan posting ini adalah sebenarnya nak ingatkan semua orang awam agar jangan simply nak marah-marah pekerja kerajaan without check salah siapa yang menyebabkan masalah itu berlaku. Benda ini aku terfikir semalam, masa aku berurusan dengan kaunter satu jabatan kerajaan. Ada seorang mamat ni, dia mengamuk sakan sampai tumbangkan kerusi. Akak kaunter tu diam je, pekerja-pekerja lelaki lain semua berdiri tapi still boleh tahan sabar. Aku yang dekat dengan kerusi tu terus bangun dan betulkan kerusi sambil sound mamat tu. Suruh dia berambos. Siap ada orang tepuk tangan tu. Hahaha... aku nampak ada CCTV, maybe esok atau lusa muka aku masuk TV sebagai rakyat yang baik budi pekerti. Hahaha....

Pertama: Salah Sendiri

1. Lembab, Bertangguh.
Standard la, adat kita sebagai rakyat Malaysia memang suka buat kerja last minit. Settlekan income tax few days before date line. Kalau di Selangor, beberapa hari sebelum tarikh tutup memang sesak jalan dekat dengan stadium MBPJ. Nak potong jalan pintas dari highway Subang Airposrt menuju ke LDP pun payah. Also kita boleh lihat scenario ini bila PDRM bagi diskaun untuk bayar saman. Last day pesalah trafik akan beratur sampai luar pagar nak jelaskan saman lalulintas. So, kalau kita sendiri yang suka bertangguh jangan kata kakitangan kerajan lembab atau tidak cekap buat kerja. LHDN di Kelana Jaya tu buka sampai tengah malam kalau dekat-dekat nak closing date settlekan income tax, kesian mereka. Banyak juga pejabat kerajaan (negeri) yang buka urusan kaunter walaupun pada weekend.


2. Tak Dengar/Baca Arahan Dengan Betul.

Before pergi berurusan dengan pejabat kerajaan it is not a very difficult task for us to call them first or check their website. Dapatkan info document-document yang diperlukan. Dengar, baca, salin dan follow segala arahan yang diberikan. Jangan buat andaian sendiri dan mula nak marah-marah bila urusan kita terganggu dek kerana document tidak cukup. Size gambar, berapa salinan, kena bawa cop syarikat, surat wakil, semuanya kena dipatuhi dengan teliti. Procedure itu semua bukan dibuat suka-suka, semuanya ada tujuan tersendiri. Pekerja kerajaan pun tidak suka menyusahkan kita kerana secara tidak lansung kerja mereka pun bertambah.


3. Up to date.

Kalau bab chatting punya lah handal, semua kuiz-kuiz bangang dalam Facebook semuanya dah try, segala jenis blog habis ditawaf. Tapi portal kerajaan satu pun tak tau. Malu lah. Takkan nak check saman trafik pun kena pergi balai polis lagi. Or nak check status permohonan penubuhan syarikat, nak check kelulusan tender, result peperiksaan, permohonan renew roadtax dan sebagainya semuanya dah boleh dibuat secara online. Kononnya takut nak buat transaksi duit secara online, tapi beli spare part kereta pakai credit card berani pula.


Kedua: Salah Kakitangan Kerajaan

1. Lembab/Slow
Tak tahu la orang lain, tapi aku nampak pekerja kaunter di bandar-bandar besar dah semakin efisen kerja mereka. Cara mereka bekerja dah lebih kurang sama dengan pekerja swasta terutamanya pihak bank yang selalu kejar masa. Jarang aku nampak pekerja yang bersembang, mengumpat atau bergerak macam siput duduk dikaunter. Tapi still tak semua jabatan sebegitu. Pihak yang berkuasa seperti Polis, JPJ, imgresen still ada yang sombong dan buat kerja mengikut kelajuan sesuka hati mereka. Ada juga yang pergi lunch melebihi masa yang ditetapkan. Cerita pasal slow, kad kahwin aku (kad yang pejabat agama keluarkan) masih belum siap. Punyalah lembap pejabat agama Islam Kuala Terengganu, last month aku tanya, mereka cakap lagi dua bulan baru siap. Fuh! So, maybe around June baru aku boleh ambil. Kalau betul siap June maknanya mereka perlukan 8 bulan untuk keluarkan kad tersebut. Mung memang gilo!


2. Tak Faham Procedure Sendiri

Ini betul-betul case mangkuk. Spesifik case, early this year. Aku gatal mulut volunteer nak dapatkan semula roadtax one of company van yang roadtax hilang. Niat asal nak mengular kerja, since rumah aku walking distance dengan JPJ, Padang Jawa, Selangor. So, aku offer lah nak tolong Admin Department buat roadtax tu semula. Gila betul. Aku ambil borang, isi, pass kat kaunter, alih-alih document tak cukup. Then, next day aku bawa semua jenis documents, suddenly mereka cakap borang dah tukar. Kena ada sign CEO. Damn, lepas tu ada macam-macam masalah lagi. Akhirnya setelah 4-5 kali pergi, baru aku dapat bawa balik roadtax tersebut. Macam sial! Pekerja-pekerja tu boleh bertengkar sesama mereka pasal procedure samaada surat serah kuasa yang aku bawa valid atau tidak. Bengong!


3. Tak Sabar

Kadang kala bukan orang awam yang marah-marah, tapi staff kerajaan yang moody dan cakap dengan pelanggan macam nak gaduh je. Bila kita tanya elok-elok mereka bagi jawapan nak-tak-nak je. Maybe soalan tu terlalu biasa sampai mereka dah bosan nak ulang jawapan berkali-kali. Kalau pekerja yang kurang kesabaran ini bertemu dengan orang awam yang juga kaki baran, memang pastinya akan berlaku masalah. Benda kecil pun akan jadi besar. Salah isi alamat pun akan membuatkan pelanggan tu kena beli borang baru.


Ketiga: Salah/Kelemahan Sistem

1. Kualiti Product
Tak salah aku, brother yang mengamok yang aku cerita diatas marah sebab dia kena bayar RM10 untuk buat i.c baru sedangkan bukan salah dia i.c tu rosak. He just put that damn card in his wallet all this while and suddenly cip tak boleh baca. He questions the officer, why he should pay RM10 sedangkan kualiti cip tu yang teruk. Tentunya akak kerani tu tak boleh nak jawap, procedurenya memang kena bayar RM10 untuk ganti MyKad rosak dan denda yang lebih besar untuk yang hilang. Tapi again, kad tu rosak bukan salah kita, kenapa kita kena bayar? Kalau every year beribu orang buat gantian kad kerana cip tak boleh baca, Jabatan Pendaftaran should take some action. Bukannya mengembangkan penggunaan cip yang sama untuk kanak-kanak pula. Nanti mungkin pets pun ada identity card sendiri. Aahhahaha….!


2. Procedure Tak Logik

Ada satu contoh. Related to cerita brother tadi juga. Lepas dia belah, aku terjumpa dia kat bawah masa dia melepak sambil hisap rokok. Aku join melepak dengan dia. Kalau tak percaya cuba try tanya immigration department. Iamgien the scenario…Kalau kita nak buat international passport, immigration department akan cuba scan cip dalam MyKad kita. Incase tak boleh baca, kita akan dipaksa buat MyKad baru. Mereka will never key in our name or i.c number manually. Surprisingly, lepas kita bawa i.c sementara (tentunya kertas sekeping tu takde cip), mereka boleh pula masukkan nama kita secara manual. Procedure ini pelik tapi again kalau kita tanya officer tu mereka akan ternganga lepas tu bagi jawapan yang membuatkan kita lebih confuse. KWSP, JPJ, bank, Polis, Jabatan Agama Islam, semuanya boleh key in nama kita secara manual kalau cip tidak boleh dibaca oleh alat tu. Tapi jabatan imegresen tidak, mereka mahukan salinan i.c sementara dan surat beranak. Aneh, tapi benar…


3. Sistem Down/Offline

Aduh! Ini memang pedih. Ambil nombor, tunggu giliran, sampai giliran kita tiba-tiba akak di kaunter tu angkat signboard “Offline, Harap maaf”. Mereka dah siap signboard untuk itu. Maksudnya dah memang selalu berlaku. Pedihnya semakin menusuk kalbu sebab kita tidak boleh nak lepaskan kepada sesiapa. Kita takde access ke I.T personnel yuang jaga sistem mereka. Kita tak boleh nak contact budak-budak yang jaga server atau budak network yang jaga links mereka. Kita hanya boleh berharap sistem akan online secepat mungkin sambil tengok pekerja-pekerja kaunter mengisi masa terluang dengan main sms atau transfer video clip dengan member kaunter sebelah.


So, lepas ni kalau berlaku masalah semasa berurusan dikaunter pejabat kerajaan, jangan terus marah-marah. Relax, tenangkan fikiran dan kaji dulu siapa buat mistake. Kalau misunderstanding pun, pihak mana yang tersalah faham. Kalau memang salah kita, diam je la. Minta maaf pun ok jugak kalau rasa nak jadi gentlemen sikit. Kalau salah or ‘kita rasa’ salah sistem, tidak perlulah marah pegawai bawahan di kaunter. Memang dia bekerja ikut arahan sahaja. Even manager kat dalam pun tidak mampu buat apa-apa. Best option yang kita ada adalah hantar surat rasmi ke ibu pejabat jabatan berkenaan. Or war-warkan di media. Tapi kalau masalah itu terhasil oleh kerana kesilapan bangang pekerja kerajaan tersebut, then.. only then you have an option to mengamok. Again, kalau rasa amukan kita tidak bawa apa-apa keuntungan, better senyum dan settlekan urusan itu cepat-cepat je.

Ciao!

http://www.akubetul.com/2009_05_01_archive.html

Comments

Popular posts from this blog