Lantak Therapy & Laugh Therapy

Lantak Therapy & Laugh Therapy
Editor iKDN | 11 Mei 10 1:16pm
Stress atau tekanan ada di mana-mana. Di rumah, di pejabat, hubungan dengan ahli keluarga yang lain, emosi peribadi, kesemuanya berpotensi mengundang stress. Stress akan menjadi beban jika tidak diurus sebaiknya. Kementerian Dalam Negeri adalah sebuah kementerian besar. Gerak Kerja cepat tidak akan memberi makna jika tidak ada impak baik darinya. Kegagalan memenuhi ekspetasi yang diharapkan akan mengundang stress kepada warganya.
”Jika kita tidak dapat menerima atau mengatasi sesuatu situasi itu, kita perlulah menyesuaikan diri kita dalam keadaan itu supaya kita tidak mengalami tekanan,” adalah antara mesej penting yang disampaikan kepada peserta Kursus Psikologi anjuran kementerian ini. Program yang berlangsung pada 10 Mei ini adalah sebahagian dari Program Kesejahteraan Psikologi Bil 1/2010 yang merupakan siri pertama daripada 4 (empat) siri.
Seramai 200 Kakitangan dan Pegawai di Kementerian Dalam Negeri menyertai kursus selama dua jam bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Kursus bertajuk “Kepentingan Keceriaan Dalam Kehidupan Penjawat Awam” ini disampaikan oleh Dr.Norzah bt Abd Ghani dari Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia telah mendapat sambutan yang baik dengan para peserta tidak malu untuk bertanya dan mempraktikkan Laught Therapy yang diperkenalkan oleh penceramah.
Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia ini menfokuskan tentang Humor / Laugh Therapy untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja bagi Penjawat Awam. ‘Tarik nafas sehingga bilangan ke 5 kemudian tahan nafas sehingga bilangan ke 3 kemudian hembus sehingga habis nafas’ adalah antara petua untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja.
Dr. Norizan juga mendedahkan para peserta dengan pelbagai jenis terapi yang boleh mengurangkan tekanan di tempat kerja. Antara jenis terapi yang diperkenalkan adalah Lantak Terapi yang merupakan pendekatan terakhir bagi pengamalnya untuk menghilangkan tekanan. Lantak Terapi ini adalah cara di mana pengamalnya tidak menghiraukan tekanan yang dialami dan menganggapnya sebagai satu perkara biasa.

Comments

Popular posts from this blog