Mendedahkan Aib Manusia, Bagaikan Teman Terbaik Kita.


Seringkali umpatan dijadikan modal utama perbualan segenap golongan dari suri rumah hinggalah kepada golongan korporat. Mendedahkan aib orang lain sudah dianggap satu trend pada hari ini ditambah lagi dengan kewujudan program-program hiburan bak cendawan tumbuh memenuhi ruang-ruang media massa. Sememangnya adalah suatu perkara yang memalukan atau perlakuan buruk seseorang individu.
Walau bagaimanapun, perlakuan ini tidak boleh didedahkan dengan tujuan memalukan individu terbabit. Mendedahkan aib seseorang menjadi salah satu perbuatan mazmumah yang menyalahi norma-norma Islam dan masyarakat Melayu khususnya.
Sebagai seorang Muslim, seharusnya kita lebih mengetahui hal ini kerana Allah SWT telah memberi peringatan secara jelas melalui firman-Nya yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kalian banyak dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Apakah antara kamu ada yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang. (Al-Hujurat : 12)
Realiti
Hakikatnya, majoriti masyarakat Muslim hari ini seakan-akan sudah terpukau dek keindahan dan keseronokan duniawi yang semakin lama memacu mereka kepada kehancuran. Hal-hal 'dalam kain' orang lebih menarik dan hangat diperkatakan berbanding alunan zikir dan fikir. Isu-isu yang membuka pekung mengenai keburukan orang lain atau lebih popular digelar gosip menjadi kegilaan seluruh lapisan masyarakat sehingga ia dianggap perkara biasa.
Kisah-kisah artis dan golongan ternama, penyebaran gambar lucah, video aksi yang kurang menyenangkan kerap menjadi ramuan utama pihak media dalam usaha melariskan produk masing-masing. Masyarakat pula yang disogok dengan berita sebegini setiap hari telah membentuk mentaliti yang terpesong daripada nilai terapan Islam sebenar. Sembang-sembang kedai kopi, bicara ahli masjid dan ahli mesyuarat tingkap telah bertukar topik. Tiada lagi butiran ilmu, bahkan kisah orang-orang sekeliling pula yang dijaja. Tidak perlu nasihat dan teguran untuk si pelaku melainkan umpat keji semata-mata kerana kata mereka, zaman sekarang mana boleh jaga tepi kain orang.
........................................................ Untuk mengikuti kesudahan artikel ini, sila dapatkan tabloid iluvislam Bil 58 : Cinta Dunia dan Cinta Akhirat.
Rencana ini dimuatkan dalam tabloid iLuvislam edisi ke-58. Antara rencana menarik dalam keluaran minggu ini adalah :
  • Dedahkan Aib Orang Ditelanjangi Di Akhirat
  • Fitnah Wanita Ujian Buat Lelaki
  • Salahkah Jadi Miskin
  • Mencari Posisi Diri Dalam Perjuangan
  • Apabila Guru Bertindak Di Luar Batas
  • Apakah Islam Hanya Pada Sekeping Kertas?
  • Pimpinlah Keluarga Ke Jalan Taqwa
  • Di Mana Ketenangan
  • Dan macam-macam lagi..
Bagi mereka yang berminat menjadi stokis dan ejen tabloid iluvislam di IPT, sekolah atau pejabat (Semenanjung Malaysia sahaja) - anda boleh menghubungi pejabat kami di 03-42516702 atau 013-2442551.
Bagi mereka yang mengalami masalah untuk mendapatkan tabloid di kedai berhampiran tempat tinggal masing-masing, anda boleh SMS secara spesifik alamat rumah anda ke 013-2442551.

Comments

Popular posts from this blog