Mengurus Masa Untuk Kesenangan Diri

by rashid
Sehari 24 jam memang dah tak cukup. Konsep masa, iaitu masa itu emas memang selalu sangat kita dengar masa menghadiri kursus-kursus motivasi atau ceramah-ceramah kecemerlangan. Ambil satu contoh, masa kita belajar dekat kolej atau universiti dulu la, setiap orang memang kena pandai mengurus masa dan berdikari, setiap hari kena bangun pagi-pagi untuk bersiap ke kelas. Kelas sesi pagi habis dekat tengah hari, siap makan tengah hari kita bersiap pula untuk kelas petang, sampailah lewat petang. Waktu malamnya pulak mesti banyak habis masa untuk ulang kaji pelajaran atau berbincang dengan kawan-kawan. Jadi bila masa kita nak main dan bersuka ria dengan aktiviti masa lapang?

Kena pandai mengurus masa untuk kesenangan diri.

Cuba kita sama-sama renungi kisah di bawah:
1.) Semasa kecik – kita ada masa, kita ada tenaga, TAPI tiada duit.
2.) Semasa kita dewasa – kita ada tenaga, kita ada duit, TAPI kita tidak ada masa.
3.) Semasa kita tua – kita ada masa, kita ada duit, TAPI kita tidak ada tenaga.
Konsepnya disini, masa kita kecik kita tak ada duit, jadi masa tu mulalah pasang azam bila dah besar nanti nak kumpul duit banyak-banyak. Bila dah bekerja dan bekerjaya tu, memang pulun habislah cari duit, sebab nak kumpul duit untuk hari-hari tua kelak. Tapi malangnya bila dah tua, tenaga tak ada, nak jalan pun orang yang pimpin. Kejamnya dunia kalau begitu kan?
***
Sebenarnya dunia ni tak lah kejam sangat. Tuhan dah kasi setiap manusia ada 24 jam, tak kurang tak lebih. Macam mana nak mengurus masa tu lebih efisien itu tanggungjawab sendiri. Paling cikai pun buat jadual ala kadar, contohnya:

6:00 pagi – Bangun pagi dan bersiap untuk pergi kerja
8:00 pagi – Masuk pejabat
12:00 tengah hari – Makan tengah hari
5:00 petang – Balik kerja
6:00 petang – Sampai rumah dan berehat
7:15 petang – Solat maghrib ++
8:00 malam – tengok televesyen
10:30 malam – masuk tidur.

Ringkaskan jadual harian yang macam nih? Kan masa itu emas kenalah buat jadual sikit, barulah emas tu tak hilang entah kemana.. Yang mana berblogging tuh, kena pulak buat ruangan khas untuk kasi slot berblog, TAPI elakanlah berblog waktu bekerja, takut kerja tak siap, dah siap baru berblog ye..hehe..

Kalau rajin sikit, buat jadual lebih terperinci sikit, bila dah siap jadual tu, baru bersemangat untuk buat kerja-kerja harian..tak percaya cubalah buat jadual cantik sikit..
Insya’Allah lepas buat jadual harian tu, hidup kita akan lebih tenang dan senang, tak lah terasa tertekan bila tak cukup masa atau terpaksa kerja sampai lewat malam.

Halangan dan kekangan dalam mengurus masa.

Halangan dalam menguruskan masa yang paling utama bagi aku adalah mendisiplinkan diri. Selalunya kalau bab bangun pagi nih, memang liat sikit nak bangun, kalau ada jam loceng atau alarm handphone tu, banyak kali snooze pun tak bangun jugak. Selain mengurangkan masa untuk aktiviti masa lapang kita juga boleh mengurangkan masa tidur. Kalau kita jenis suka tidur lewat petang, mungkin kita boleh tidur pada tengah hari sahaja, waktu petangnya kita bersukan sikit-sikit, dan bila malam kita tidur awal sikit, insya’Allah lewat bangun pagi tu boleh di atasi, petua-petua lain yang di rasakan bekersan pun boleh digunakan..

Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

Dalam 5 perkara tu ada disentuh mengenai lapang sebelum sempit. Mungkin yang dimaksudkan adalah mengenai masa itu sendiri, kalau kita selesa menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tak berfaedah, maka ingatlah, bila datang waktu sempit itu nanti, pasti kita akan menyesal dan amat merindui masa-masa yang lapang dan senang itu. Dari segi kewangan pun kita boleh dikaitkan dengan lapang sebelum sempit ni, waktu kita berduit, kita lupa nak menyimpan dan berjimat, tapi bila datang kesusahan, contohnya tiba-tiba kereta rosak, kita dah tak punyai banyak duit untuk memperbaiki kereta, masa tu memang pening kepalalah nak cari duit tampung perbelanjaan..sedey..

Aku pun dah kesuntukan masa nak menaip nih, sebenarnya kalau nak berbicara pasal masa nih, memang tak habis-habis, jadi aku tinggalkan sedikit untuk sama-sama kita berbincang di ruangan komen tu, mana tau idea yang korang kongsi tu bermanfaat kepada semua.

Korang diluar sana jangan lupa jaga permakanan, jangan lupa bersenam, insya’Allah akan sihatlah selalu.

Comments

Popular posts from this blog