Muslim Dan Dugaan

Assalamualaykum sahabat-sahabat sekalian…
Muslim ada dua jenis iaitu Muslim Asli dan Muslim Mualaf .Muslim Asli merupakan Muslim yang dilahirkan dalam keluarga Islam manakala Muslim Mualaf pula orang Muslim yang dahulunya kafir dan kemudiannya memeluk Islam dengan lafaz agung kalimah dua shahadah tanda persaksian Allah itu satu dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.Persoalannya ,anda berada di kategori mana?Mudahkan soalan ni?
Seterusnya,saya mengajak pula bagi semua yang menganut Islam untuk berfikir mengapa anda menganut Islam?Adakah untuk Pencipta agama ini ?Atau selain-Nya?
Soalan-soalan sebegini biarpun nampak remeh pada pandangan manusia tetapi bagi saya ianya penting untuk muhasabah insan.Bukankah soalan saya itu mudah dan di dalamnya ada jawapan hanya perlu pilih jawapan bergantung kepada individu yang menjawab.
Ok,sila baca sampai habis walaupun nampak tak menarik ^.^
Kali ini saya ingin mengajak anda semua untuk berfikir mengapa kita ditakdirkan untuk hidup seperti sekarang?Ada yang hidupnya susah,ada yang senang,ada yang kelam kabut ,ada yang banyak harta tapi tak tenteram dan sebagainya.Macam-macam jenis kehidupan yang tak mampu untuk saya taipkan.Cukuplah saya andaikan kalian mengetahui selain dari jenis-jenis yang saya sebutkan.Bagaimana dengan kehidupan anda pula?
Bukankah kehidupan ini sebenarnya adalah ujian?Ujian penentu keimanan diri.Sebagai contoh kenapa Allah jadikan seseorang itu orang miskin?Cuba singkap hikmah di sebaliknya.Mungkin kalau dia jadi orang kaya dia banyak buat maksiat,korupsi sana sini dan sebagainya.Kalau dia jadi orang miskin dia sentiasa dekat dengan Allah,jadi hamba yang bersyukur dan sentiasa berusaha yang terbaik di samping meletakkan tawakal yang tinggi kepada Allah.Begitu juga halnya bagi orang kaya ,mungkin kalau dia jadi miskin dia asyik mempersalahkan takdir mengapa dia dijadikan miskin atau sebagainya.Diingatkan ini hanyalah contoh semata.Memang tak dinafikan ada orang kaya yang merupakan Muslim yang baik.Bukankan setiap individu itu berbeza-beza imannya?Kita tak tahu tapi Dia Maha Tahu.Tak sama pengetahuan kita berbandiing pengetahuan Dia…
Allah jadikan sesuatu itu bersebab.Kadang-kadang kita sering salahkan takdir bila ditimpa ujian atau musibah.Padahal itu peluang pahala untuk kita kecapi sebenarnya.Cuba bayangkan anda ditimpa musibah ,kemudian anda sabar dan redha dengan takdir Allah ,kan dah dapat pahala sabar dan redha.Sabar dan redha merupakan dua perkara mahmudah yang sangat sukar untuk dilaksanakan oleh insan.Tapi tak mustahil untuk dilakukan oleh orang yang benar-benar percaya pada rukun iman.
Rukun iman ada enam perkara
1.Percaya kepada Allah
2.Percaya kepada Malaikat
3.Percaya kepada Nabi dan Rasul
4.Percaya kepada kitab-kitab Allah
5.Percaya kepada hari kiamat
6.Percaya kepada Qodo’ dan Qodar.
Lihat,PERCAYA KEPADA QODO’ DAN QODAR itu merupakan salah satu rukun iman.Insha Allah kalau kita yakin dengan-Nya pasti boleh!~
Sebagai insan biasa memang tak dinafikan bila ditimpa ujian dan musibah terus melatah tapi jangan sampai gadaikan iman.Sangat bahaya.Istighfar banyak-banyak jika kita terlajak.Pengampunan Allah luas…..Allah Maha Pengampun.
Kesimpulannya,kita sebagai Muslim memang akan diuji dan diduga oleh Allah untuk mengukur taraf keimanan kita kepada-Nya.Bila diduga,kemana kita akan pergi?Kepada siapa kita mengadu?
Maka,ingatlah Allah di masa senang dan susahmu.
Bersangka baiklah dengan Allah jangan sekali-kali untuk bersangka buruk!
ALLAH TAK PERNAH TINGGALKAN HAMBA-NYA WALAU SEDETIK TETAPI HAMBA-HAMBA-NYA LAH YANG SERING MENINGGALKANNYA!
ALLAH DAIMAN MA’ANA
[Allah sentiasa bersama]

Kehidupan ~

Jangan kau tanya tentang hidupku
Kadang kala aku tidak dapat menjawabnya
Kerana hidup ini satu anugerah dan hadiah untukku dari Tuhanku
Ia rahsia Tuhanku yang tidak bisa kuungkapkan dan kulafazkan
Hanya hikmah disebaliknya yang mungkin bisa kuterjemahkan
Rahsia hanya Dia yang bisa bongkarkan
Hidup juga adalah ujian yang menjelma buat pewarna kehidupan
Dugaan yang bisa jadikan diri lebih kuat
Namun,setakat mana kehidupan ini perlu diuji?
Tuhanku bukan sengaja untuk merosakkan rohku
Dijadikan dugaan untuk menjadi pemanis jiwa yang tawar
Dia menduga atas kemampuan jiwa ini
Bukan sengaja menimpa tanpa sebab yang memungkinkan
Bilaku tanya setakat mana telah aku lakukan untuk Tuhanku
Betapa sedikitnya amalan untuk kupersembahkan kelak
Sangat sedikit dan amat memalukan dan menjengkelkan
Bilaku kulihat betapa besarnya nikmat yang Dia bagi
Tidak tertanding dengan amalan persembahanku nanti
Dia memberikan aku pelbagai nikmat
Bila hidup diuji hanya sedikit sudah melatah tak ingat diri
Wahai hidup belajarlah untuk bersyukur
Atas kehidupan ini…………..http://akmanurdiniyyah.blogspot.com/search/label/Tazkirah

Comments

Popular posts from this blog