Pakaian Wanita - Berbaju Merah Lebih Seksi Namun Kurang Cerdik

 


Kepada wanita yang suka memakai baju warna warna merah, ada berita menarik untuk anda. Anda sebenarnya nampak lebih seksi dan menggoda di mata lelaki yang melihat anda berbanding warna-warna lain yang anda pakai. Demikian mengikut hasil kajian daripada seorang professor Psikologi Dr. Andrew Elliot dari University of Rochester di New York yang disiarkan di laman health.com.
gaun merah seksi Wanita Berbaju Merah Lebih Seksi Namun Kurang Cerdik
Namun pada masa yang sama warna merah tersebut juga tidak menunjukkan yang sipemakainya bijak dan kompeten. Berdasarkan penelitian profesor tersebut warna merah hanya menunjukkan imej yang lebih seksi, menarik dan menggoda, tapi lelaki yang melihat perempuan tersebut tidak pula menganggap perempuan berkenaan sebagai bijak mahupun mempunyai personaliti yang baik.
Di samping itu laporan daripada Journal of Personality and Social Psychology pula menjelaskan bahawa lelaki yang melihat wanita yang berpakaian merah lebih cenderung untuk mengadakan hubungan seks dengan wanita tersebut dan sanggup menghabiskan lebih masa dengan perempuan berkenaan. Kajian dilaksanakan terhadap 150 responden dengan 5 siri ujian.
Menarik jugak hasil kajian ni, rumusan peribadi yang boleh dibuat berdasarkan kajian tersebut adalah:
  1. Bagi pasangan suami isteri yang sah, ni boleh dijadikan tips kepada para isteri untuk menawan suami bagi proses reproduksi manusia;
  2. Ada pro dan kontra juga warna merah kepada si pemakainya, walaupun kelihatan seksi namun pada masa yang sama nampak juga tidak bijak…perlu buat pilihan yang tepat ni..seksi atau bijak?; dan
  3. Bagi pasangan yang masih di alam percintaan atau sedang bertunang, kalau masa ‘dating’ si perempuan kena elakkan dari memakai baju warna merah…dikhuatiri pasangan lelaki naik ‘stim’ tak tentu pasal..huhuhu.
Persoalan lanjut yang boleh ditanya terhadap hasil kajian ni pulak, kalau lelaki pakai baju merah pulak lagu mana….nampak seksi ke seksa? Kalau website atau blog macam mana pulak, adakah website atau blog yang guna warna merah akan nampak lebih seksi dan menggoda? icon biggrin Wanita Berbaju Merah Lebih Seksi Namun Kurang Cerdik . Untuk maklumat lanjut dan keterangan lebih terperinci boleh rujuk ke artikel asal di SINI.

Comments

Popular posts from this blog