Pekerja Kontrak

Salah satu kaedah untuk menjadi pekerja gomen ialah dengan cara berkhidmat secara kontrak. Apabila namanya pun kontrak, maka bila tiba tempoh cukup 'haul', kontrak pun akan tamat dan pekerja tersebut akan diberhentikan secara terhormat.

Biasanya agensi kerajaan yang memerlukan kakitangan dengan segera akan melaksanakan pengambilan kakitangan secara kontrak. Pengambilan kakitangan secara kontrak ini akan bersandarkan kepada jawatan-jawatan yang wujud samada jawatan tersebut adalah jawatan tetap atau memang khas diwujudkan untuk pengambilan secara kontrak.

Dengan menerima jawatan yang ditawarkan secara kontrak itu, kakitangan berkenaan seharusnya telah faham bahawa jawatan tersebut bukan merupakan jawatan tetap dan tidak ada jaminan bahawa kakitangan tersebut akan diserapkan ke jawatan tetap. Alasan yang selalu diberikan ialah ada sesetengah agensi yang menyatakan mereka akan diserap ke jawatan tetap. Sebenarnya ini tidak mustahil tetapi bukannya jaminan bahawa mereka akan diserap ke jawatan tetap.

Kakitangan secara kontrak ini secara umumnya ramai yang menunjukkan prestasi yang baik, berkhidmat dengan penuh dedikasi dan tekun. Ada kakitangan kontrak yang prestasinya lebih baik daripada kakitangan lain yang 'tetap dan berpencen' yang telah lulus temuduga SPA itu. Kakitangan yang 'tetap dan berpencen' ini mungkin merasakan mereka telah 'selamat' lalu menunjukkan prestasi yang sewajarnya sahaja demi kelangsungan khidmat mereka.

Seperti yang dinyatakan oleh penulis ini, untuk membolehkan kakitangan kontrak diserap ke jawatan tetap, mereka perlu ditemuduga oleh SPA dahulu sama seperti pemohon-pemohon lain. Ini adalah bagi memberikan kesamarataan kepada pemohon-pemohon lain yang juga memohon jawatan berkenaan tetapi tidak berkhidmat secara kontrak dengan gomen.

Oleh itu khidmat serta pengalaman kakitangan kontrak ini tidak diambil kira dan tiada sebarang keistimewaan akan diberikan kepada mereka semasa temuduga. Ini merupakan sesuatu yang melegakan kepada pemohon-pemohon lain diluar sana. Pengalaman tidak bermakna kecekapan menjalankan tugas ataupun lebih produktif. Memang benar pengalaman banyak membantu di dalam menjalankan sesuatu tugasan walaupun tidak semestinya cekap. Sekiranya pengalaman dan kecekapan di'hybrid'kan, calon ini akan menjadi calon yang paling layak untuk dilantik oleh gomen.

Harus diakui bahawa kakitangan kontrak juga memberikan sumbangan kepada gomen dan negara amnya. Pengalaman yang ditimba oleh kakitangan ini seharusnya memberikan sedikit kelebihan kepada mereka berbanding dengan calon yang 'zero knowledge' di dalam sistem perkhidmatan gomen. Pengalaman yang berkait dengan jawatan yang dipohon terutamanya jawatan yang khusus/ikhtisas harus diberikan pertimbangan semasa temuduga. Ini juga tidak bermakna setiap kakitangan kontrak harus 'diluluskan' untuk mendapat jawatan tetap tetapi pengalaman tersebut harus mempunyai meritnya yang tersendiri.

Ketua-ketua jabatan juga harus memainkan peranan dengan menasihati pekerja kontrak ini berhubung dengan implikasi jawatan kontrak. Seseorang pekerja kontrak yang berdaya saing dan cekap serta menunjukkan prestasi yang baik bolehlah diberikan penilaian sulit untuk ditunjukkan kepada panel temuduga bagi memberikan gambaran kepada panel temuduga akan potensi pekerja tersebut.

12 comments:

Anonymous said...
tau x cane nk mohon jd pkerje gomen kontrak?
Civil Servant said...
Selain daripada iklan di akhbar (yg semua orang tau), sebenarnya cara lain yang biasa dibuat ialah melalui iklan dalaman. Iklan ini tidak disiarkan di akhbar. Perlu merujuk kepada jabatan/agensi berkenaan. Disamping itu, ada juga yang perlu memohon dijabatan/agensi secara persendirian. SPA juga ada membuat lantikan untuk jawatan kontrak tetapi amat terhad.
Anonymous said...
biasanya pegawai kontrak diletakkan di bawah skim N41 dan diambil daripada kalangan calon2 yang tidak dapat melepasi peringkat terakhir temuduga PTD
Anonymous said...
civil servant, sy sgt x bersetuju dengan dasar pengambilan pekerja kontrak khususnya n41 yg mengisi jawatan ptd m41. sy rasa spa masih terkongkong dengan cara lama british dulukala. rata2 kementerian/jabatan yang diattach dgn pegawai kontrak menerima merit yg baik drpd superior msg2. anda mmg betul bila berkata keperluan mendesak menyebabkan kjaan melalui spa terpaksa mengambil pekerja kontrak. sbb intake utk satu2 batch ptd ambil masa 3-5 bulan termasuk exam, pac dan interview. sy x mau berckp pjg ttg implikasi yg harus dihadapi oleh pegawai kontrak n41. itu mmg dah jelas dlm kontrak. selaku bekas pegawai kontrak, sy cuma nak highlightkan perkara2 ini pd tuan. 1) pekerja kontrak n41 diberi tjawab dan kerja yg sama spt ptd m41. tuan fikir sendiri adakah ini adil? bidang tugas yg sama tp privilege yg berlainan. hy dpt gaji tp xde career advancement. cukup tempoh mati. bukan senang nak pikul tjawab ptd ni. dulu sy penah jg lebih 100 org bawah sy termasuk kerani, pengawal keselamatan, pekerja rendah awam dan mcm2 lg. itu x termasuk beban2 tugas yg kalau nak cerita sampai esok mmg x habis. 2) pengalaman x diambilkira utk berikan peluang samarata utk calon2 di luar sana. ini adalah sesuatu yg lucu. kalau swasta dah tentu tersenyum simpul kalau boleh lantik pegawai yg berpengalaman yg boleh dibayar gaji sama dgn fresh grad. tau x betapa susahnya nak menghafal perintah2 am, arahan perbendaharaan, pekeliling2 dan bermcm lg prosedur kjaan? m48 pun x tentu boleh hafal 1/3 kandungan perintah am, apatah lg budak baru. dan pegawai2 kontrak ini sewenang2nya ditamatkan kontrak bila tamat tempoh atas alasan x berjaya secure jwtn tetap melalui proses biasa. sy selalu dgr frasa 'awk sepatutnya beruntung dan bersyukur sbb dpt juga kerja pegawai kerajaan walaupun kontrak' sedangkan pelantikan mereka2 ni pd mulanya adalah utk menutup 'lubang' spa sbb nak cepat2 isi kekosongan di kementerian/jabatan. it's a matter of supply n demand 3) pegawai kontrak n41 kena melalui prosedur sama kalau nak jadi ptd. masalahnya yg interview pegawai2 kontrak ni bukanlah dr superior mereka tp org yg xde hubungan langsung. memandangkan ptd ni kerjanya mcm2, the sky is the limit kata omputih. kalau pegawai kontrak tu keje admin bila di ty kewangan dah tentu susah nak jawab soalan. apatah lg kalau soalan tu gila spesifik mcm apa itu AP 150? sy dgr KSN ckp pegawai kontrak ada headstart berbanding calon luar. mmg lucu la KSN skrg. sy x mau byk retorik tp sy kasik logik nisbah ni je bila pegawai kontrak dan calon luar sama2 ditemuduga: pegawai kontrak kena baca at least 3 buku tebal ( msia kita, pkpa dan perintah am ) = calon luar kena baca at least 1 buku tebal ( msia kita ) masih fikir pegawai kontrak ada headstart? next... 4) sistem exam oriented. sy mmg x percaya pd exam oriented. bg sy dlm kerjaya kena result oriented. inilah kelemahan pengrekrutan dlm perkhidmatan awam. pernah terfikir kenapa swasta impose probation period bg pekerja baru ( biasa 3-6 bulan)? sbb selain pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi, nilai kerja dianggap paling penting. sbb tu kalau bila dirasa dlm tempoh tu pekerja x mampu perform, just terminate je. 5) pekerja kontrak n41 dikatakan perform better drpd pekerja m41. ini bukan sy ckp tp kpsu yg buat pengambilan di jpa ckp. jadi nampaknya betullah dasar pengambilan sepanjang masa spa utk ptd mmg lemah? kalau ye kenapa x buat penambahbaikan? terlalu taksub dgn glamourous life of ptd? mula2 sy ingat kpsu tu sj nak ambik hati kitorang masa taklimat mula2 di jpa x mau kasi rendah diri tp lepas sy kena posting baru sy faham kenapa. sy listkan berdasar analisa sy a) bila dah nama kontrak automatically ada 'pressure' utk perform dan pastikan kontrak sentiasa disambung. benda ni xde pd ptd yg bertaraf tetap dan berpencen. b) byk aduan drpd pegawai2 kontrak yg x direspect sbb taraf jawatan kontrak mereka. bayangkan kwn sy sorang dulu pernah kena perli dgn par sendiri ckp 'awk ni kontrak je tp nak lebih2 pulak mengarah sy'. jadik most of time kitorang kenalah lebih independent fotostat sendri, filing sendri, dan pelbagai kerja2 yg kebanyakan ptd rasa 'hina' dan patut dibuat oleh kumpulan sokongan gred 3 shj. itu x masuk terpaksa stay sampai lewat mlm sbb nak siapkan tugasan. selalunya pegawai kontrak ni dijadikan dumping ground dilambakkan kerja2 oleh ptd2 yg hy suka berckp dan mengarah semata-mata. tp nak buat mcm mana dah nama kontrak. c) pegawai2 kontrak terpaksa memahirkan diri semaksimum mungkin sbb nak cerahkan peluang berjaya dlm interview ptd betul nanti memandangkan xde sbrg keistimewaan sptmana yg sy dan tuan tahu. d) disebabkan terpaksa berdepan dgn pelbagai diskriminasi, menjadikan pegawai kontrak kebanyakannya ada survival instinct yg tinggi. e) disebabkan tiada peluang naik pangkat maka perkara2 spt jilat bontot xde la sampai ke tahap yg menyampah tgk. biasala sesekali bodek bos tp yg pentingnye keje kena setel. Okla tuan sy dah ckp pjg ni harap jgn terasa. bila pegawai2 kontrak komplen jwpn feveret adalah 'ini adalah dasar dan polisi kami'. tp rakyat dah makin pandai nilai adakah dasar tu baik, buruk atau x masuk akal. sy x kutuk seluruh pegawai2 ptd dan sy bukan championing pegawai2 kontrak semata2. pada sesape yg ditawar skim n41 ni sy harap pikir la masak2 sblm terima. kalau kerjaya anda masih terumbang-ambing mcm keje part time ke, majikan yg abusive ke, atau pun kerja tahap macai je ke atau lain2 lg go ahead sbb mmg bagus didedahkan pd peringkat pengurusan. sy dulu pun mcm2 dato jumpa dr politician ataupun pegawai2 tertinggi kjaan. bukan senang nak interact dgn diorang. tp kalau anda dah ada keje yg dirasa stable, ada career advancement yg cerah, sy harap jgn la terima tawaran ni. anda mungkin berminat keje kjaan tp kalau anda terima juga, ia mungkin membunuh career anda. sbb spt yg dikata, pengalaman anda x dikira sgt. baru2 ni kwn sy dioffer sambungan kontrak tp 3 hr sblm tamat kontrak tiba2 dibatalkan kontrak atas arahan KSN. itu pegawai yg iya2 buat keje hr2 sampai pukul 9-10 mlm x dihargai langsung.
Anonymous said...
Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan satu dasar baru iaitu Pegawai Kontrak Gred 41 yang berprestasi tinggi dan diperakukan oleh Ketua Jabatan akan diberikan keutamaan untuk diserapkan ke perkhidmatan awam sekali gus menepis dasar yang dibuat oleh KSN sebelum itu iaitu pegawai kontrak akan ditamatkan yang mana dah cukup haul 2+1+1. Tetapi apakah perkataan AKAN yang dibentangkan oleh pak lah tempoh hari bermaksud suka hati JPA lah nak tetapkan bila nak serapkan??Perkataan AKAN juga memberi erti sama ada YA atau TIDAK..sama ada BUAT atau TIDAK BUAT..jadi sama-sama lah kita tunggu dan lihat apakah benar dasar baru ini akan mengubah nasib pegawai kontrak yang selama ini pengalaman mereka tidak dipandang langsung oleh JPA di dalam apa-apa juga interview.
Civil Servant said...
Pertimangan untuk melantik pekerja kontrak ke tetap memang ada asasnya. Dalam Bajet 2008 telah dinyatakan perkara sedemikian. Seperti yang saya telah jelaskan, merit-merit tertentu harus diambilkira berdasarkan kepada keupayaan pekerja kontrak tersebut. Mekanisme bagi 'keutamaan' itu yang perlu diteliti. Bagi pekerja kontrak yang mengisi M41, sebenarnya dulu telah ada cadangan untuk menyerap mereka yang berprestasi baik terus ke dalam jawatan tetap M41 tetapi telah mendapat sedikit tentangan.
Anonymous said...
kerajaan tak adil utk beri keistimewaan khas kepada pekerja2 kontrak untuk menjawat jawatan PTD tetap.aku xkan undi kerajaan kerana ketidak adilan ini.........!
Anonymous said...
Asalammualaikum Saudara, Janganlah emotional sangat.. Pegawai kontrak N41 yang dilantik ke jawatan tetap ini pertamanya telah mempunyai pengalaman 3-5 tahun di dalam perkhidmatan awam secara kontrak. Mereka juga hendaklah mempunyai syarat-syarat yang ditetapkan iaitu:- 1) Lulus peperiksaan PTD M41 2) Pernah Menghadiri PAC 3) Pernah Menghadiri Temuduga 4) Mempunyai prestasi yang baik di dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan iaitu 85% ke atas 5) Diperakukan oleh Ketua Jabatan mereka sendiri bahawasanya mereka boleh dan layak diserapkan berdasarkan perkhidmatan cemerlang mereka. Saudara memenuhi atau tidak syarat2 tersebut?Jika tidak sudah tentulah anda tidak dipilih.atau mungkin belum rezeki anda kerana mereka yang dipilih pun telah lama menunggu untuk diserapkan dan telah sedaya upaya untuk lulus di dalam temuduga.. Sabar sajalah di bulan Puasa ini. Percayalah setiap perkara yang berlaku di dalam kehidupan kita ini pasti ada hikmahnya. Salam Aidilfitri
Anonymous said...
boleh tanya ke?kenapa ada sokongan yang hanya ada elaun bulanan tapi yang lagi satu plak ada yang ikut gred gaji? apa bezanya?mungkinker yg ada elaun bulanan(tak ikut gred gaji),ini tiada perlantikan semula(contract renewal)??dan langsung mungkin tak dek can pergi absorb pemenen?
Anonymous said...
ntah betul atau tidak berkenaan dengan serap tetap ini. kite boleh lihat dasar pengambilan yang telah berubah. ini kerana, sebelum tahun 2008, untuk menduduki peperiksaan kemasukan skim ptd hanya perlu mana2 ijazah yang bertaraf kepujian sahaja. walaubagaimanapun, bermula tahun 2008 ianya berubah sama sekali dengan kelayakan mengikut cgpa. mengapa pula perubahan perlu dibuat walhal ptd yang terdahulu pun CGPAnya masih dibawah tahap yang ditetapkan. adalah terlalu pelik sekiranya ianya berubah. x patut...
Anonymous said...
2 bulan lepas, rakan baik saya yang menjawat jawatan kontrak kat UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA pi interview tempat lain. Salah satu soalan peng'interview' itu ialah "Apa masalah awak ni sampai UTM tak nak kasi awak tetap?" Perghh... bergetar jiwa raga saya bila rakan saya ni cerita macam tu. Seolah-olah masalah adalah berpunca dari pekerja kontrak itu sendiri. Saya (9 tahun kontrak), selami diri ini dalam-dalam. SPM cemerlang, SKT dengan markah 90 ke atas. Pernah dianugerahkan perkhidmatan cemerlang, kepujian dalam Bahasa Inggeris dll perkara yang best pasal diri saya. Tapi memang benar, bila saya pergi interview untuk jawatan tetap (badan yang sama), semua tu tak dipandang. Apa sangat la pengalaman 9-10 tahun. Bila pergi interview tempat lain pula, seolah-olah kita ni mempunyai masalah displin sehingga tidak dipertimbangkan lansung oleh pihak atasan. Harap-harap, Pak Lah tak cakap kosong la hendaknya. ***Kata manis orang atas, jangan percaya sangat
Anonymous said...
Saya telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 3 tahun dari Jun 2007 sehingga Julai 2010. Apa yang mendukacitakan perkhidmatan saya tidak disambung lagi. Sedih rasanya, maklumlah bukan senang untuk mendapatkan pekerjaan sekarang. Anak isteri kena jugak makan. Saya pernah menghadiri temuduga SPA sebelum ini, soalan yanhg ditanya kenapa jabatan anda tidak serap jawatan anda? sedih sangat-sangat. Dah dekat raya ni, kerja tak de duit pun tak de.

http://kerjagomen.blogspot.com/2007/06/pekerja-kontrak.html

Comments

Popular posts from this blog