Pesawat kecil dilanggar oleh pesawat Airbus A380 !!!

* Video  insiden  ini



Satu  rakaman  video  menunjukkan  saat-saat  sebuah  pesawat  Airbus  A380  telah  melanggar  sebuah  pesawat  penumpang  kecil  di  Lapangan  Terbang  JFK  Amerika  Syarikat  sehingga  ia  berpusing  dari  kedudukan  asal.


Kejadian  itu  dirakamkan  ketika  penerbangan  525  Air  France  merempuh  sayap  belakang  pesawat  Comair  CRJ  yang  membawa  62  orang  penumpang, rempuhan  itu  menyebabkan  pesawat  Comair  berpusing  90  darjah.


Saksi  berkata,  mereka  melihat  kerosakkan  pada  sayap  Airbus  yang  telah  diambil alih  untuk  pemeriksaan.




Crash: The Air France moments before impacting the much smaller Comair CRJ business type jet
Crash: The Air France moments before impacting the much smaller Comair CRJ business type jet


...moments later the smaller jet is spun 90 degrees...

...moments later the smaller jet is spun 90 degrees...


...before coming to a rest after being tossed around like a toy on the tarmac at JFK
...before coming to a rest after being tossed around like a toy on the tarmac at JFK


Para  penyiasat  nahas  udara  telah  menjalankan  siasatan  ke  atas  insiden  itu  yang  berlaku  pada  pukul  8.09  malam  waktu  tempatan.



Tiada  penumpang  serta  anak  kapal  dilaporkan  cedera  namun  beberapa  penumpang  di dalamnya  mengalami  impak  rempuhan  itu.


Seorang  wartawan  CNN  yang  terbang  ke  Paris  menggunakan  pesawat  Air  France  itu  berkata, dia  merasakan  seperti  'satu  deraman  kuat  yang  merempuh  kaki  lima'


Dia  juga  berkata, sayap  kiri  pesawat  Jumbo  Airbus  A380  itu  mengalami  kerosakkan.



Damaged: The Airbus A380 sits on the tarmac at JFK, too badly damaged to fly
Damaged: The Airbus A380 sits on the tarmac at JFK, too badly damaged to fly

Clipped: The wing tip of the Airbus A380 can be seen here clearly damaged by the impact with the smaller aircraft
Clipped: The wing tip of the Airbus A380 can be seen here clearly damaged by the impact with the smaller aircraft


Insiden  ini  bermula  apabila  pengawal  trafik  udara  mencadangkan  A380  pergi  ke  landasan  dan  membelok  ke  arah  kiri  untuk  menunggu  pelepasan.



Semasa  pesawat  Jumbo  itu  sedang  bergerak, mereka  tidak  menjangka  akan  merempuh  sebuah  pesawat  lain  yang  sedang  diletakkan  di sebelah  laluan  itu.


Tetapi,  perlanggaran  itu  hanya  melibatkan  kerosakkan  luaran  sahaja. Dua  pesawat  tersebut  telah  dihentikan  perkhidmatan  dan  para  penumpang  telah  diberi  penginapan  atau  ditukar  ke  pesawat  lain.


Sumber : Dailymail.co.uk

Comments

Popular posts from this blog