Sabda Rasulullah S.A.W, mafhumnya :
"Kamu dirikanlah solat sebagaimana kamu melihat aku solat"
( H.R al-Bukhari )


Pada kali ini, syukurlah aku masih diberi peluang menaip di sini. Kali ni, bukan mahu berbicara tentang tutorial solat yang betul mengikut cara Rasulullah atau apa-apa. Tetapi cuma ingin bermain-main dengan istilah sahaja.

Pada bulan Februari 2009, aku telah berpindah sekolah dari SMKA Sik ke SBP Integrasi Kubang Pasu. Budak baru mesti la kena tempoh minggu orientasi punya kan. Ya, kami dikenakan 2 minggu untuk sesi orientasi. Bila difikirkan balik, terasa 2 minggu itu satu pembaziran masa yang terlalu lama. Mana taknya, habis ja 2 minggu oorientasi tu, kami yang baru masuk ni terus menjalani peperiksaan. Nahaiii. Memang terkejut tahap cipanlah kami. Antara hasilnya, Add Math ku hanya 2/100 markahnya. Kenangan betul. Nasib baik SPM akhirnya A jugak. Alhamdulillah.

Sebenarnya, semasa dalam minggu orientasi tu, kami disusun dengan pelbagai aktiviti. Dan aktiviti paling banyak sekali adalah aktiviti dengar ceramah. Ahh, memang agak membosankan jugak la. Tapi antara slot terbanyak ialah bersama dengan PK HEM waktu itu, Ustaz Ishak, bekas guru MCKK. Beliau baru sahaja ditugaskan ke situ. 

Pernah satu ketika, dia bertanyakan kami semua.  Lebih kurang begini.

"Saya nak tanya kamu, apa beza solat dan sembahyang", tanya beliau dengan nada yang sangat yakin bahawa tidak ada orang mampu menjawab soalannya.

Semua pelajar mendiamkan diri. Mungkin mengambil masa berfikir sejenak.

"Ahh, ustaz ni, tanya benda yang bukan-bukan la. Ada ka bezanya???" Getus hati kecilku tanpa segan silu.

"Nak tau dak ni?? Kalau dah tau jawapan, Ustaz tak payah habaq dah..." kata beliau dengan sangat yakin.

" Habaq ja la Ustaz, habaq ja la Ustaz", kami semua menggesa.

" Ok, macam ni, antara kedua-dua istilah tu, yang mana tak terdapat dalam al-Quran??"

" Errmm, sembahyang la ustaz", kami menjawab.

" Haaa, betul tu. Dalam al-Quran, mana ada perkataan sembahyang. Yang ada hanya perkataan solah=solat", terang Ustaz.

" Lagi satu, kita tengok, kalau bangsa atau agama lain seperti di Malaysia, adakah mereka menggunakan istilah sembahyang atau solat untuk melambangkan ibadat mereka?? "

"Sembahyang kan...", tambah Ustaz.

" Jadi, perkataan sembahyang kebanyakkannya, semua orang guna, tak kira la dia agama apa. Tetapi solat hanya orang Islam sahaja yang menggunakannya bagi melambangkan ibadat mereka. Jadi, kita punya perkataan kita sendiri, itu privasi kita ", terang Ustaz kepada kami.

Selepas itu, aku berfikir sejenak. Betul jugak ye cakap Ustaz Ishak tu. tak pernah pulak aku fikir benda sekecil itu. Jadi, sebab tu la, sekarang, aku kerap menggunakan istilah solat berbanding sembahyang sama ada dalam penulisan ataupun lisanku.

Haha, itu sahaja yang ingin aku berkongsi pada kali ini. Jangan lupa komen di bawah ye.

Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.
http://ibnuddin.blogspot.com/2011/04/antara-solat-dan-sembahyang.html

Comments

Popular posts from this blog