TERKINI : Gempa Bumi 7.1 Gegar Jepun TETAPI Terlepas Ancaman Tsunami

 

 

Sebuah rakaman video menunjukkan saat gempa bumi melanda Jepun, menyebabkan bangunan pencakar langit di Tokyo bergegar dan di khuatiri akan sekali lagi berlaku bencana besar seperti yang telah terjadi bulan lepas.

Sebuah amaran tsunami telah dikeluarkan selepas gempa bumi berkekuatan 7.1 magnitud berlaku di pantai timur laut sekitar jam 11:30 pm (waktu Jepun) hari ini, tetapi badan meteorologi negara itu telahpun menariknya semula.

Gempa bumi yang kuat sebulan lalu telah meratakan kawasan yang berhampiran pantai.

video


Siaran televisyen NHK Jepun telah mengarahkan penduduk di timur laut supaya berpindah ke tempat yang lebih tinggi dan jauh dari pantai.

Amaran yang sama turut dikeluarkan kepada beberapa daerah yang telah hancur dilanda oleh tsunami bulan lalu, yang dipercayai telah mengorbankan kira-kira 25,000 orang dan telah mencetuskan krisis yang tenaga nuklear.

Di Tokyo, kira-kira 200 kilometer dari pusat gempa, bangunan-bangunan tinggi telah bergoyang selama lebih dari satu minit.

Pejabat Loji Nuklear Dai-ichi Fukushima tidak mengalami sebarang masalah berikutan susulan gempa bumi yang baru berlaku.

Gempa bumi terkini itu berlaku di sekitar 90 batu dari Fukushima.

Bangunan pencakar langit di Tokyo, 200 kilometer dari pusat gempa, bergoyang selama lebih dari seminit

Dahsyat: Sebuah gempa berkekuatan 7.1 baru telah melanda Jepun, dan berlaku di kawasan yang sama dengan gempa 9.0 magnitud Mac lalu.

Pekerja-pekerja di sebuah stesyen TV Jepun di Tokyo berpegang pada meja mereka ketika gempa menggegarkan bangunan selama satu minit.

Sebuah keluarga bersiap-siap untuk keluar dari kediaman mereka selepas menerima amaran tsunami di Miyako

Paul Caruso, seorang ahli geofizik di US Geological Survey di Golden, Colorado, berkata gempa bumi yang baru melanda itu terjadi di sekitar lokasi yang sama gempa bumi pada 11 Mac lalu.

Ahli pasukan penyelamat Jepun mendengar berita dari radio di Ichinoseki, Wilayah Iwate, beberapa saat setelah gempa bumi berlaku.

Amaran tsunami dikeluarkan di sekitar 300 batu kawasan dari timur laut pantai dari Wilayah Aomori utara sehingga Wilayah Ibaraki di pusat Jepun, utara Tokyo.

US Geological Survey pada awalnya mengeluarkan maklumat gempa bumi 7.4 magnitud, namun kemudian ia diturunkan kepada 7.1. Gempa yang mencetuskan tsunami pada bulan lalu ialah 9.0 magnitud.

Ratusan gempa susulan telah menggegarkan wilayah timur laut yang musnah oleh gempa bumi 11 Mei, namun ia kecil dan tidak lebih kuat dari 7.0.

Setelah gempa bumi semua bekalan elektrik telah dipotong. Bandar-bandari menjadi gelap, tetapi kereta tetap bergerak normal dan orang ramai berkumpul di jalan-jalan utama walaup telah lewat malam.


Kredit : DailyMail

Comments

Popular posts from this blog