Videos Posted by Ustaz Zahazan Mohamed
Don't Give Up!
Kepada sahabat yang sedang ditimpa kesusahan, ingatlah bahawa musibah itu penghapus dosa dan petunjuk bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah SWT. Anggaplah musibah itu sebagai pelaburan dunia bagi orang-orang yang sabar dalam mendapatkan saham akhirat yang lebih besar!
Petua menangani pemikiran yang negatif ketika berhadapan dengan musibah ada dinyatakan oleh Rasulullah SAW menerusi sabdanya, daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah SWT." (Riwayat Muslim).
Yang penting, musibah bukan alasan untuk kita terus bersikap menyerah kerana Allah bencikan hambaNya yang berputus asa! Maka rancang, berusaha, berdoa dan bertawakallah, semoga kejayaan bakal menjadi milik kita...

Book Review - Rona-Rona Cinta Damascus
Novel yang di'highlight'kan ini bertajuk Rona-Rona Cinta Damascus (RM23.00) dan mengisahkan tentang kehidupan pelajar Malaysia di bumi Damascus, Syria. Konflik hidup dan ujian sebagai perantau terpaksa diharungi mereka demi sebuah perjuangan. Tekanan Amerika Syarikat terhadap Syria telah mengakibatkan mereka turut sama merasai bahang kekejamannya. Novel ini juga menceritakan kisah percintaan seorang gadis yang bernama Manal Husna. Dia tidak pernah menginginkan perjalanan cinta yang tidak seindah angannya. Walaupun begitu dia tetap bersyukur kerana terlepas daripada cinta-cinta palsu dan reda dengan suratan takdir dalam hidupnya. Percintaan yang dibina atas dasar pilihan orang tua dan kasihan, semuanya ternoktah dengan seribu penyelesaian. Dugaan dan cabaran di bumi Damascus silih berganti hadir mengiringi ketentuan hidup pelajar di sana. Mampukah mereka meninggalkan bumi Syria dengan segulung ijazah. Berjayakah Manal Husna mengecapi cinta sebenar setelah meniti onak ranjau yang terpaksa ditempuhinya? Penulis akan membawa anda ke dunia seram, suspen, menyayat hati, konflik dan ketenangan.
Untuk promosi "Buy 1 Free 1" sila layari http://telagabiru.net.my/i ndex/index.php?option=com_content&view=article&id=179%3Apromosi-maulidul-rasul&catid=13%3Apromosi&Itemid=19
Untuk promosi "Buy 1 Free 1" sila layari http://telagabiru.net.my/i
Luasnya Pengampunan Allah!
Sahabat2 yang dikasihi kerana Allah sekalian, janganlah kita tergolong di dalam kelompok mereka yang berputus asa terhadap Allah. Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman:
يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَني وَرَجَوْتَنِي: غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ مِنكَ، وَلا أُبالِي، يَا ابْنَ آدمَ، لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السماءِ، ثُمَّ استَغْفَرتَني: غَفَرْتُ لَكَ، وَلا أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَم إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرابِ الأَرْضِ خَطَايا، ثم لَقِيتَني لا تُشْرِكُ بِي شَيْئاً: لأَتَيْتُكَ بِقُرابِها مَغْفِرَةً
Maksudnya: “Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan ampunan seluas bumi pula.”
(Riwayat al-Tirmizi no: 3534 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah).
sumber: Buku "Hadis 40 Imam Nawawi" terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

Panduan Hidup Bersyariat
Perlu apa lagi sebuah majalah Islam diterbitkan? Bukankah sudah banyak majalah seumpamanya dalam pasaran?
Jawabnya ya, jika dilihat dari sudut ‘persaingan’. Mungkin tidak perlu lagi majalah seumpama ini diterbitkan. Apatah lagi majalah sebegini selalunya tidak menjanjikan pulangan kewangan yang lumayan. Tetapi, apakah semua usaha perlu di lihat dari dimensi ‘persaingan’? Apakah semua keputusan di buat berdasarkan faktor kewangan?
Jawabnya, tidak! Dari dimensi ‘perkongsian’, usahasama untuk melakukan kebaikan sentiasa dialu-alukan. Firman Allah: “Hendaklah kamu bertolong-bantu dalam kebaikan dan ketaqwaan.” (Surah al-Maidah: 2) Malah ‘perlumbaan’ untuk melakukan kebaikan perlu sentiasa disuburkan. Firman Allah: “Hendaklah kamu berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.”
Tambahan pula, senario masyarakat kini yang semakin tercabar dan tercalar oleh unsur-unsur negatif, kehadiran bahan bacaan Islam bukan sahaja belum mencukupi, malah dikira masih jauh ketinggalan berbanding lambakan majalah picisan berunsur hedonisme, tahyul dan seks bebas.
SOLUSI lahir untuk menjadi wasilah kesedaran, penghayatan dan pimpinan ke arah pelaksanaan syariat di semua peringkat, di semua bidang kehidupan. Misi utamanya ialah membantu setiap individu merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup yang dengan sempurna menerusi pendekatan memujuk, mengingatkan dan memimpin berasaskan prinsip dakwah dan tarbiah.
Misi ini diketengahkan melalui tulisan, gambar dan rekaletak yang verstail dan dinamik. Semua itu diadun untuk menterjemahkan model ‘Mukmin profesional’, yang punya integriti (al-Amin) dan ke pakaran (al-Qawwi) dalam tugasan, peranan dan tanggung jawabnya. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik engkau berikan kerja ialah orang yang kuat (pakar) dan amanah (integriti).” (Surah al-Qasas: 26)
Lebih jauh lagi, SOLUSI ingin memantapkan pelaksanaan syariat Islam berasaskan kesepaduan ilmu wahyu (revealed knowledge) – tauhid, feqah, akhlak, dengan ilmu akal (acquired knowledge) – sains, matematik, sejarah, geografi .
Justeru, SOLUSI tidak hanya menjelaskan ilmu-ilmu berbentuk Fardu Ain, tetapi mengaitkannya dengan unsur motivasi menerusi pengalaman, isu-isu dan keskes yang sering berlaku dalam masyarakat. Dengan ini diharapkan pembaca bukan sahaja tahu apa itu masalah, malah mampu menyesaikannya! Itulah SOLUSI!

Kasihnya Rasulullah SAW kepada kita... [HQ]
Rasulullah SAW sangat mengasihi umatnya. Tanya diri kita, adakah kita mencintai Baginda SAW? APA BUKTINYA?
Hidup di dunia untuk menghadapi kehidupan sebenar di akhirat
Orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati akan terus membuat persiapan bukan sahaja untuk hidup sebelum mati, tetapi juga hidup setelah mati. Merekalah orang yang sentiasa prihatin dengan penggunaan masa dan sentiasa memanfaatkan ruang untuk melaksanakan kebaikan sebanyak-banyaknya. Usia umpama harta...bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkataannya. Harta yang berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian. - Solusi24
Kasih ANAK YANG SOLEH membawa ke syurga.. [HQ]
Kasihilah ayah ketika ada. Buat yang sudah tidak mempunyai ayah, ingat, tidak terputus amalan seseorang yang sudah meninggal dunia melalui doa anak yang soleh. Berdoalah selalu kepada Allah akan kesejahteraan ayah (dan ibu) kita di sana... Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan Allah.Dalam hadis rwyt al-Hakim, Nabi saw ditanya, oleh seorang lelaki dari kalangan Bani Salamah, Wahai RasulalLah apakah masih ada peluang bagiku berbuat baik kpd ibu bapa selepas kematian mereka ? Jawapan Nabi saw : Ya ! Berdoalah utk keduanya, memohon keampunan utk keduanya, menunaikan janji mereka, Memuliakan teman2 mereka, menjalinkan silaturrahim terhadap kerabat mereka" ( 21/ 7260 ) Cet th 2002 dar al-Kutub al-Ilmiyyah
Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya...
Tersenyum melihat keletah anak kecil ini. Mudah-mudahan kita mampu mendidik anak-anak kita menjadi insan yang soleh, cintakan ilmu serta sentiasa ikhlas dan bersedia berjihad ke jalan Allah, insyaAllah. Marilah sama2 kita amalkan doa dari surah as-Safaat ayat 100,
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
yang bermaksud "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh..." Sesungguhnya, doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s.
p/s: Prinsip yang jelas telah diajar oleh ibubapa anak ini semenjak kecil lagi, terbukti menerusi jawapan terakhir beliau.. :)

Ambil yang jernih dari iklan ini dan buanglah yang keruh...
Iklan raya oleh PKNS yang menarik untuk ditonton. Ambillah yang jernih dari iklan ini ya!
If The Prophet Mohammad pbuh Were Among Us
Kepada penerbit rancangan2 TV di Malaysia dan semua yang terlibat, marilah sama2 kita menerbitkan rancangan yang mampu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan rakyat Malaysia sebagaimana rancangan realiti kreatif yg sempat saya tonton previewnya ini, "If The Prophet Mohammad pbuh Were Among Us"
p/s: Wanita di akhir rancangan realiti ini benar2 menyentuh hati saya. Semoga Allah SWT memberkati beliau sekeluarga.

Tahniah kepada anda yang menghasilkan video ini.
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًاSesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]
Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan...
Iklan yang harus diketengahkan oleh para advertiser di Malaysia... Semoga suatu hari nanti, impian akan menjadi kenyataan, insyaAllah... sama-sama kita doakan...
Comments
Post a Comment