Wanita Cantik Membahayakan Kesihatan




Sudah menjadi lumrah setiap insan yang normal mahu kelihatan cantik dan menawan untuk pelbagai tujuan dan objektif masing-masing. Dan sebagai naluri yang normal juga kebanyakan individu suka melihat benda-benda cantik, bukan setakat manusia yang cantik malahan pemandangan, pakaian, kereta, rumah dan sebagainya. Pendek kata cantik dan indah itu sendiri memang menjadi kesukaan manusia normal. Kalau ada individu yang suka dilihat dalam keadaan selekeh, serabai, hodoh, kotor dan seumpama dengannya maknanya individu terbabit memang unik dan mempunyai karekter yang berlainan dengan sifat semulajadi manusia biasa.

Siapa tak suka melihat wanita cantik, bukan setakat lelaki, kaum wanita sendiri suka melihat kaum sejenisnya yang cantik kerana kecantikan itu menyedapkan mata memandang. Namun kepada sesetengah individu khususnya lelaki terdapat kajian terbaru yang mendedahkan bahawa berada di berdekatan wanita cantik membahayakan kesihatan. Macam amaran peringatan kat kotak rokok la pulak.

Satu kajian yang dilakukan oleh University of Valencia mendedahkan dengan hanya 5 minit seseorang lelaki berada bersama wanita cantik, ianya sudah cukup untuk meransang pengeluaran Cortisol, iaitu hormon stress di dalam sistem badan manusia. Keadaan itu juga akan lebih teruk sekiranya lelaki terlibat menyedari bahawa wanita cantik berkenaan adalah di luar keupayaannya untuk dimiliki mahupun didekati.

Kajian tersebut di jalankan ke atas 84 pelajar lelaki yang mendapati kadar Cortisol di kalangan pelajar lelaki berkenaan meningkat selepas 5 minit berinteraksi dengan wanita yang cantik dan menarik. Cortisol yang berlebihan dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti sakit jantung, diabetis, hyper tension dan impotensi.

Macam-macam kajian sekarang ni. Setakat mana tepat dan benar hasil kajian tersebut tak dapat nak di kenalpasti lagi. Ni bagi kes lelaki yang belum kahwin lagi kot, kalau yang dah kahwin mungkin tak der lah banyak sangat Cortisol tu dihasilkan. Rasanyalah. 

Cantik dan menawan tu jugak merupakan sesuatu yang subjektif, mungkin cantik bagi individu A tetapi biasa-biasa aje bagi individu B dan mungkin lansung tidak menarik bagi individu C. Gamaknya kalau artis Malaysia siapa yang paling cantik? setiap individu pastinya lain persepsinya. Adakah ada di kalangan lelaki yang mungkin boleh meningkat kadar Cortisolnya selepas berinteraksi dengan wajah-wajah cantik di bawah ni?
artis melayu cantik Wanita Cantik Membahayakan Kesihatan
(Gambar hiasan semata-mata)
Namun apa yang pasti, kecantikan adalah hak milik setiap insan. Bacaan lanjut dan laporan berkaitan kajian tersebut boleh rujuk di SINI.

Comments

Popular posts from this blog