Wanita Islam Di Larang Memakai Seluar Panjang Dan Jeans Ketat

 


Mungkin sebagai salah satu dari usaha untuk memerangi isu kecelaruan identiti yang dihadapai oleh sebahagian besar umat Islam hari ini khususnya dalam adab dan etika berpakaian, ada pihak berkuasa disesetengah negara menggubal peraturan dan undang-undang tertentu. Sebagai contoh pihak berkuasa Acheh, Indonesia telah menetapkan undang-undang supaya wanita Islam di daerah Aceh Barat akan diharamkan memakai seluar panjang ketat dan jeans.

Petikan daripada siaran akhbar Kosmo hari ini: “BANDA ACEH – Wanita Islam di daerah Aceh Barat akan diharamkan memakai seluar panjang ketat dan jean berikutan pelaksanaan undang-undang baru, kata seorang pegawai semalam.Bermula pada tahun depan, wanita yang memakai seluar panjang atau jean yang dianggap terlalu ketat akan diminta menukar kepada skirt labuh yang diberikan oleh kerajaan.

Seluar panjang yang dipakai oleh wanita itu akan digunting menjadi helaian kecil. “Jika didapati ada wanita yang ingkar, seluar mereka akan digunting serta-merta dan digantikan dengan skirt yang disediakan secara percuma oleh pemerintah Aceh Barat,” kata ketua daerah itu, Ramli Mansur….”.
tudung dan seksi Wanita Islam Di Larang Memakai Seluar Panjang Dan Jeans Ketat
(Imej sekadar hiasan, kredit kepada mykakis.net)

Secara peribadi saya berpendapat pemakaian seluar panjang di kalangan wanita khususnya kaum muslimah lebih praktikal lebih-lebih lagi kepada mereka yang berkerjaya. Selagi pemakaian seluar panjang tersebut tidak menampilkan bentuk badan yang menghairahkan dan boleh membawa perlakuan tidak elok. Bagi saya sekiranya seluar panjang yang dipakai longgar dan selesa serta memenuhi syarat asas aurat wanita, makanya tidak menjadi satu halangan kepada wanita untuk memakainya.

… dan yang salah dan tidak betul adalah apabila memakai seluar yang macam tergantung di bawah pusat sehingga menampakkan tempat-tempat yang sepatutnya haram di lihat oleh bukan muhrim, itu yang tidak dibenarkan dalam Islam. Begitupun cuba kita lihat disekeliling kita bagaimana tren pemakaian seluar jeans di kalangan wanita muslim, contohnya seperti imej di atas, mungkin anda mempunyai lebih banyak pendedahan dan pengalaman dalam isu ini.
Walau apapun saya beranggapan pihak berkuasa Acheh sudah menjalankan kajian secara komprehensif dan mengambil kira pelbagai faktor sebelum meluluskan penggunaan undang-undang baru tersebut, mereka mungkin mempunyai rasional dan justifikasi mereka sendiri dalam hal ini.

dan bagaimana gamaknya reaksi kita sekiranya tiba-tiba undang-undang sedemikian dilaksanakan dalam negara kita?…

Comments

Popular posts from this blog