50 perkara utk jadi suami yg baik

  • Pasang
    niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa
    anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
  • Bersyukur
    kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah
    pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah
    yang terbaik.
  • Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
    Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
  • Setiap
    hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum,
    isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun.
    Senyumlah apabila sampai ke rumah.
  • Pastikan
    anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri
    bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda
    luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
  • Telefon
    isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang
    ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia
    apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
  • Hiburkan
    hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra.
    Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami
    isteri.
  • Pastikan
    anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam
    perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir
    masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
  • Amalkan
    makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa
    makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan.
    Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.


  • Ajak
    isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama
    adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Bantu
    isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan
    beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
  • Amalkan
    mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik
    hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
  • Pastikan
    penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai
    suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan
    diri sendiri. Mana adil ?
  • Didik
    isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan
    tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan
    cakap tak serupa bikin.
  • Berikan
    nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami.
    Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang
    kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga
    terancam.
  • Jadikan
    penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka
    kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga
    sejahtera
  • Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
  • Suami
    mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja
    ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain.
    Ini wajib dihentikan.
  • Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
    Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.
    Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
  • Bentuk
    sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.
    Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila
    suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
  • Jadilah
    suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah
    isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan
    isteri mudah masuk syurga.
  • Tegur
    kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan
    sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar,
    isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
  • Gunakan
    Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga.
    Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat
    hikmah.
  • Mendahulukan
    keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi
    khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya.
    Elakan kesilapan ini.
  • Suruh
    isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon
    ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk
    sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal
    dunia.
  • Cintai
    isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,
    penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan
    iman dan takwa.
  • Sentiasa berubah secara positif. Sebelum
    cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah,
    keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan
    gemilang.
  • Pamer
    keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil
    kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang
    patut berikan kepada keluarga.
  • Pamer
    kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,
    bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
  • Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
    cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap
    suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu
    rumah.
  • Bentuk
    beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad
    amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang
    ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
  • Mahir
    dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli
    keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian
    dan memilih penyelesaian yang optimum.
  • Membaiki
    diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan
    sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan
    orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
  • Jadi
    contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya
    setiapperbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.
    Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
  • Jadikan
    diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa
    beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga.
    Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
  • Tingkatkan
    ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan
    agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
  • Sentiasa
    menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang
    baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli
    keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
  • Bertindak
    tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah
    kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat
    orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
  • Latih
    diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik
    tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan
    membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
  • Cari
    peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,
    lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh,
    sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
  • Fahami
    yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan
    isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel
    untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
  • Bentuk
    kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat
    kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat,
    berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
  • Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
  • Apabila
    suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri
    bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
  • Suami
    wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan
    pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal
    macho dengan saksama.
  • Buat
    undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti
    senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan
    daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
  • Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.
    Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan
    isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut
    sebarang lintasan dalam hati.
  • Pimpin
    isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat
    sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang,
    waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
  • Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin
    juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri.
    Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar
    juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
  • Urus
    stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah,
    berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain
    dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan
    maafkan semua orang.

Comments

Popular posts from this blog