Aku Dan Osama Laden

 

 


Al-Akh Usamah Bin Laden -semoga Allah menjadikan beliau syahid-
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Lambat sungguh aku menulis tentang kematian Al-Akh Usamah Bin Ladin [Osama Bin Laden]. Perasaan bercampur-campur ketika mendapat berita kematiannya. Antara sedih, gembira, dan keliru.

Sampai di pejabat keesokan harinya, ada yang bertanya: Osama syahidkan... Aku tidak mampu menjawab persoalan itu. Syahidkah beliau?


Aku terlanjur juga menulis beberapa kalam tentang al-Akh Usamah bin Laden di FB ku. Ia hanya sedikit perkongsian apa yang pernah aku lalui dahulu kala, ketika aku di zaman sekolah.

Dulu, ketika WTC dirempuh kapal terbang, peristiwa 9/11 menjadi tragedi kemanusiaan, seraya melihat banguan itu dirempuh melalui kaca televisyen, aku mengucapkan kegembiraan. Mesti al-Qaeda yang melakukannya. Aku sangat suka melihat bangunan itu jatuh ke bumi, aku sangat suka melihat kematian rakyat Amerika.

Aku mula menjadi pengkagum Usamah Bin Laden dan al-Qaeda. Bagi aku, apalah sangat jumlah yang mati itu berbanding jumlah umat Islam yang ramai mati dek penindasan orang-orang kafir di Palestin, di Chechnya.

Gambar Usamah Bin Ladin menjadi penghias kotak penselku, gambarnya terpapar di atas meja tulisku di kelas, wajahnya terpampang jelas pada dinding bilik tidurku. Dia mula menjadi idola kegilaanku. Aku sayang Usamah, aku sokong perjuangan al-Qaeda. Rakyat Amerika layak dibunuh kerana mereka yang mengundi kerajaan Amerika, mereka layak dibunuh kerana mereka membayar cukai kepada kerajaan Amerika dan wang itu digunakan untuk membunuh umat Islam. Bahkan aku memakai kemeja T yang memaparkan gambar Usamah Bin Ladin.
Itu yang ada dalam kotak pemikiranku. Ketika itu jua, Ustazahku memberiku sebuah buku bertajuk "Mencari Khilafah Yang Hilang". Ia merupakan biografi perjuangan Dr. Abdullah Azzam rahimahullah, seorang mujahid, yang dikatakan mentor kepada al-Akh Usamah Bin Laden.
Dr. Abdullah Azzam- semoga Allah menjadikan beliau syahid-
Aku membaca buku itu, jiwa jihad berkobar-kobar, aku mula melayari internet, mencari-cari maklumat tentang berita jihad di serata dunia. Dulu ada web qoqaz.com, menyajikan berita-berita jihad di Chechnya yang diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia. Aku masuk jua ke laman kavkazcenter.com dan banyak lagi.

Video-video jihad dan mujahidin menjadi kegemaran aku. Aku mula berkenalan dengan seorang mujahid muda di Chechnya yang berasal dari Arab Saudi, komander Khatthab yang mati diracun oleh ejen Rusia melalui surat yang dihantar kepadanya.
Komander Khattab -semoga Allah menjadikan beliau syahid-
Entah aku tidak ingat bila, saat aku mula memikirkan semua itu. Aku mula merasa jijik dengan pembunuhan masyarakat sivil. Bila berlaku pengeboman Bali, aku mula mempersoalkannya. Apa kewajaran membunuh masyarakat awam? Kenapa perlu diserang WTC? Kenapa tak diserang sahaja pengkalan tentera US?

Aku membaca, dan membaca fatwa para ulama', aku menemui ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh al-Qaeda dan kelompok seumpamanya [jika benar memang mereka yang melakukan hal tersebut]. Bahkan aku menemui fatwa menyatakan mereka ini adalah kelompok Khawarij yang sangat dahagakan darah manusia, dan sangat cepat mengkafirkan manusia lain. Takfir mudah dan laju keluar dari mulut mereka, umpama anak panah melayang dari busurnya.

Akhirnya aku menemui satu pendirian yang aku pegang hingga sekarang..

a) Aku tidak bersetuju dengan pembunuhan orang awam yang dilakukan pada 9/11, pengeboman Bali, pengeboman kenderaan awam di Russia dan lain-lain. Dan sudah pasti 1000 kali aku benci dengan pengeboman yang diketuai US dan Israel yang jumlah kematian beribu kali ganda daripada kematian akibat pengeboman yang dinisbahkan kepada militan Islam.

b) Tidak kira siapa melakukan tindakan di atas, aku tetap tidak bersetuju.

c) Aku perlu menahan diri daripada menuduh mana-mana kelompok Islam termasuk al-Qaeda dan Jemaah Islamiah. Ini kerana semua berita yang tersebar adalah kabur. Aku takut memfitnah saudara seIslam sendiri yang sudah bergolok gadai nyawanya mempertahankan Islam.

d) Aku meyakini sudah masanya kita semua mula belajar tentang jihad, hukum hakam jihad. Tanpa pengetahuan tentangnya, kita akan menjadi dua ekstrem; golongan ganas yang dahagakan darah atau golongan pondan yang menolak wujudnya jihad peperangan dalam Islam.

Tatkala beberapa hari selepas kematian al-Akh Usamah bin Ladin. Aku mula mencari video-video kenyataan para ulama'. Alhamdulillah, aku mulai tenang. Aku meyakini pendirian aku benar.

Aku menonton komentar Shaikh Muhammad Hassan hafizahullah di bawah. Beliau menasihati kita agar berhati-hati dengan berita yang datang, yang menuduh saudara seIslam kita sebagai teroris.

Aku menonton pula komentar Shaikh Wahid Abdussalam Bali, beliau memuji-muji Usamah Bin Laden.

Aku membaca kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Benar nasihat beliau, kita sewajarnya mendoakan kebaikan dan pengampunan apabila mendapat berita kematian saudara seIslam kita.

Akhirnya aku memutuskan. Ini pendirianku. Al-Akh Usamah Bin Ladin adalah saudara seIslamku. Aku dan dia mempunyai ikatan yang kukuh, kami berdua melafazkan kalimah syahadah, kami mempunyai perjanjian yang kukuh, jika dia dizalimi aku wajib membelanya, jika aku dizalimi dia wajib membelaku.

Siapa pun al-Akh Usamah Bin Ladin, jika benar dia mujahid di jalan Allah, moga Allah kurniakan dia syahid, hadiahkan beliau dengan bidadari dan burung-burung hijau di syurga, ganjarilah darah dan pengorbanan beliau dengan ganjaran yang besar. Jika beliau bersalah, ampunilah dia, tutupilah kesalahan dia dengan jasa-jasa jihad yang dia lakukan.

Aku yakin, inilah pendirian yang sepatutnya semua umat Islam berpegang padanya. Sungguh jijik pemimpin Islam yang berkata dunia akan aman selepas kematian al-Akh Usamah Bin Ladin- semoga Allah menerimanya sebagai syahid-.

Rujuk:

Kenyataan Shaikh Muhammad Hassan tentang kematian Usamah Bin Ladin
http://www.facebook.com/video/video.php?v=159447544118295&oid=134278526590953&comments

Kenyataan Shaikh Wahid Abdussalam Bali tentang kematian Usamah Bin Ladin



Ringkasan perkataan syaikh:
"Sesungguhnya aku bersedih,juga turut bersedih akan kaum Muslimin,atas kematian Syaikh Usamah ibn Ladin rahimahullah.Semoga Allah menerimanya dalam kalangan Syuhada'.Lelaki ini,menghabiskan masanya,memerangi kuffar dan musyrikin.Dia telah meninggalkan kesenanngan hidupnya dan memilih jalan jihad di Jalan Allah.Sesungguhnya dia telah dihampiri musuh ketika keluar solat subuh dan sepertimana di dalam Sahih Muslim diriwayatkan, bahawa :"Orang yang solat subuh berada dalam jaminan Allah sehinggalah dia menemui-Nya"Dan sesungguhnya Allah telah memuliakannya dengan syahadah dan jaminan-Nya dan semoga baginya syahid(syaikh mengulang doa ini sebanyak 3 kali) -Syaikh Waahid Abd Salam Al-Baali Hafizahullah
http://lobaitampin.blogspot.com/2011/05/aku-dan-osama-laden.html

Comments

Popular posts from this blog