Awas !!! Bahaya Menyebarkan Hadis Palsu !!!

awas hadis palsu 150x150 Awas !!! Bahaya Menyebarkan Hadis Palsu !!!Assalamualaikum & Salam sejahtera…
Pada kali ni saya nak kongsikan bersama tentang masalah penyebaran hadis palsu atau yang direka-reka di mana ia adalah suatu yang bahaya berlaku tanpa kita sedar dek kerana kelemahan kita dalam menguasai ilmu ini. Hadis-hadis palsu ini banyak terdapat dalam carian kita di internet dan perkara ini harus kita ambil perhatian serta perlu amat berhati-hati.
BERKENAAN HADIS PALSU
Di dalam Kitab Al-Khulaashah Ilmil Hadiits telah dijelaskan bahawa khabar ( hadis) terbahagi kepada tiga jenis:
  1. Yang Wajib dibenarkan ( diterima )
  2. Yang Wajib di tolak ( didustakan,tidak boleh diterima) iaitu perkhabaran yang digunakan oleh seseorang menggunakan nama Rasulullah SAW.
  3. Yang Wajib ditawaqqufkan ( tidak boleh diamalkan ) dahulu sehingga jelas penelitian tentang kebenarannya kerana ada dua kemungkinan iaitu boleh jadi ia adalah daripada Rasulullah SAW dan boleh jadi ia direka.
Seseorang yang mengetahui bahawa sesuatu hadis itu palsu maka ia tidak boleh sama sekali menyebarkan hadis tersebut kepada sesiapa sahaja walaupun pengajarannya mengandungi unsur-unsur yang baik dalam bentuk motivasi dan sebagainya Melainkan bagi mereka yang menyebarkan hadis tersebut dan menandakannya atau dengan menyatakan kepalsuannya untuk menyedarkan masyarakat Muslim khususnya.
Cara untuk Mengetahui Apakah sesebuah Hadis itu Palsu atau tidak ??
  1. Atas pengakuan orang yang memalsukannya. Misalnya Imam Bukhari pernah meriwayatkan di dalam Kitab Taariikhul Ausath daripada Umar Bin Shub-hin  bin Imran At-Tamiimy sesungguhnya beliau pernah berkata: ” Sesungguhnya aku pernah palsukan khutbah Rasulullah SAW…” Maisarah bin Abdir Rabbik Al-Faarisy pernah mengakui bahawa dia sendiri telah memalsukan hadis yang berhubung dengan tajuk Fadhilat Al-Quran sebanyak lebih 70 hadis.
  2. Terdapat tanda-tanda/qarinah lain yang dapat menunjukkan bahawa Hadis itu adalah palsu. Misalnya dengan melihat dan memperhatikan keadaan dan sifat rawi yang meriwayatkan Hadis itu.
  3. Terdapat rasa janggal atau kelihatan pelik dari segi susunan bahasa dan maknanya.
Sebab-sebab Timbulnya Hadis Palsu
  1. Ditimbulkan oleh golongan yang ingin merosakkan Islam.
  2. Untuk menguatkan hujjah atau pendirian sesuatu mazhab terhadap kebenaran mazhab pegangan mereka.
  3. Untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan di dunia.
  4. Untuk menarik perhatian orang lain terhadap syarahan atau khutbah atau cerita mereka.
Hukum Meriwayatkan Hadis Palsu
  1. Secara Mutlaq hukum meriwayatkan Hadis Palsu adalah haram bagi mereka yang telah mengetahui dengan jelas bahawa sesuatu hadis itu palsu.
  2. Bagi mereka yang menyampaikan Hadis Palsu kepada orang lain dengan tujuan untuk memberitahu bahawa hadis tersebut adalah palsu maka tidak ada dosa baginya.
  3. Bagi mereka yang tidak tahu sama sekali akan kepalsuan hadis tersebut dengan menyampaikan hadis palsu kepada orang lain dengan tujuan mengambil makna yang baik tidak ada dosa padanya tetapi setelah dia mengetahui bahawa hadis yang diamalkannya itu palsu maka hendak dia serta merta meninggalkan amalannya itu. Jika diteruskan maka hukumnya haram melainkan jika terdapat sanad lain yang sohih berkaitan hadis terbabit..
Kesimpulannya….apa-apapun untuk mengetahui ilmu hadis ini tidak dapat tidak,kita mesti belajar ilmu Mustolah Hadis..barulah kita akan faham…InsyaAllah di sini saya akan paparkan terus menerus berperingkat-peringkat antara hadis-hadis palsu yang saya telah kenalpasti dan mesti dijauhkan daripada beramal dengannya melainkan jika terdapat riwayat lain yang menunjukkan hadis tersebut adalah Sohih….Wallahua’lam…
Contoh Hadis Palsu:
  1. ” Barang Siapa yang membaca Tasmiyah ( Bismillah ) pada waktu dia berwudhu maka dua Malaikat tetap mencatatkan kebaikan baginya sehingga wudhu’nya batal.” ( rawi bernama Ulwan Al-Kalby. )
Menurut Imam Al-Sayuti dalam Kitab Al- Maudhu’aat menyatakan: ” Ulwan Al-Kalby ini adalah seorang rawi yang terkenal dengan suka memalsukan hadis..”
catatan : Jadi berhati-hati dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ulwan Al-Kalby ini…maaf hadis tidak dapat ditulis sempurna kerana saya takde perisian plugin Bahasa Arab/ Al-Quran…jika ada sesiapa boleh bantu saya mendapatkannya dialu-alukan.

Read more: http://duitcyber.com/597/awas-bahaya-menyebarkan-hadis-palsu/#ixzz1MwBKBcEN

 


 http://duitcyber.com/597/awas-bahaya-menyebarkan-hadis-palsu/

Comments

Popular posts from this blog