AWAS: PENIPUAN PERNIAGAAN ‘MAT KIOSK’


aa_mat
AWAS: PENIPUAN PERNIAGAAN ‘MAT KIOSK’
Oleh
Sekretariat
Jawatankuasa Bertindak Penipuan Perniagaan Kiosk


Latar belakang
Bilangan sebenar mereka yang diperdaya dan ditipu oleh syarikat yang disenarai di Lampiran 1 tidak diketahui, mungkin telah melepasi ribuan kes. Mereka di Lampiran 2 adalah sebahagian dari ribuan mangsa. Kerugian yang mengalami kerugian hampir mencecah RM1,000,000.00.
Kegiatan syarikat-syarikat terbabit menawar berbagai produk beserta insentif menarik termasuk tawaran pakej pemeriksaan kesihatan percuma atau pakej percutian percuma, mula dikesan seawal tahun 2007. Mungkin juga gera-kerja mereka diaktifkan lebih awal dari tarikh ini dalam bentuk berbeza, ‘time sharing concept’ umpamanya. Kegiatan mereka tidak terhenti terus tetapi diperlahankan buat seketika walaupun pernah digempur oleh pihak berwajib. Penipuan terkini ‘Mat kiosks’ rancak dipromosikan pada sekitar bulan September 2007. Dilaporkan kegiatan ini telah menular ke Kuantan dan Johor Bahru. Dijangka ia akan terus berkembang ke lain bandar, sekiranya pihak berwajib tidak bertegas mengambil tindakan ke atas syarikat-syarikat terbabit.

Dikhuatiri kegagalan pihak berwajib bertindak akan menyemarakan kegiatan mereka dan memungkinkan ia terus membarah ke satu tahap tidak dapat dikawal sehingga menjadi satu lagi jenayah besar di Malaysia, di abad ini.

2.0 Kumpulan Mangsa

Dalam kes penipuan ini terdapat tiga (3) kelompok mangsa yang berada dalam situasi berbeza yang memerlukan pihak berwajib merangka dan mencadang pendekatan pelan tindakan berbeza untuk menyelesaikan kes penipuan ini. Kelompok mangsa adalah seperti berikut:

2.1 Bayaran Penuh
Mangsa telah membayar kesemua harga kiosk. Janji yang dihambur semasa ‘business presentation’ tidak dilaksanakan. Terma perjanjian tidak dipatuhi. Masih ramai mangsa tidak dapat dokumen perjanjian, Mangsa ragu dengan kemampuan syarikat dalam kerja senggaraan dan sebagainya,

2.2 Bayaran deposit
Mangsa telah membayar / mempertaruhkan deposit tetapi tidak mampu mengeluarkan baki. Gagal mendapat bantuan kewangan yang diatur oleh syarikat,

2.3 Enggan Meneruskan transaksi
Mangsa telah membayar deposit tetapi enggan menyempurnakan transaksi disebabkan pengelaman mangsa dalam perkara 2.1 di atas.


3.0 Cara berurus-niaga

Modus operandi mereka memperdaya dan menipu mangsa adalah seperti
berikut:

3.1 kebanyakan mangsa dihubungi melalui panggilan telefon. Mangsa dijemput menghadiri ‘business presentation’. Sesetengah mangsa ditemui di pameran-pameran perdagangan atau ‘roadshow’ yang mereka anjurkan.

3.2 perniagaan ‘Multifunction automatic touchscreen (Mat) kiosk’ dikatakan mampu menjana pendapatan antara RM3,000.00 – RM4,000.00 sebulan. Pendapatan dalam bentuk komisyen antara 3-13%, diperolehi melalui penjualan kopon ‘reload’ telefon prabayar, tempahan tiket wayang, tiket bas, tiket penerbangan dan bayaran bil utiliti, cukai pintu majlis / kerajaan tempatan, saman dan pelbagai.

3.3 Selain dari agihan komisyen, mangsa dijanji akan menerima bayaran tetap bulanan sebanyak RM1,000.00, Bayaran tetap bulanan adalah hasil penyewaan ruang (sisi kiri dan kanan) kiosk kepada pengiklan pada kadar sewa RM500.00 untuk setiap sisi sebulan.

3.4 Mangsa juga dijanji akan berkongsi hasil penjualan ruang iklan di paparan monitor dengan syarikat pada nisbah 30:70. Urusan mendapatkan pengiklan adalah tanggung-jawab pihak syarikat.

3.5 Selain dari insentif potongan harga pakej percutian percuma turut ditawarkan dengan syarat mangsa mesti membuat keputusan ‘on the spot’ menyertai peluang perniagaan Mat kiosk yang dipromosikan.

3.6 Pengambilan deposit 30% dibuat melalui menggunakan kad kredit. Baki sebanyak 70% akan dibiayai melalui:

i. pinjaman peribadi dari bank / institusi kewangan, yang akan
diuruskan oleh syarikat, atau
ii. pembiayaan komisyen diterima dari syarikat, sekiranya tiga (3) dari kenalan mangsa yang diperkenalkan berjaya dipengaruhi untuk menyertai perniagaan Mat kiosk tersebut. Kaedah pembiayaan ‘members-get-members’ ini dikenali system ‘referrals’.

3.7 Mangsa diberi keutamaan memilih lokasi untuk menempatkan ‘kiosk’. Lokasi-lokasi itu (universiti, kolej, hospital) dikatakan berpotensi memberi pulangan lumayan memandangkan ramai pengguna akan melanggani khidmat ‘kiosk’ itu.


4.0 Penipuan terancang

Kaedah memperdaya dan menipu mangsa adalah sama. Kemungkinan kegiatan firma-firma itu didalangi oleh orang sama yang arif dengan beberapa kelemahan akta (Akta Jualan Lansung umpamanya). Kegiatan syarikat ini adalah satu ‘penipuan terancang’ dilihat dari sudut berikut:

4.1 Pendaftaran berbagai nama
Syarikat beroperasi dengan menggunakan nama syarikat berbeza tetapi masih ada pautan dengan syarikat induk dengan tujuan yang sama. Cara itu dirasakan satu cubaan untuk mengelirukan bagi mendapat ramai mangsa,

4.2 Calling / business cards
Nama business consultants tidak dinyatakan sepenuhnya di atas calling cards; dipercayai satu usaha untuk mengeliru identiti business consultants itu sendiri apabila mangsa ingin membuat urusan susulan dengan mereka,

4.3 Urusniaga tidak telus
Semasa sessi ‘business presentation’ wakil syarikat sengaja menyembunyikan klausa pada resit yang menyatakan ‘deposit atau
bayaran tidak dikembalikan. Mangsa hanya menyedari selepas resit dikeluarkan,

4.4 Penyalah-gunaan surat rasmi
Syarikat menyalahguna salinan surat resmi pihak berkuasa seperti KPDN & HEP, Sirim, MSC status, MESDAQ listed companies dan sebagainya untuk meyakinkan bahawa perniagan mereka adalah sah (legitimate). Terkini mereka mendakwa perniagaan mereka mendapat pengiktirafan Malaysian Francise Association (MFA).

4.5 Pembiayaan bank / institusi kewangan
Bantuan mendapatkan pembiayaan dari bank / institusi kewangan hanya satu taktik melambat untuk memberi kesempatan melewati masa (to buy time) bagi tujuan menafi hak mangsa menuntut kembali bayaran deposit disebabkan terlupusnya ‘cooling off period’,


5.0 Tindakan Mangsa

5.1 Tuntutan pemulangan deposit
Selain menulis surat, mangsa telah menemui pegawai dan wakil firma terbabit, untuk membatalkan transaksi/ urusniaga tersebut. Firma
enggan mengembalikan deposit dan terus mempertahan dan berpegang kepada klausa yang tercatit dalam resit ‘deposit atau bayaran tidak dikembalikan’.

5.2 Laporan Polis
Banyak laporan polis telah dibuat mengadu kegiatan penipuan firma-firma ini. Siasatan yang dijalankan longlai ditengah jalan, berkesudahan pihak polis memutuskan: ‘diluar bidang kuasa polis’. ‘Tiada unsur jenayah’.

5.3 Tribunal Tuntutan Pengguna
Kes penipuan terancang ini pernah dibawa ke ’tribunal tuntutan pengguna’ untuk diadili. Keputusan tribunal turut mengecewakan.
Paling menyakitkan hati wakil firma terbabit begitu ‘angkuh dan kurang ajar’ tidak menghormati tatacara perbicaraan. Wakil mereka tidak menghadiri kes yang dibicarakan, seolah-olah telah mengetahui terlebih dahulu bahawa keputusan tribunal akan menyebelahi mereka.

5.4 Aduan ke KPDN & HEP
Aduan ke pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP) tiada berpenghujung. Firma-firma tersebut masih beroperasi dan terus memperdaya dan menipu orang ramai seolah-olah mereka dilindungi dan kebal dari sebarang tindakan dan pendakwaan.


6.0 Bantuan Pihak Berwajib

Tindakan mangsa bergerak secara bersendirian mungkin kurang berkesan. Mangsa-mangsa di Lampiran 2 memutuskan untuk bergerak dalam satu pasukan bertujuan merangka pelan tindakan dan mengaktifkan semula gerak-kerja bagi mendapat bantuan dan bekerjasama dengan pihak ber’authority’ (Pasukan Polis, Persatuan Pengguna, KPDN & HEP, Bank Negara Malaysia dan lain-lain) untuk membenteras kegiatan memperdaya dan menipu orang ramai.

Tindakan bersepadu pihak berwajib melalui penguatkuasaan
undang-undang dijangka mampu:

6.1 menyekat kegiatan mereka dari terus memperdaya dan menipu orang ramai,

6.2 mengheret dan mendakwa mereka kemuka pengadilan,

6.3 mendapat satu perintah mahkamah agar akaun firma terbabit dibekukan dan wang mangsa dikembalikan.

6.4 memohon bank / institusi kewangan menarik balik kemudahan berurusan melalui penggunaan kad kredit dengan syarikat-syarikat terbabit.


Sekretariat
Jawatankuasa Bertindak Penipuan Perniagaan Kiosk
Tel: 019-380 5939 (Ismail)
Tel: 012-612 6162


*Senarai Firma Terlibat Dalam Aduan** *

Waterdrops Corporation Sdn Bhd (760047 - K)
Unit B-10-3, Block B
Megan Phileo Avenue II
Off Jalan Yap Kwan Seng Tel: 03-2166 8308
50450 Kuala Lumpur Fax: 03-2166 9308

Waterdrops Consolidated Sdn Bhd (760047 - K)
Unit B-10-12, Block B
Megan Phileo Avenue II
Off Jalan Yap Kwan Seng Tel: 03-2166 8108
50450 Kuala Lumpur Fax: 03-2166 7208

Waterdrops Sdn Bhd (650270-M)
15-2 Jalan Kuchai Maju 8
Off Jalan Kuchai Lama Tel: 03-7980 5006
58200 Kuala Lumpur Fax: 03-7980 4044

Waterdrops Sdn Bhd (650270-M)
Unit A-7-2 Block A
Megan Phileo Avenue II
Off Jalan Yap Kwan Seng Tel: 03-2171 2008
50450 Kuala Lumpur Fax: 03-2171 2108

Travel Discovery Marketing Sdn Bhd (650270-M)
Unit A-7-2 Block A
Megan Phileo Avenue II
Off Jalan Yap Kwan Seng Tel: 03-2171 2008
50450 Kuala Lumpur Fax: 03-2171 2108

Waterdrops World Sdn Bhd (791043-V)
107A Jalan Aminuddin Baki
Taman Tun Dr. Ismail Tel: 03-7729 0852
60000 Kuala Lumpur Fax: 03-7729 3660

GMC Utama Sdn Bhd (706880-U) – Head Office
16-2 &18-2 Jalan Telawi 3
Bangsar Baru Tel: 03-2283 1189
59100 Kuala Lumpur Fax: 03-2284 1189

GMC Utama Sdn Bhd – (706880-U) Management Office
3-8 Jalan PJU 8/3
Perdana Business Centre Tel: 03-7727 7799
Bandar Damansara Perdana Fax: 03-7722 1799



Comments

Popular posts from this blog