DOA-DOA MUSTAJAB


  • Melunaskan Hutang  
  •  
اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَرَبَّ الْأَرْضِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنْ الْفَقْرِ
Terjemahan:
Wahai Tuhan tujuh petala langit dan bumi, Tuhan Arasy yang agung. Wahai Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu, Tuhan Yang Mencetuskan biji-bijian dan benih-benih pokok, Tuhan yang menurunkan Taurat, Injil dan al-Qur`an, aku berlindung pada-Mu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya, Engkaulah Yang Maha Pertama, tiada sesuatu apa pun sebelum-Mu dan Engkaulah Yang Maha Akhir, tiada sesuatu apa pun selepas-Mu, Engkaulah Yang Maha Zahir, tiada sesuatu pun di atas-Mu dan Engkaulah Yang Maha Batin tiada sesuatu apa pun selai-Mu, aku mohon pertolongan-Mu menyelesaikan hutang-hutangku dan jauhkan daku dari kepapaan.

Doa Menghapuskan Dosa





Wahai Tuhanku, ampunkan dosaku, kejahilanku dan keterlaluanku dalam urusanku, dan ampunkan dosaku yang Engkau lebih mengetahui dariku. Wahai Tuhanku, ampunkanlah kesalahanku yang ku lakukan secara sungguh-sungguh dan secara senda-gurau dan ampunkanlah kesalahan-kesalahanku yang ku lakukan tanpa sengaja dan dengan sengaja dan semua dosa seperti itu ada padaku. Wahai Tuhanku, ampunkan dosa-dosa yang telahku lakukan pada masa lampau dan pada masa kemudian, juga dosa-dosa yang ku lakukan secara sembunyi dan secara terus terang, dan segala dosaku yang Engklau lebih mengetahui dariku, Engkaulah Tuhan yang Maha Berkuasa mengkemudiankan sesuatu dan Engkaulah Tuhan yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu


Doa Ketika Bangun Dari Tidur


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ النَّوْمَ وَالْيَقَظَةَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بَعَثَنِي سَالِمًا سَوِيًّا أَشْهَدُ أَنَّ اللَّهَ يُحْيِي الْمَوْتَى ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Terjemahan

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan tidur dan jaga, segala puji bagi Allah yang telah membangkitkan daku dari tidur dengan selamat sejahtera. Aku bersaksi bahawa Allah yang menghidupkan orang-orang mati dan dialah berkuasa atas segala-galanya

Doa Memantapkan Iman





اللَّهمّ إنِّي أَسْأَلُكَ بِأنِّي أشْهَدُ أنَّكَ أنْتَ اللّه لا إِلهَ إِلاّ أنتَ الأحدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Terjemahan

Wahai Tuhanku, aku pohon pada-Mu dengan membuat pengakun bahawa aku bersaksi sesungguhnya Engkaulah Tuhan, tiada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau Yang Maha Esa Yang selama-lamanya tumpuan seluruh makhluk. Tiada pernah beranak dan tiada pula pernah diperanakkan dan tiada siapa pun yang standing dengan-Nya 


Doa Mendayakan Upaya


اللَّهُمَّ إني أسألُكَ مِنْ خَيْرٍ ما سألَكَ منْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صلى اللّه عليه وسلم، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ ما اسْتَعاذَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صلى اللّه عليه وسلم، وأنْتَ المُسْتَعانُ وَعَلَيْكَ البَلاغُ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ باللَّهِ.

Terjemahan

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu sebaik-baik perkara yang dipohon oleh Nabi-Mu Muhammad saw dan aku memohon berlindung kepada-Mu dari seburuk-buruk perkara yang diminta berlindung kepada-Mu oleh Nabi-Mu Muhammad saw, Engkau jua yang diminta pertolongan dan tugas-Mu jua menyampaikan dan tiada daya dan upaya melainkan dengan daya dan upaya Engkau


Doa dibaca ketika sujud tilawah atau sajdah

سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ . اللهُمَّ أكْتُبْ لِي بِهَا عِنْدَكَ أَجْراً، وَضَعْ عَنِّي بِهَا وِزْراً، وَاجْعَلْهَا لِي عِنْدَكَ ذُخْراً، وَتَقَبَّلْهَا مِنِّي كَمَا تَقَبَّلْتَهَا مِـنْ عَبْدِكَ دَاوُودَ.

[سنن أبي داود – حديث رقم:1414 عن عائشة رضي الله عنها]


Terjemahan: Mukaku sujud kepada Allah yang menciptakannya dan membentuk rupanya dan mengadakan pendenmgaran dan penglihatannya, dengan upaya dan kekuatan-Nya, Maha Sucilah Allah sebaik-baik pencipta. Wahai Tuhanku, dengan sujud ini catatkan bagiku pahala dari sisi-Mu, dengannya juga gugurkan dosa dariku, jadikanlah amalan itu sebagai simpanan amalku di sisi-Mu dan terimalah ibadat itu dariku sebagaimana Engkau menerimanya dari hamba-Mu Dawud”.
Doa Supaya dikasihi orang



اللَّهُمَّ إني أعُوذُ بكَ منَ الشِّقاقِ وَالنِّفاقِ وَسُوءِ الأخْلاقِ  

Terjemahan:  Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari kelakuan suka bergaduh dan dari kelakuanbermuka dua dan dari perangai yang keji
 
Doa Penawar Sihir

اللَّهُمَّ اِنَّكَ قَدْ أَقْدَرْتَ بَعْضَ خَلْْقِكَ عَلَى السِّحْرِ وَالشَّرِّ، وَلَكِنَّكَ احْتَفَظْتَ لِذَاتِكَ بِاِذْنِ الضُّرِّ، فَأَعُوذُ بِمَا احْتَفَظْتَ بهِ مِمَّا أَقْدَرْتَ عَلَيهِ بِحَقِّ قَوْلِكَ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ


Terjemahan:

Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau mendayakan sebahagian makhluk-Mu melakukan sihir dan berbuat jahat, tetapi Engkau memelihara keizinan bagi zat-Mu untuk mendatangkan bahaya. Oleh itu aku berlindung dengan perkara yang Engkau pelihara dengannya dari perkara yang Engkau berkuasa ke atasnya dengan kebenaran firman-Mu “ .. sedangkan mereka itu tidak berkuasa memberi mudarat dengan ilmu sihirnya terhadap seorang pun, kecuali dengan izin Allah”.


Oleh Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sha`rawi

-----------------------------------------

Doa Mohon Selamat dari Gangguan Jin

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْم إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ“
”أَعُوذُ بِوَجْهِ اللَّهِ الْكَرِيمِ وَبِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ اللَّاتِي لَا ‏يُجَاوِزُهُنَّ ‏ ‏بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنْ السَّمَاءِ وَشَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا وَشَرِّ مَا ‏ ‏ذَرَأَ ‏ ‏فِي الْأَرْضِ وَشَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ“

Terjemahan

“Aku mohon berlinding dengan Allah dari syaitan yang direjam. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui”“Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan kalimat-Nya yang sempurna yang tidak diatasi oleh orang yang baik dan orang yang berdosa, dari segala perkara yang turun dari langit dan perkara yang naik padanya, dan dari seburuk-buruk perkara yang membiak di bumi dan seburuk-buruk perkara yang keluar daripadanya, dan dari fitnah malam dan siang, dan daripada pendatang-pendatang yang mengejutkan pada waktu malam dan siang, kecuali pendatang yang membawa masuk kebajikan. Ya Allah yang Maha Rahman, perkenankan doaku”

DOA PELINDUNG DIRI

اللَّهُمَّ لَكَ أسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أنَبْتُ، وَبِكَ خاصَمْتُ؛ اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوْذُ بِعِزَّتِكَ لا إِلهَ إِلاَّ أنْتَ أنْ تُضِلَّني، أنْتَ الحَيُّ الَّذي لاَ يَموتُ وَالجِنُّ والإِنْسُ يَمُوتُونَ.

Terjemahan

Wahai Tuhanku, kepada-Mu aku berserah, dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku bertawakkal, kepada-mu aku bertaubat, kepada-Mu aku memohon pembelaan. Wahai Tuhanku, aku berlindung dengan kemuliaan-Mu, tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau, supaya jangan Engkau benarkan aku menjadi sesat, Engkaulah Tuhan yang Maha Hidup, yang tidak akan mati, sedangkan seluruh jin dan manusia mati belaka.

Comments

Popular posts from this blog