Ilmu Nafas

 

Wednesday, May 11, 2011



Ilmu Nafas memang tidak asing di kalangan pengikut-pengikut Yoga, Tai Chi, Qi Gong dan Sufi Islam. Orang-orang tua Melayu dahulukala yang mahir ilmu tenaga dalam, menekankan corak pernafasan yang betul, guna meningkatkan ‘tenaga dalam’, yang dikenali juga dengan nama chi, qi, prana atau qudrah (tenaga kosmik yang wujud di sekeliling kita)

Malangnya dengan gaya hidup kita sekarang yang serba-serbi nak cepat ditambah dengan persekitaran yang sentiasa STRESS, kita terdorong untuk bernafas secara ‘cetek’ (shallow breathing) dan cepat. Mengikut kajian, ini akan menyebabkan kita kurang menyedut chi (tenaga kosmik) dan ini akan mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, jantung, kanser dll.

Kajian moden di negara barat telah membuktikan, dengan bernafas secara perlahan dan dalam, ianya dapat menurunkan tekanan darah, mengurangkan stress dan membantu aliran darah ke seluruh tubuh. Klik sini utk rujukan

Ada dua jenis pernafasan ie pernafasan dada (chest breathing) dan pernafasan perut (abdominal breathing).

—–Cuba anda tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan.

Apakah yang mengembang? bahagian dada atau perut?

Corak pernafasan yang baik ialah bila bahagian dada mengembang bila anda menarik nafas.Ini kerana pusat tenaga dalam bukan terletak di dada tetapi di perut, yang digelar ‘solar plexus’.

Jika anda jenis yang bernafas melalui dada, dengan latihan rutin, sebenarnya anda boleh mengubah kepada jenis pernafasan melalui perut.

Latihan Pernafasan 4-4-4.

Ini adalah teknik asas latihan pernafasan yang boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja, dan dengan kebiasaan, ianya dapat meningkatkan tenaga dalam atau chi kita.

1) Duduk bersila dengan tegak dan rileks

2) Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan pastikan bahagian perut mengembang (bukan dada!) dengan kiraan 1,2,3,4.Tahan nafas di perut.

3) Tahan nafas di perut dalam kiraan 1,2,3,4

4) Hembus nafas melalui hidung dalam kiraan 1,2,3,4 perlahan-lahan.

Lakukan dalam 5-10 cycle mengikut kesesuaian masa anda, tapi sekurang-kurangnya 5-10 minit sehari pun dah cukup! ataupun bila anda dalam keadaan STRESS!



"Allah ada dalam setiap hembusan nafas kita ", kata salah seorang ahli hikmah, yang juga merupakan Wali Allah, yaitu Imam Al-Ghazali. Beliau dikenal dengan ajaran estoterik-nya mengenai nafas Allah, ungkapan beliau yang terkenal adalah sebagai berikut :

"Fayalma'u fil-qulubi min waroo'i sitril-ghoibi syay'un min ghoro'ibil ‘ilmi", yang artinya : Maka bersinarlah dalam hati ini, pengetahuan yang unik dan luar biasa, dari balik dinding kegaiban. Beliau membuktikan bahwa gaibnya Allah adalah kekuatan, dan anugerah Allah ( fadlal Allah ), dapat diberikan kepada orang yang dikehendaki-Nya.

Sekarang bagaimana mempraktikkan nafas Allah dalam priktek peningkatan konsentrasi kita kepada Allah ?

Para ahli hikmah manafsirkan bahwa berdzikir Allah....Allah....., adalah cara utama untuk mencapai hal tersebut. Selain peningkatan ibadah kepada Allah, juga kita disadarkan ada Allah disetiap nafas kehidupan kita.

Kemudian dalam praktiknya inilah yang harus kita kerjakan :

> Ambillah nafas yang cukup sebelum berdzikir Allah, kemudian hembuskan nafas kita sambil mengucap, "Allah..." sampai nafas kita habis. > Satu kalimah Allah, dalam satu tarikan dan hembusan nafas. Al ( lah* )........ tarik......

( Al* ) lah.... buang.

Pada mulanya kita merasakan nafas tersenggal seperti kehabisan nafas, tetapi dengan latihan yang cukup, nantinya kita akan merasakan semacam enerji adikodrati mulai mengisi lorong-lorong pernafasan menuju kepusat diri (pusar) dan akhirnya berjalan keseluruh tubuh. Tubuh terasa ringan, kon-sentrasi kita meningkat, dan tanpa disadari kita telah mengolah kemampuan ilmu hikmah kita kejajaran yang lebih tinggi lagi.

Membiasakan bernafas Allah, berarti kita mulai meningkatkan konsentrasi ibadah kita kehadirat Allah. Dan Insya Allah akan memberikan kita anugerah berupa kekuatan-kekuatan dan pengetahuan yang diatas manusia biasa.

Kuncinya adalah ikhlas, sabar, tekun & selalu Tawakal kepada Allah SWT.

Amin....

Comments

Popular posts from this blog