KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

 

 


1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.
Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH Pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah Turunkan kepada Jibrail. 2. “BISMILLAH untukmu Dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap Mata pun sejak BISMILLAH diturunkan Kepada Adam.” (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin Terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang Dan terlempar Semua syaitan.
4. Demi Allah Dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit Melainkan menjadi ubat untuknya Dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu Melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia Dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memula kan sesuatu Perkara yang baik.
6. Jumlah Huruf dalam BSMILLAH Ada 19 huruf Dan malaikat Penjaga neraka Ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas’ud berkata: “Sesiapa yang ingin Allah Selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap Hari.”
7. Tiap huruf BISMILLAH Ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata,”Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya Dan kamilah Kehebatannya.”
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan Mengangkat namanya Di syurga yang sangat tinggi Dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan Bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian Dan kebakaran, maut mendadak Dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim,hinalah Dan masuk ketakutan Dalam hati si zalim serta naiklah keberanian Dan Kehebatan kepada si pembaca.

PERKARA YANG DILARANG KETIKA SOLAT


1. Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai. 2. Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud. Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.
3. Mengangkat pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: “Aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut”.
4. Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.
5. Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.
6. Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiraul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam selepas salam imam. Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.
7. Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.
8. Berdiri di atas satu kaki
9. Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh mengganggu khusyuk dalam solat.
10. Jangan bersolat ketika perut dalam keadaan sangat lapar apatah lagi ketika itu makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya “Apabila diserukan solat Isyak sedang makan malam siap, dahulukan makan sebelum mengerjakan solat Isyak kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap, tidak terpengaruh.”
11. Beberapa ulama salaf berkata: Empat perkara tidak patut dilakukan dalam solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil (di tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.
12. Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua paha ketika rukuk.

Comments

Popular posts from this blog