Matahari terus bergelora - tangkapan dari LNO

 
Foto yang menakjubkan di atas di rakam dari balai cerap Langkawi (LNO) oleh pegawainya Karzaman semalam. Kebetulan juga saya sendiri pun sedang mencerap prominence yang amat besar ini dari SGO pada waktu yang sama.
Pegawai Planetarium, En. Redzuan memberi komen di dalam Facebook LNO, dengan menyatakan bahawa perubahan polariti matahari yang berubah setiap 11 tahun menyebabkan hiruk piruk (perkataan saya tambah sendiri) di keseluruhan permukaan matahari. Kesannya, zarah-zarah yang mempunyai tenaga yang amat tinggi ini akan melepaskannya ke angkasa, dan kalau tidak bernasib baik, akan menghala ke Bumi. Risiko banyak kepada satelit komunikasi.
Tahniah juga kerana foto ini disenaraikan di muka hadapan Spaceweather.com
Lagi fotonya di bawah (kredit semua kepada Karzaman dari LNO) atau boleh lihat Hi-Res di SINI




 

Comments

Popular posts from this blog