~Menari? Yang mana HALAL dan Yang mana HARAM??~
 
 


Menurut dari kitab "Fatwa Menempuh Kehidupan Moden" karangan ulama' besar muktabar termasuk syeikh yusof al-Qaradawi...

ISLAM ialah agama yang sederhana dan tidak menyukai perbuatan melampau atau kealpaan.Islam tidak melarang orang mendapatkan hiburan.Akan tetapi islam menyediakan peraturan yg mengatur hiburan.Pada waktu yang sama,Islam tidak menerima apa jua jenis hiburan yg mengandungi sesuatu yg haram malahan,yang membawa kepada kelakuan haram juga ditolak oleh Islam.

Menari boleh antara perempuan dengan perempuan dan lelaki dengan lelaki.Orang perempuan boleh menari sesamanya melainkan kalau melibatkan pendedahan sebarang aurat perempuan di depan perempuan yg lain.Menari juga dibenarkan melainkan dengan menari itu kewajiban yg lain terabai ataupun jika menari itu berlaku serentak dengan perbuatan yang HARAM.

Dalam hal ini,Dr Su'ad Salih (Prof. Fiqah,Universiti Al-Azhar) menyatakan:

Islam ialah agama kesederhanaan:Islam tidak melarang menyanyi dan menari,tetapi islam melarang apa-apa yg boleh menaikkan nafsu orang,baik dikalangan lelaki ataupun dikalangan perempuan.Orang perempuan dikehendaki mematuhi tingkah laku yg baik jika mereka menari di hadapan perempuan lain.Akan tetapi,jika perempuan menari dihadapan suaminya,maka tidak ada sekatan untuk itu,sebagai cara mengukuhkan ikatan suami isteri dalam sebuah keluarga.

Selanjutnya,DR Ahmad Salamah (Dekan Fakulti Usuluddin,Universiti Islam Gloza,Qatar) menambah:

"Orang perempuan boleh menari dan menyanyi selagi tidak ada orang lelaki disitu.Selain itu,seni kata lagunya hendaklah tidak mengandungi kata-kata lucah atau kotor.Seterusnya,jangan ada perempuan bukan islam yang hadir sama,sebab aurat perempuan islam dihadapan mereka (perempuan bukan islam) itu sama saja haramnya dengan aurat kepada lelaki.Oleh yg demikian,selagi kata-kata dalam lagu itu bersih dan tidak kotor dan tidak ada lelaki atau perempuan bukan islam bersama,maka tidak ada salahnya kalau menari."

Berdasarkan analogi,orang lelaki boleh menari sesamanya selagi mereka menutup auratnya dan tidak khuatir akan timbul godaan.

Lelaki dan perempuan menari bersama adalah jelas ianya HARAM dalam semua hal,melainkan apabila isteri menari didepan suaminya.Haramnya menari cara begini ialah kerana didalam tarian dikhuatiri tubuh akan bersentuhan dan nafsu syahwat yg tidak wajar mungkin timbul.ini sangat dilarang oleh islam dalam menutup segala bentuk usaha ke arah maksiat."Jika lelaki dan perempuan menari bersama,banyaklah perbuatan HARAM yg mungkin terjadi." Itulah sebabnya menari secara bercampur lelaki dan perempuan adalah HARAM.

Teliti dan fahamilah isi kandungan tulisan ulama'-ulama' ini....sesungguhnya redha Allah lah yang dicari....



Mohamd Solehin Bin Bakri
http://solehin-bakri.blogspot.com/?expref=next-blog

Comments

Popular posts from this blog