Pengabdian Kepada Allah SWT Tunjang Masyarakat







      



q-riuz.jahiliyyah.jpg 
Masyarakat Islam ialah masyarakat yang menterjemahkan tuntutan kalimah tauhid secara menyeluruh dalam kehidupan manusia. Setiap cabang dan bidang kehidupan masyarakat Islam dikuasai dan diawasi sepenuhnya oleh asas tauhid yang kukuh. Semua tindakannya terbit daripada cahaya pancaran akidah. Setiap aspek hidupnya dibina di atas dasar perhambaan atau pengabdian semata-mata.
La ilaha Illallah (لا إله إلا الله) merupakan akidah yang betul yang mampu mengangkat masyarakat Islam kepada suatu darjat yang paling tinggi dan mulia. Akidah ini meletakkan masyarakat Islam dan anggota-anggotanya di tempat yang betul. Akidah ini sentiasa betul-membetul dan memperbaiki setiap langkah dan tindakan mereka dalam setiap tempat, masa dan keadaan.

Akidah ini merupakan tenaga penggerak yang sentiasa mengarahkan mereka kepada matlamat hidup yang suci dan jelas. Akidah ini memimpin mereka untuk melalui jalan hidup yang terang lagi selamat.

Akidah tauhid menolak jahiliyyah

Konsep La ilaha Illallah atau hakikat pengesaan Allah sebenarnya menolak segala bentuk jahiliyyah sama ada berupa nilai, pemikiran atau pegangan hidup. La Ilaha Illallah membina satu asas kepada hidup masyarakat Islam dalam setiap bidang dan urusan. Oleh itu, masyarakat yang praktk hidupnya, tidak menterjemahkan tuntutan tauhid ini digolongkan sebagai masyarakat jahiliyyah.

Jahiliyyah adalah satu penyusunan masyarakat yang menolak hokum dan peraturan Allah SWT. Jahiliyyah mlawan dan memusuhi Islam sebagai ad-din. Jahiliyyah merupakan musuh yang paling ketat dalam kepada akidah Islam.

Sistem hidup jahiliyyah, pada hakikatnya tidak menjadikan Allah sebagai Rabb dan Ilah walaupun mengakui ketuhanan Allah SWT. Sistem hidup jahiliyyah hanya mengikut kehendak hawa nafsu manusia serta berhakimkan taghut. Masyarakat jahiliyyah juga adaah masyarakat yang mengamalkan ciri-ciri hidup yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, yangtidak mengarahkan diri kepada Allah SWT semata-mata sama ada I’tiqad, ibadah atau syariat yang merangkumi setiap aspek peraturan hidup.

Masyarakat jahiliyyah ialah masyarakat yang mengakui Islam tetapi praktik ubudiyah atau pengabdian dalam peraturan-peraturan dan perundangan hidupnya tidak semata-mata kerana Allah SWT. Masyarakat ini walaupun merasakan beri’tiqad kepada Allah SWT, tetapi secara tidak disedari amalan dan penguatkuasaan undang-undang , peraturan-peraturan dan nilai-nilai hidupnya bersumberkan selain deripada Allah SWT.

Bentuk masyarakat yang dijelaskan di atas, tidak diakui sebagai masyarakat Islam. Islam tidak memandang cogan kata, sepanduk dan laungan sahaja, sedangkan hakikat kehidupan masyarakat itu diisi dengan sifat-sifat jahiliyyah.
jahiliyyah.jpgPerlunya mengetahui hakikat jahiliyyah

Sesiapa yang ingin menhayati Islam dalam kehidupannya dan memperhambakan diri kepada Allah SWT, perlu mengetahui hakikat jahiliyyah seperti yang diterangkan di atas. Jahiliyyah yang meliputi pemikiran, aliran perancangan dan segala cacat cela serta bahayanya agar terselamat dan terpelihara daripada tipu dayanya. Dengan itu, dapatlah sesorang itu membuat persediaan dan kelengakapan yang perlu untuk menentang dan menghadapinya.

Meninggalkan jahiliyyah

Manusia yang inginkan Islam, mestilah meninggalkan diri dan memisahkan jiwa deripada cara hidup jahiliyyah. Dia hendaklah memulakan perjalanan hidup baru bersama Islam. Perjalanan hidup yang bebas daripada tekanan nilai jahiliyyah sama ada dalam bentuk konsep,adat istiadat, tradisi mahupun pimpinan.

Satu perkara yang penting terutama di peringkat awal dakwah dan pendidikan untuk menhayati Islam ialah manusia perlu membersih dan memutuskan jiwa daripada sebarang campur aduk dan pencemaran antara Islam dengan jahiliyyah.

Dakwah Islam sekali-kali tidak menerima sebarang tolak ansur dengan jahiliyyah atau mematuhi jahiliyyah. Tidak pernah terdapat titik pertemuan di antara Islam dengan jahiliyyah. Yang dikehendaki ialah meninggalkan sepenuhnya suasana, adat, tradisi, pemikiran dan konsep jahiliyyah. Juga yang dikehendaki ialah tertegak sepenuhnya pemahaman Islam dan praktik hidup Islam di bawah pimpinan Islam, di mana seluruh ketaatan serta penglibatan tertumpu kepada Islam.

Kewujudan jahiliyyah merata

Jahiliyyah sekarang dan pada setiap zaman tetap menolak hukum Allah SWT. Inilah antara pengenalan jahiliyyah di setiap tempat, keadaan dan jenis masyarakat. Jahiliyyah berada dalam segenap kemajuan dunia sama ada dalam pemikiran, politik, sosial mahupun ekonomi. Apabila manusia enggan menghubungkan diri dengan Allah SWT, maka di situ terdapat jahiliyyah.

Dewasa ini manusia telah dikongkong oleh jahiliyyah yang amat pekat sehingga perkara yang dianggap sebagai aktiviti Islam pun diasaskan atas jahiliyyah.

Comments

Popular posts from this blog