siapa tuhan? siapa hamba?

 
 
Mari kita renung sejenak.

Susah ke nak faham, hakikat ubudiah (kehambaan) yang ada pada kita?

Siapa kita? Apa tujuan kita diciptakan? 
Siapa tuhan? Mengapa wujud begitu banyak hukum hakam yang harus kita patuhi..?

Di mana kebebasan?


Mari kita lihat…….

Sebelum Allah ciptakan kita, Allah telah terlebih dahulu menciptakan para malaikat yang sifatnya tidak pernah menentang Allah, sentiasa taat kepada Allah..dan..semua sedia maklum.

Juga iblis, yang diciptakan daripada api. Dahulu, iblis merupakan makhluk Allah yang rajin beribadat, taat, dan mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

Kemudian, jin. Yang mana, telah menduduki bumi ini lebih awal daripada Adam diciptakan dan diturunkan ke bumi. Malangnya, jin ini suatu makhluk yang suka melakukan kerosakan, kebinasaan, menumpahkan darah, malah ada yang membunuh nabi mereka, serta murka dengan perintah-perintah Allah. Sehingga sekumpulan malaikat turun ke bumi memerangi mereka dan mengusir mereka ke pulau-pulau.

Sehinggalah juga Allah mencipta moyang kita, Adam. Namun, sudah fitrah sejak awal penciptaan Adam, manusia itu sendiri bersifat terburu-buru, tidak puas, dan sangat mudah terpengaruh dengan nafsu.

Allah tidak pernah mahu menzalimi hamba-hambaNya. Tetapi kitalah yang selalu menzalimi diri kita sendiri. Malah, seboleh-sebolehnya Allah mahu kita berada dalam keadaan senang, bahagia, tenang, dan dekat denganNya. Raja mana yang mahu kita sentiasa dekat, dan pelawa untuk kita bercinta denganNya? Hanya Allah yang memberi pelawaan tersebut.

Allah berpesan, nikmatilah seisi syurga itu, tetapi jangan dekati satu pohon. Hanya satu pohon. Tetapi Adam dan Hawa gagal. Yang dilarang, itu yang diburu.

Justeru, bermulah episod manusia hidup di bumi dalam kalangan jin yang tidak kelihatan. Berhempas pulas menundukkan hawa nafsunya saban hari. Berusaha memerangi syaitan dan sekutu-sekutunya. Namun, percayalah. Allah amat menghargai setiap usaha kita itu.

Perhatilah nasihat-nasihat Allah di dalam Al – Quran :

-          Syaitan dan iblis itu adalah musuh yang nyata; yang sentiasa menyeret kita turut serta ke neraka bersamanya.

-          Manusia dikurniakan nafsu yang selalu menjuruskan kita ke arah kecelakaan.

-          Adanya Qarin (pendamping) pada setiap manusia; malaikat dan syaitan. Pilihlah siapa penasihat kita.

-          Manusia perlu sentiasa bermujahadah dalam merebut kembali nikmat Allah, yakni Syurga.

Pa  Pada pandangan Allah, kehidupan di bumi itu singkat. Dia mengasihi kita, tidak memberikan kita umur yang begitu panjang, (seperti jin) kerana manusia ini sikapnya tidak sabar. Sentiasa tertanya-tanya janji Allah. Untuk kita tidak tercari-cari siapa tuhan kita, bagaimana hendak menyembahNya, Allah utuskan pula nabi dan rasul sebagai satu rahmat, cahaya, yang menerangi kegelapan kejahilan kita tentang Allah, dan syariatNya. Tetapi…kita ingkar.

Begitu juga pada pandangan Allah, alam barzakh itu juga singkat, (dan kemudian... ) kemudian..Padang Masyar. 
Kemudian Hari Hisab. Nah, terimalah; syurga atau neraka.

Hukumnya mudah.
Taati aku, engkau masuklah ke syurgaKu, buat selama-lamanya. Siapa yang bersungguh-sungguh lagi mencintai Aku, Aku tinggikan darjatnya.
Ingkari aku, carilah tuhan selain Aku yang boleh melindungimu daripada siksaan api neraka.
Dah dapat cari…?




Bukankah hak seorang raja itu mahu ditaati, diturut perintahNya?
Bukankah keinginan seorang hamba itu mahu dikasihi, diberi perhatian?

Siapa tuhan….?  Siapa hamba….?


Comments

Popular posts from this blog