Suka melukis? belajarlah dari Kurt Wenner!! 

 

Assalamualaikum semua,
Sebenarnya saya jarang mengagumi seorang pelukis tanpa kritikan.. tetapi lukisan 3D jalanan Kurt Wenner memang amat mengagumkan!! saya melihat lukisannya dan terdiam.. it's really amazing!!!




Siapakah dia Kurt Wenner?


KURT Wenner sudah sekian lama memukau orang ramai dengan lukisannya yang berkonsep tiga dimensi (3D). Namun rekaan terbarunya lebih mengagumkan.

Pelukis jalanan yang mempunyai kemahiran luar biasa itu yang juga bekas kakitangan Nasa berusia 52 tahun, menggunakan teknik pintar untuk menghasilkan rekaan berbentuk 3D.

Dan hasil kerja terbarunya, daripada Spider-Man di Jepun hingga ke pintu masuk Caribbean di New York serta laluan hutan hujan di South Bank, London, digabungkan dalam satu buku baru.

Apabila dilihat daripada sudut betul, pejalan kaki yang berdiri di atas lukisan itu kelihatan seolah-olah terapung di udara sementara bungkah konkrit muncul dalam bentuk curam yang dalam dengan ilusi pewarnaan menakjubkan.

Artis kelahiran Michigan itu mula menggunakan krayon dan cat untuk menghiasi jalan raya di Rome, Itali pada 1982.

Dia melanjutkan tugas lamanya, membuat pengiraan rumit untuk menghasilkan lukisan konsep lanskap dunia luar di Nasa, menjadikan lantai dan dinding seolah-olah hidup.


Mermaid

Dia kemudian mengembangkan pengetahuannya dengan teknik yang digunakan pelukis seperti Michelangelo untuk Gereja Sistine dan lukisan jalanan Itali abad ke-16.

“Lukisan jalanan seperti ini bermula di Rome pada penghujung zaman Pembaharuan, bermakna ia sekitar 100 tahun,” katanya.

Satu imej dari Curtatone, Itali pada 1987 menunjukkan bagaimana Wenner menghasilkan imej cermin model sebenar pada konkrit di bawah mereka, lukisan jalanan interaktif 3D yang pertama.

“Lukisan itu nampak hidup kerana pengiraan dibuat dengan tepat. Begitulah ia akan kelihatan jika objek dalam lukisan saya benar-benar berada di situ.



“Saya menggunakan tali untuk mengukur titik tetap antara lokasi melihat dan lukisan itu. Ia membolehkan saya mengira secara tepat bagaimana ia akan kelihatan.

“Saya mengambil masa antara lima atau enam hari untuk menghasilkan satu karya bersaiz sederhana,” katanya.

Bukunya, Asphalt Renaissance diterbitkan oleh Sterling Innovation.


Wenner menghasilkan lukisan ini pada 2008 di Stesen kereta Api Waterloo di London. Wang kertas kelihatan terapung dari bumi dalam lukisan diberi judul The Moneypit.


Wenner menghasilkan Northwest Fantasy pada April 2010 di San Francisco untuk Lembaga Pelancongan British Columbia.



Wenner mula menjadi terkenal dengan model yang kelihatan melihat imbasan mereka di Curtatone pada 1987.

dia menggunakan sebuah kolam di Queretaro, Mexico pada 2010 apabila menghasilkan Tiga Majusi melompat keluar dari air.

pelumba basikal Sukan Olimpik Britain, Bradley Wiggins bergambar dengan basikalnya di laluan Hutan Hujan Malar Hijau di South Bank, London pada Oktober 2010.

lukisan Spider-Man yang disiapkan Februari lalu di Universal Studios di Jepun lebih mengagumkan dengan kepingan kadbod untuk menyiapkan senario buku komik itu.
http://lukisanduniaku.blogspot.com/2011/04/suka-melukis-belajarlah-dari-kurt.html

Comments

Popular posts from this blog