TRAGEDI HIGHLAND TOWER






highland tower.tragedy at google png
Kawasan yang bertanda o merah merupakan khemah khemah bagi petugas penyelamat termasuklah setesen TV tempatan,Bomba,Polis,Jabatan Ukur dan Pemetaan dan badan badan kebajikan
HighlandTower-news
Kawasan yang bertanda o merah merupakan khemah khemah bagi petugas penyelamat termasuklah setesen TV tempatan,Bomba,Polis,Jabatan Ukur dan Pemetaan dan badan badan kebajikan
Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blokkondominium di Taman Hillview, Ulu KlangSelangor, pada 11 Disember1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.
DSC00380
Kerja pemantauwan pegerakan bangunan Highland Tower bagi Block A & B.Bacaan pegerakan di ambil setiap 15 minit dan dijalankan 24 jam
Peralatan Ukur yang di gunakan sewaktu Tragedi Highland Tower Tumbang.
8888888888888888888888888


PUNCA TRAGEDI


Musim tengkujuh di Malaysia iaitu bulan November dan Disember membawa hujan lebat melampau setiap tahun dan boleh menyebabkan banjir , banjir kilat dan tanah runtuh. Blok 1 Highland Towers runtuh selepas
hujan yang turun 10 hari berturut-turut menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat meletak kereta kondominium itu runtuh. Kadar air luar biasa menyebabkab tahap kelembapan tanah, kekuatan struktur tanah, keseimbangan kandungan bendalir di dalam tanah dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan.Hutan Hujan Khatulistiwa yang padat memenuhi Banjaran Titiwangsa dengan daunnya yang lebar serta berakar tunjang, sekali gus mampu menampung dan menerima taburan hujan yang lebat dan bertindak sebagai pemangkin kepada tanah. Apabila tidak ada tanaman tutup bumi, air akan meresap ke dalam tanah dan menjadi pelincir kepada gelongsoran tanah dan bangunan di atasnya.
hampir sebulan selepas kejadian
MANGSA TRAGEDI
highland tower.tragedy
Pasukan Penyelamat sedang mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan.
highland_tower1
Runtuhan bangunan Highland Tower
mangsa tragedi highland tower 1
Mangsa tragedi sedang di beri pertolongan olih pegawai penyelamat

  • Yap Kien Seng (18) . Dr Mohd Shah Mahmud yang melakukan bedah siasat menyatakan punca kematian adalah traumatic asphyxia akibat tertimbus di bawah bangunan yang runtuh.
  • Wanita Korea, Jung Soon Bahk, 45, selain Daryl Koh Wai Kin, 3, Yap Hsiao Mei, 18 dan ibu Yap, Wong Mee Thai, 35, serta Douglas Ong Tee Ming, 17 . Ahli patologi juga pakar runding di Bahagian Forensik Hospital Besar Kuala Lumpur, Dr Mohd Shah Mahmud mengesahkan kematian kematian mengejut sebagai punca.
290920091693
KRONOLOGI
Sebelum 1964
=Pemaju mengemukakan permohonan untuk membina kondominium.
1964
=Jabatan Perancang Bandar dan Kampung (JPBK) Negeri Selangor mula membuat penilaian.
=Pejabat Daerah Kuala Lumpur meluluskan permohonan cadangan projek tersebut.
1974
=Pembinaan bangunan dimulakan oleh Konsortium Jurubina Perunding (KJP) untuk syarikat High Land Properties Sdn Bhd.
1978
=Blok 1 Kondominium telah disiapkan, dan diberi Certificate of Fitness(CF) olleh Majlis Daerah Gombak (MDG) dan mula diduduki penghuni.
1981
= Bangunan Blok 2 telah disiapkan dan diberi CF oleh Majlis Daerah Gombak dan telah mula diduduki penghuni
1986
=Bangunan Blok 3 telah disiapkan dan diberi CF oleh MDG.
=Ia telah mula diduduki penghuni.
1 Julai 1992
=Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah ditubuhkan dan bertanggungjawab secara langsung terhadap projek tersebut.
1993
=MPAJ telah memberikan CF kepada pembinaan tempat letak kereta di tingkat bawah kondominium.
November 1993
=Keretakan serius atas jalanraya sekitar kondominium telah dikesan oleh penghuni.
11 Disember 1993
=Pada pukul 1.35 tengahari Blok 1 kondominium tumbang.¨       Seorang mayat ditemui  dan 3 orang mangsa berjaya diselamatkan
21 Disember 1993
=Sehingga tarikh ini 48 mayat telah ditemui.
1994
=Laporan lengkap berhubung dengan punca-punca tragedi telah diterbitkan.
Punca Kejadian
Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa punca-punca tragedi adalah seperti berikut:
1.      Pembinaan bangunan di pinggir kawasan tanah tinggi sememangya tidak sesuai khususnya di kawasan iklim Khatulistiwa dan Tropika yang mempunyai jumlah hujan yang tinggi.
2.      Pembinaan kondominium di lereng bukit juga adalah bercanggah dengan Akta Pemuliharaan Tanah 1960. Akta itu melarang pembangunan dilakukan di lereng bukit dengan kecerunan lebih  daripada 18° kerana sebab-sebab yang berkaitan dengan alam sekitar.
3.      Ketidakselarasan akta di antara Akta Pemuliharaan Tanah dengan Akta Mutu Alam Sekitar 1974.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Penyiasatan Teknikal punca utama berlakunya kejadian ini adalah kejadian gelinciran tanah yang berlaku secara berlebih-lebihan terhadap cerun bukit di bahagian belakang bangunan kondominium tersebut. Namun, di sana terdapat punca-punca lain yang menyebabkan berlakunya gelinciran yang membawa kepada tumbangnya bangunan Highland Towers, iaitu :
1.      Banyak air telah meresap masuk ke bahagian bukit sehingga menyebabkan banjir lumpur sejak pembangunan dilaksanakan di Bukit Antarabangsa yang terletak di sebelah bukit berhampiran dengan kondominium tersebut. Ini ekoran daripada pembersihan (penggondolan) tumbuh-tumbuhan di kawasan yang dibangunkan yang terletak 150 meter di atas kondominium Highland Towers. Ia dibangunkan oleh Malaysia Borneo Finance (MBF) dan Arab-Malaysian Finance Bhd. (AMFB). Kejadian banjir lumpur ini telah menyebabkan jalan raya sekitar komdominium tersebut retak.
2.      Aliran air permukaan yang berlaku secara berlebihan ini telah menyebabkan kejadian hakisan tanah di permukaan cerun bukit tersebut. Fenomena ini mengakibatkan struktur tanah permukaan cerun menjadi tidak kukuh sehingga berlakunya gelinciran tanah atau tanah runtuh.
3.      Runtuhan tembok di bahagian depan dan belakang bangunan tersebut menyebabkan gelinciran berlaku dengan lebih mudah kerana tiada sokongan dan halangan daripada tembok berkenaan. Gelinciran yang berlaku seterusnya mengakibatkan sokongan bahagian hadapan bangunan menjadi semakin rapuh sedangkan bebanan di bahagian belakang bangunan semakin bertambah dan menyebabkan keadaann yang tidak stabil bahagian tapak  kondiominium. Ia seterusnya mewujudkan tekanan yang amat tinggi terhadap cerucuk bangunan khususnya cerucuk di bahagian hadapan. Apabila cerucuk ini patah, bangunan kondomunium mula berayun disebabkan pusat graviti bangunan mula berubah lalu ia beransur-ansur tumbang menyungkur bumi.

Comments

Popular posts from this blog