Ujian Bagi Si Pintar & Sufiah
 
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Mempunyai  IQ  atau tahap keintelektualan yang tinggi merupakan satu kebanggaan buat pemiliknya. Mereka juga kerap dipandang tinggi oleh rakan dan masyarakat.
Si pintar
 
Namun perlu diingat menjadi ‘bijak' adalah satu ujian Allah swt yang besar, malah ramai yang jatuh tertewas dengannya dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Demikian juga halnya bagi orang yang berilmu, ujiannya juga hampir sama. 
Allah s.w.t berfirman : -
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Ertinya : Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji  kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan. ( Al-Anbiya : 35 )
Kebijaksaan minda adalah satu anugerah jika ia diarah kepada kebaikan, tetapi  ia boleh menjadi malapetaka jika gagal dikawal dan dipandu.
Tekanan Perasaan
Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat kewangan Islam pernah berkata kepada sebahagian pekerjanya, saya turut berada di waktu itu:
"Orang pintar sering tertekan disebabkan mereka menyangka semua orang boleh memahami sebagaimana ia memahami sesuatu perkara, bila didapati sebaliknya, ia tertekan dan menjadi marah" katanya yang mungkin menjelaskan keadaan dirinya. Wallahu a'lam.
Keadaan ini menjadikan seorang ketua yang bijak IQ nya sering mencampakkan hasil kerja pegawainya kerana tidak mencapai standardnya. Malah mulutnya juga semakin ringan untuk mengutuk, memaki dan mencarut kerana gagal menahan perasaannya. Berbekalkan kecergasan minda ditambah pula pengalaman, sesuatu perkara itu amat simple dan mudah untuk diselesaikan namun tidak bagi orang bawahannya.
Pertembungan ini menjadikan orang bijak sering menjadi mangsa tekanan perasaan.
"This is rubbish, stupid you!!"
Inilah antara kata yang terhambur dari lisan seorang CEO setelah meneliti dokumen laporan kewangan yang disediakan oleh pegawainya. Sedangkan pegawai itu menyiapkan kerjanya sehingga lewat malam, esoknya kata-kata itu yang diperolehinya. Akhirnya pegawai kewangan itu berhenti kerja beberapa bulan selepas itu kerana tidak tahan lagi dengan ayat-ayat yang dikeluarkan.
"Senang je ustaz jalan ke masjid kami ni, ustaz nampak stesyen Petronas, terus belok kiri dan kemudian belok kanan, nanti akan nampak menara masjid kami" Urusetia menjelaskan lokasi kepada saya.
"Petronas yang mana satu ni?" Tanya saya sambil pening-pening cuba membayangkan lokasinya.
"Ala petronas yang biasa tu le. yang besar sikit, senang je ustaz.." tegasnya. 
" ok lah, nanti saya jumpa saya call"  
Itu suasana biasa yang saya hadapi untuk ke tempat ceramah. Sudah tentu ia senang bagi mereka yang sudah ada ilmu tentang lokasinya, namun bagi mereka yang belum ada ilmu, ia sukar lagi mengelirukan. 
Selain mereka yang pintar, mereka yang berilmu juga menghadapai cabaran tekanan perasaan penyoal-penyoal yang mengutarakan soalan teramat mudah, terlalu basic hingga adakalanya menjadi amat bosan untuk menjawabnya. Namun perlu sabar dan sabar. Akhirnya tanpa cara dan teknik yang betul, orang berilmu dan pintar diserang sakit stress, murung hingga akhirnya kehidupan diri dan keluarganya terkena tempiasan buruk.  
 
Tekanan Bosan
Selain dari tekanan kerana orang sekeliling yang tidak mampu mencapai tahap pemikirannya, mereka juga berhadapan suasana kebosanan melihat perkara stereotype atau perkara yang sama berulang-ulang.
Ini adalah antara yang menimpa Sufiah dan Adi Putra. Mereka bosan dengan pelajaran yang telah mereka ketahui. Kerana kepintaran luar biasa mereka, mereka gagal menahan kebosanan berbanding pelajar pintar sederhana lain yang masih boleh belajar sehingga tamat.
Bapa Sufiah pernah mengatakan :-
"selepas berusia lima tahun, beliau menghantar Sufiah ke sekolah, tetapi anaknya hanya bersekolah selama tiga bulan kerana mengadu bosan dengan pelajaran di sekolah."

"Secara umumnya, pengetahuan Sufiah lebih terkedepan berbanding sukatan yang diajarkan di sekolah.


Hal yang sama berlaku kepada Adi Putra, di mana pada 16 & 17 Jan 2008, berita TV3 memaparkan Adi Putra yang bijak matematik terpaksa berhenti sekolah. Dia merupakan pelajar pintar matematik yang agak heboh diperkatakan beberapa tahun lalu semasa berumur 5 tahun. Tahun lepas dia memasuki Sekolah Islam Antarabangsa dibiayai antaranya oleh kerajaan Terengganu. Tahun ini dia telah berhenti atas logik alasan otaknya berenjin seperti Ferrari tetapi input sekadar seperti enjin Kancil.
Adi Putra
Kehidupan para pensyarah Universiti setiap hari berfikir untuk menulis, mengkaji sesuatu yang baru dan jauh dari stereotype. Ramai dari pensyarah bijak pintar ini ingin dan suka menjadi the pioneer dalam sesuatu kajian. Malah itu juga merupakan kemuliaan bagi seseorang pensyarah dan itu juga yang diperlukan ketika anda ingin menulis thesis sarjana dan PhD.  Walaupun kajian itu hanya difahami oleh segelintir kelompok masyarakat, ia tetap dianggap kepuasan bagi mereka. Tidak dinafikan ada yang tidak sedemikian malah lebih baik dan menyeluruh kajiannya.
Pengalaman saya menyiapkan ijazah sarjana di Jordan juga demikian, tajuk yang ingin dikaji mestilah belum ada yang menulisnya, jika sudah ada pun mestilah dari sudut yang berbeza.
Puaslah saya menyelongkar tajuk-tajuk tesis di perpustakaan pelbagai Universiti, dan beratus-ratus tajuk demi memastikan tiada persamaan.
Kehidupan di universiti memang selalu menjurus kepada berfikir secara kritikal dan perlu menghasilkan sesuatu yang lain dari orang lain namun mestilah berasas dan berfakta.
Keadaan inilah yang merawat kebosanan dari menjengah minda intelek para professor dan sarjana di Universiti.
 
Kisah Sufiah Yusuf
Kes Sufiah Yusuf adalah satu kes yang malang dan berpunca dari pelbagai sebab dan faktor. Tekanan kebosanan pernah diluahkan secara terus terang oleh Sufiah sendiri. Sebagai katanya :-
 
Sufiah


 
Sufiah claimed that she wanted to be in control of her life.
"I hate this stereotype society has of escorts as being exploited. It is so far from the truth. My clients treat me like a princess. One guy took me shopping on Bond Street. He bought me a beautiful black Gucci dress for £300 (RM1,920) and then took me to Selfridges, where I could pick a handbag I liked"
Kasihan seribu kali kasihan, minda yang pintar matematik sahaja jauh sekali dari cukup bagi melahirkan insan yang mempunyai arah tuju yang benar. Akhirnya minda memerangkapnya.
Kelemahannya menyebabkan ia mencari kelainan dengan cara yang pelik dan haram apabila menyebut, dia membaca formula matematik semasa melayani pelanggan. Selain itu kata-katanya 
"I don't believe my education had been wasted - in fact, I usually take problem sheets with me to solve before appointments," she said (sumber)
Selain itu, faktor berikut juga berkemungkinan menambah perisa tekanan dan masalah yang membawa kehancuran, antaranya :-
 
1)      Ketidakstabilan Kehidupan Keluarga
 
Menurut laporan akhbar, kehidupan keluarganya juga bermasalah, tidak perlu saya dedahkan di sini. Cukuplah ia diberitakan di akhbar-akhbar perdana perihal masalah suasana kehidupan keluarganya.
 
Kehidupan keluarga yang baik amat penting dalam membentuk diri anak-anak. Menurut media, Ibu Sufiah iaitu Halimaton bernasib baik kerana hubungannya dengan empat lagi anaknya, Abraham, 26, Iskander, 21, Aisha, 25, dan Zuleika, 14, sangat rapat. Beliau menetap di rumah mereka di Coventry bersama Abraham, Iskander dan Zuleika, manakala Aisha menetap bersama suaminya di kawasan kediaman berhampiran dan sentiasa melawatnya.

Keempat-empat anaknya dikelaskan sebagai pelajar pintar. Iskander mendaftar di Universiti Warwick pada usia 12 tahun manakala Aisha pula 15 tahun, tapi Sufiah dianggap paling bijak.
Namun Sufiah, mungkin terlepas ... Sufiah juga diwartakan berkata :
'Tidak pernahkah terlintas di fikiran anda sebab saya meninggal rumah adalah kerana saya sudah tidak tahan lagi dengan penganiayaan emosi dan fizikal selama 15 tahun?''
''Saya sudah cukup menderita kerana kehendak hati anda yang bodoh mengenai tenis, pelaburan, komputer, perbankan dan sebagainya" kata Sufiah dalam e-melnya. (sumber  )  
 
Dia juga dilaporkan berkata :
"From 11, I was studying maths all the time. I didn't have any friends. I wasn't in the Brownies. My father said they didn't teach Muslim values. I hardly ever played with other children."  (Sumber )
Dari sudut pandang Islam, tidak tepat untuk memaksa diri dan orang lain termasuk anak untuk belajar tanpa rehat dan bermain. Nabi s.a.w sendiri pernah menyebut kepada seorang sahabat bernama Hanzalah r.a yang menyangka dia telah menjadi munafiq hanya kerana di dalam kuliah bersama nabi ia menangis dan amat sedar tetapi bila pulang ke rumah, masih ada masa untuk bergelak ketawa bersama anak dan isteri :-
 
والذي بيده، لو تَدومُون على ما تكونون عندي ، وفي الذّكر ، لصافَحَتكم الملائكة على فُرُشِكُم ، وفي طُرُقِكم ، ولكن يا حنظلةُ ساعَةً وساعَةً-ثلاث مرار
 
Ertinya : " Demi nyawaku di tangan Allah, sekirnaya kamu terus menerus sebagaimana kamu seperti di hadapanku (insaf, serius dan teliti), nescaya kamu akan sama tahapnya seperti Malaikat di tempat tidurmu dan di perjalananmu. Namun Hanzalah, ingatlah seketika, seketika (ertinya ada ketikanya kita serius dan ada waktunya kita berehat dan meringankan fikiran)" (Riwayat Muslim, Kitab Taubat, no 69000, 17/69)
 
Demikian juga sebuah athar lain menyebut :-
 
رَوِّحُوا عن القلوب ساعةً بعد ساعة
Ertinya : "Rehatkan hatimu masa ke semasa" ( Riwayat Shihab, no 672, sanad dhoif)
 
Apapun, elok jika anda dapat membaca web ini ( RUJUK ) untuk bersifat berhati-hati dalam menerima berita-berita dari media. Cuma kesimpulan saya, keadaan keluarga dan diri yang tidak stabil dan bercerai berai menjadi penambah punca tekanan.
 
Cuba baca petikan dari web keluarga Yusuf ini. Membetulkan apa-apa kemungkinan salah info..
Misconception 1: All the Yusof children were taught via Farooq's "accelerated learning methods" - a tortuous regime involving studying in the freezing cold, punishments for answering questions incorrectly, and "stretching and breathing exercises".
Actually, Farooq wasn't even responsible for the majority of the teaching! For most of the Yusof children's early life, Halimahton was practically a single parent as Farooq was in prison (having been convicted of mortgage fraud) or on the run for six years - he only returned to the household when Iskander, the youngest at the time, was seven years old. By this stage, the Yusof children were already prodigies and were also anything from three to seven years ahead in most academic subjects, in spite of the fact that they spent most of their time engaged in less bookish activities (such as tennis or playing with other children).
Misconception 2: The Yusof children only became prodigies because they were forced to work unreasonably hard and/or were homeschooled.
False. Halimahton never worked with them for two hours per day, and during their A-levels the kids studied as much or as little as they wanted to.
Misconception 3: TV and pop music were banned in the household.
This isn't even remotely true. All the children regularly watched many TV series like Fawlty Towers, the X-Files, and Star Trek, in addition to the usual movies, sports, and so on. Their tastes have changed a lot since then, though!
Misconception 4: The Yusof parents put tremendous pressure on their kids to succeed.
Untrue, because they didn't need to - high achievers naturally tend to have correspondingly high expectations and thus they put a lot of pressure on themselves to do well. Most of the truly ridiculous expectations were held by people outside the family, who often seemed to believe that a prodigy should be perfect at absolutely everything; in reality, prodigies fail just as often as anyone else, which isn't actually a bad thing as eventually everyone needs to learn to cope with failure in a sensible manner.
Misconception 5: Sufiah's abilities were unique, even within the family.
Not really - while she was very good, she's just been in the media spotlight much more than the others because of what happened after she went to Oxford. Iskander was a year younger when he went to university and Zuleikha was considerably younger than either when she completed her A-levels (although she already has the qualifications, Zuleikha has not yet applied to university as she wants to explore many of her interests and further develop as an individual before entering uni). Of course, the media like to portray Sufiah as a unique case because it makes for a better story. ( RUJUK
Difahamkan Akibat tekanan, Sufiah akhirnya tidak pulang ke rumah selepas peperiksaan ketiganya di Oxford pada 22 Jun 2000, sebaliknya menaiki kereta api ke Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan.
Kesimpulan dalam bab ini adalah kepentingan kehidupan keluarga yang stabil. Inilah salah satu dari hasil kehancuran rumah tangga. Kerana itu, peranan wanita di dalam keluarga adalah amat penting.
2)      Suasana kehidupan di negara yang sangat bebas
 
Berbekalkan suasana rumah dan keluarga yang bermasalah, ditambah dengan penceraiannya. Suasana sekeliling yang fasad juga memainkan peranan. Sudah tentu ia bergantung di mana ia bergaul. Namun saya kira, dia telah dibela dan bercampur dengan rakan-rakan yang tidak baik akhlaknya. Diri sendiri adalah faktor terbesar, kerana diri sendiri yang menjerumuskan diri dengan rakan sebegini.  
Nabi pernah menegaskan kepentingan suasana baik dan rakan yang baik bagi membantu melahirkan kehidupan solehah melalui sabda baginda :-
إنما مثل الجليس الصالح والجليس السوء كحامل المسك ونافخ الكير فحامل المسك إما أن ‏ ‏يحذيك ‏ ‏وإما أن ‏ ‏تبتاع ‏ ‏منه وإما أن تجد منه ريحا طيبة ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أن تجد ريحا خبيثة
Ertinya : Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan peniup api di dapur arang; adapaun rakan seperti pembawa wangian, ia (mmembawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan dapat bauan wanginya juga. Adapun rakan seperti peniup api dapur , samda ia akan membkar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )
Hasilnya, UK sebuah negara bebas, segala-galanya ada di sana..tanpa bekalan yang betul, tidak sukar untuk seseorang hancur imannya.
Sama seperti Mesir,  
"jika enta ingin mencari neraka di sana, boleh; nak cari Syurga juga boleh" kata seorang ilmuan Shariah veteran lepasan Mesir kepada saya sewaktu saya bertanya kepadanya suasana pembelajaran dan kehidupan di Mesir.
Tidka terkecuali di Malaysia dan mana-mana negara. Di Malaysia juga ada pelacur-pelacur dan escort woman..sama seperti di UK. Namun bagi saya, di sana jumlah penduduk Islamnya dan jumlah yang bukan Islamnya jauh berbeza. Ini menjadikan sesuatu maksiat tidak dilihat buruk dan pelanggannya lebih menyeluruh. Anda tidak perlulah ingin mem'backing' UK dan mengutuk Malaysia dalam hal ini. Saya hanya ingin menegaskan ini sebagai salah satu faktor tambahan saja. Jika anda ingin juga, anda boleh lakukan di forum yang lain sahaja.    
 
3)      Kekosongan pengisian ruhaniah yang ‘up to her standard'
Orang bijak memerlukan orang bijak juga yang mendekati dan memberikan pengisian, jika tidak ilmu Islam yang diberi tidak akan mampu meresap ke dalam jiwanya. Kekeringan pengisian ini menjadikan seseorang terlepas dari tali Allah. Akhirnya berbekalkan minda luar biasa, ia akan mula memikirkan perkara luar biasa serta pelik, jauh dari stereotype..
Malah dari senarai ilmu yang diajarkan oleh bapanya, tiada langsung disebut ilmu Islam. Semuanya ilmu dunia untuk menambah kaya dan kejayaan dunia semata-mata agaknya. Justeru dengan jiwa sedemikian dan aqal yang bijak dalam satu bidang sahaja. Pasti tersesat di lautan dunia.  
 
4)      Kemungkinan konspirasi oleh pihak yang bermusuh dengan Islam
 
Ada juga rakan-rakan yang membawakan kemungkinan teori konspirasi yang cemburu dengan kepintaran umat Islam, lalu diculiknya dengan cara terhormat dan dirosakkan hidupnya sebelum kepintaran mereka merosakkan kumpulan mereka.
 
Teori konspirasi ini juga pernah diutarakan oleh beberapa pegawai kerajaan dalam kursus kepada para pensyarah universiti. Mereka menyatakan bahawa Noor Suzaily Mokhtar yang dirogol dan dibunuh oleh Hanafi Mat Hasan di dalam bas itu adalah seorang yang sangat pintar dalam bidang komputer.
 
Difahamkan bahawa satu badan kerajaan yang popular di luar negara pernah menawarkan kerja kepadanya tetapi dia menolak.Keadaan ini dinyatakan menyebabkan tindakan menghapuskannya dirancang. Demikian info dari kursus yang wajib dihadiri oleh sebahagian pensyarah .
Berbalik kepada kes Sufiah melalui petikan akhbar tahun 2000, kelihatan Sufiah dijaga oleh pihak tertentu sewaktu kehilangannya.
Sufiah meneruskan ancaman ke atas keluarganya supaya mendedahkan kepada media bahawa beliau selamat dan tinggal bersama saudara mara sama ada di London atau Scotland.
''Jika tidak saya akan pergi kepada akhbar dengan cerita sebelah pihak saya pula tengah hari esok. Saya benar-benar maksudkannya.''
Inilah nada mesej itu yang mengukuhkan lagi kepercayaan Farooq bahawa Sufiah berada di tangan 'pihak ketiga'. ''Ia bukan Sufiah yang sebenar. Ini adalah permainan psikologi pihak ketiga ke atas keluarga kami,'' kata Farooq. (Sumber)
Saya serahkan kepada mereka yang pakar untuk menyiasatnya.
 
Lagi Ujian si Pintar
Lihatlah betapa ‘kelembapan minda seseorang' itu satu ujian buatnya, demikian juga kepintaran melampau.
Ramai individu pintar tertekan dengan aqalnya, gagal dikawal perasaan dan tindakannya selepas itu. Hingga tersilap menggunakan minda yang bijak itu untuk tujuan yang bertentangan dengan Islam seperti merompak, menipu, mencipta virus, menghasilkan teori-teori jahat, merangka sistem computer, IT yang mengkayakan diri tanpa mengendahkan keburukan buat awam dan banyak lagi.
Selain itu, muncul juga mereka yang bijak begitu taksub dan besar diri dengan idea dan pemikirannya, sehingga semua idea orang lain dianggap pendek aqal serta tidak melihat apa yang diperkatakan secara mendalam.
Mereka adakalanya terlalu amat yakin dengan ideanya, terutamanya dalam isu yang tidak memerlukan fakta dan hanya hujjah umum serta logik. Sukar untuk membuktikan ideanya kurang tepat kerana ia bukanlah isu kira-kira matematik tetapi bentuk pemikiran.
Padahal ia telah tertipu dengan mindanya yang dirasakan sangat sangat tepat itu, sehingga menafikan kebenaran dari pihak orang lain sama sekali.
Jangan begitu. Kita hidup di dunia ini perlu menyedari bahawa masih ada orang yang bijak menyamainya atau melebihinya. Malah orang yang tidak sebijak mereka mungkin boleh memberi pandangan yang lebih tepat berdasarkan pengalaman. Pengamatan dari pengalaman luas boleh saja menewaskan idea dari aqal yang bijak tanpa pengalaman. Ada yang tertolak mengikut kajian teori aqal tetapi logik menurut pengalaman.
Bukanlah satu kesalahan untuk merasa amat yakin dengan idea sendiri, terutamanya apabila ia lahir dari kajian mendalam dan pemikiran yang jauh. Namun, jangan sampai menafikan seratus peratus idea orang lain. Kecuali ia dalam isu yang jelas seperti kira-kira 1 + 1 = 2, isu pengharaman riba dan apa-apa isu yang telah diputuskan secara kolektif atau diketahui keputusannya berdasarkan panduan jelas seperti isu riba dalam bank konvensional dan bentuk-bentuknya.
Para Ilmuan Agama Yang Pintar, Sabarlah 
Imam Ahmad, ketika beliau diminta memberikan komentar dalam hal terdapat pendapat yang membolehkan solat sunat selepas Asar. Lalu ia memberikan respondnya :-
لا نفعله ولا نعيب من فعله
Ertinya : Kami tidak melakukannya dan kami tidak menyalahkan mereka yang ingin melakukannya ( Tartib At-Tamhid, 3/345 ; Naqal dari As-Sahwah Al-Islamiyyah, Al-Qaradawi, hlm 347 )
Di dalam bab cabang dan khilaf, jangan pula terlalu tegas tanpa melihat keadaan sekeliling.  Imam Ahmad sekali lagi pernah meninggal solat sunat sebelum maghrib, padahal ia berpandangan ianya sunat. Apabila ditanya, dijawabnya :
رأيت الناس لا يعرفونه
Ertinya : Aku melihat  orang ramai tidak melakukannya ( As-Sahwah Al-Islamiyyah, hlm 353 )
  Para ulama silam pernah menyebut :
من لم يطلع على اختلاف العلماء لم يشم رائحة الفقه
Ertinya : Sesiapa yang tidak mengetahui perbezaan fatwa para ulama, maka mereka ini belum lagi mencium bauan ilmu Fiqh (apatah lagi Fiqh itu sendiri)
Akhirnya  bagi mereka yang dikurniakaan minda intelek dan sihat, ketahuilah ia merupakan satu cabaran untuk mengendalikannya sesuai dengan tuntutan kebenaran. Justeru, nasihat menasihatilah. Semoga kita semua selamat dari fitnah minda yang sihat.
 
Sekian
 
Zaharuddin Abd Rahman

Comments

Popular posts from this blog