12 Khasiat Kurma 

Khasiat Kurma, Jenis-jenis Kurma, gambar kurma, kurma arab, kurma ramadhan
Assalamualaikum geng blog hijau. Bulan Ramadhan akan menjelma tak lagi, serius tak sabar nak berpuasa. Rasa macam budak 7 tahun menunggu hari puasanya yang pertama *Ok pening baca ayat ni*. Sebut bulan Ramadhan, mesti semua orang teringat tentang kemanisan buah yang hanya popular bulan tu je. Buah yang aku maksudkan tadi adalah kurma tapi tahukah korang bahawa kurma mempunyai khasiat tersendiri?.

Antara khasiat-khasiat kurma:-
  • Menguatkan daya ingatan.
  • Mencegah penyakit barah.
  • Menambah tenaga seksual.
  • Mengatasi masalah insomnia.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Membunuh kuman dalam badan.
  • Meredakan tekanan darah tinggi.
  • Membantu mencergaskan minda.
  • Merawat penyakit buah pinggang.
  • Merangsang dan memudahkan kehamilan.
  • Merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit.
  • Menghilangkan batuk dan gatal-gatal dalam kerongkong.

Untuk pengetahuan korang, kurma jugak boleh dijadikan penawar racun seperti diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan bahawa kurma mengandungi ubat.
"Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Aku rasa cukuplah setakat ini entry tentang khasiat kurma, sesiapa yang tahu khasiat kurma selain dari yang aku senaraikan kat atas, sila kongsi di ruangan komen ye. Terima kasih! (^_^)

Rujukan:

Comments

Popular posts from this blog