Jangan Lah MEMALUKAN jabatan ..


salam semua

tahulah mereka bersalah ! .. sedar mereka patut dihukum ! .. tapi come on lahhhh x kan kerana mereka bersalah kita pula pandai2 nak menghukum dengan sendirinya .. tolonglahhh jgn jatuhkan maruah POLIS ok .. akak geram sgt nie sbb mereka buat perkara yg x patut pada pesalah nie ! ..

akak ingat layie masa ayah akak masih menjadi pegawai polis .. perbuatan yg melampau batas sesetengah polis2 bawahan ini selalu mencemarkan nama baik mereka .. erghhhhhhhhhhhhhh even ayah akak pernah cakap .. kdg2 polis nie mengikut kan rasa hati dan amarah konon .. padahal mereka hanya diarahkan utk menyiasat ! bukan mendera @ membuli ! ..

Pembunuhan Banting: Suspek Dakwa Didera Polis

SHAH ALAM: Dua pekerja ladang yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya mengadu di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, bahawa mereka telah menerima layanan yang tidak sepatutnya daripada Unit Tindakan Khas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Peguam Gurbachan Singh berkata, anak guamnya, T. Thailayangan, 20, dan tertuduh ketiga, R. Matan, 21, mendakwa mereka diarahkan untuk berbogel kerana dituduh menyorokkan pemetik api selepas pulang ke Penjara Kajang apabila perbicaraan tamat pada Selasa.

''Anak guam saya juga memberitahu bahawa dia dan Matan diarahkan untuk memasukan jari ke dubur atau akan dipukul jika enggan. Kedua-dua tertuduh tidak mahu melakukannya,'' kata Gurbachan. Beliau seterusnya menambah, Thailayangan juga diarahkan untuk melakukan tekan tubi sehingga buku limanya cedera.

Menurut Gurbachan, pihaknya memohon perhatian daripada Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Akhtar Tahir kerana perkara itu menyakitkan tertuduh.
Ketika disoal jika tertuduh boleh mengecam pegawai polis yang melakukan perbuatan itu, Gurbachan menjawab, terdapat beberapa anggota terlibat dan salah seorangnya bernama 'Azeli'.

Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Matan pula berkata, anak guamnya tidak seharusnya diperlakukan sedemikian. Akhtar kemudiannya meminta agar pegawai polis itu jika telah dikenal pasti dibawa ke mahkamah untuk disoalnya bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara tersebut. ''Saya memandang serius perkara ini dan pihak pendakwaan, tolong beri bantuan dalam mengenal pasti siapa yang terlibat,'' katanya.



** haaaaaa amik .. skrg nie mereka yg terlibat telah diarahkan mengadap mahkamah utk beri keterangan .. ha ! kan dah susah .. kalau akak berhentikan aje manusia mcm nie .. selalu melakukan penindasan dan berlagak PANDAI ! .. 

Comments

Popular posts from this blog