Koleksi-koleksi Kuliah Agama


Free Download Koleksi Kuliah AgamaHidup ini perlulah diimbangi dengan kesinambungan yang benar, bukan mengejar dunia semata-mata, mengejar Google Pagerank, mengejar trafik blog yang banyak, mengejar duit berjuta-juta daripada internet, bahkan kita sebagai umat Islam perlulah diimbangi dengan dunia dan akhirat.


Menuntut ilmu bukan sahaja pada pembacaan dan praktikal sahaja, tetapi perlulah mempunyai tunjuk ajar seseorang. Tidak kira di mana jua, di sekolah, institut pengajian tinggi, masjid dan surau. Kini di internet juga kita boleh mempelajari ilmu agama, bertanya kepada yang lebih mengetahuinya. Diperbicangkan bersama-sama kenalan di internet, sebagai contoh kita boleh bincangkan soal agama di iLuvislam.com dan banyak lagi laman-laman yang membincangkan soal agama.

Bagi yang mempunyai sama seperti saya, iaitu mendengar kuliah atau motivasi agama. Itu adalah lebih baik, banyak perkara yang boleh kita dalami dan fahami. Jika yang tidak berkesempatan mendengar kuliah di masjid atau surau, itu tidak perlu dijadikan alasan lagi. Kerana pelbagai cara yang membolehkan kita mendengar kuliah utama, tidak kira melalui CD atau DVD yang boleh didapatkan di pasaran, di YouTube, Facebook dan sebagainya.

Pada kali ini saya ingin kongsikan sebuah laman yang menyediakan koleksi-koleksi kuliah agama, iaitu myMaktabaty.com yang diperkenalkan oleh kenalan singkat saya yang pernah menumpang mandi di rumah saya di Perlis. Syukur alhamdulillah, masih ada insan yang sudi berkongsi kebaikan bersama saya. Kali ini saya ingin kongsikan bersama anda pula, myMaktabaty.com yang menyediakan pelbagai koleksi kuliah agama menarik.

Pelbagai koleksi kuliah agama yang dikongsikan di myMaktabaty.com tidak kira dalam bentuk video dan mp3. Antara penyampai-penyampai kuliah agama yang dikongsikan ialah Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, Ustaz Azhar Idrus, Dato’ Shamsuri Ahmad, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ustaz Zahazan Mohamed, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan banyak lagi.

Selain itu juga, terdapat pelbagai amal jariah yang dilakukan. Seperti saluran derma untuk membina surau atau masjid di beberapa kawasan yang boleh anda lakukan. Bagi yang mempunyai Facebook dan Twitter, bolehlah mengikuti myMaktabaty.com melalui Facebook dan Twitter sekarang juga.

Apa tunggu lagi, dapatkan koleksi-koleksi kuliah agama di myMaktabaty.com sekarang juga . Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

copy http://blog.mohdisa.com/free-download-koleksi-kuliah-agama.html

Comments

Popular posts from this blog