PERMASALAHAN SOLAT SUNAT HADIAH DAN PAHALA BERAMAL KERANA ALLAH SAMPAI ATAU TIDAK KEPADA ARWAH
Adalah sembahyang yang dilakukan sebanyak 2 rakaat sebagai sunat mutlak, pada malam yang pertama sesudah mayat dikebumikan.
Dibaca pada tiap-tiap rakaat sesudah membaca Al-Fatihah:
- Ayat Kursi - 1 kali.
- At-Takasur - 1 kali.
-Al-Ikhlas - 11 kali.
Doa sesudah sembahyang sunat hadiah:
اَللَّهُمَّ اِنِّيْ صَلَّيْتُ هَذِهِ الصَّلاَةَ وَاَنْتَ تَعْلَمُ مَا اُرِيْدُ .
اَللَّهُمَّ ابْعَثْ ثَوَابَهَا اِلَى قَبْرِ فُلاَنِ بْنِ فُلاَنَةٍ
Ertinya: Ya Allah! Aku telah lakukan sembahyang ini, sedang Engkau Maha Mengetahui apa yang aku kehendaki. Ya Allah! Kirimkan pahalanya kepada kubur si Fulan bin Fulanah.
Tersebut dalam Hasyah atas Syarah Sittin Masalah Arrimli, bagi Ahmad Almihi Annu’mani, pada m/s 67:
عن كتاب المختاَرِ ومطالع الاَنوار عنِ النَّبِي صَلى اللهُ عليه وسلم"
لا يأتى على الميِت اشد من الَيلَة الاولى فَارحموا موتاكم بالصدقةِ
فَمَن لم يجد فليصل ركعتينِ . يقرأ فى كل ركعة منهمَا فاتحة الكتاب
واية الكرسي والهكم التكاثر وقل هُو اللهُ احدُ احْدى عشرة مرة ويقول :
اللهُم انىْ صليتُ هَذه الصلاةَ وتعلمُ مَا ارِيدُ .
اللهُم ابعثْ ثوابها الى قَبر فلاَنِ بنِ فُلاَنَة
فيَبعث اللهُ مِن سَاعته الى قبره الف ملك نور وهَديةٌ
يؤْنِسُوْنهُ فى قبرهِ الى ان ينفخ فى الصور ويعْطِى اللهُ المصليَ بعدد
مَا طلعَتْ عليه الَشمس حسَنَات ويرفعُ اللهُ له اربعين الف درجة
واربعين الف حجة وعمرَة ويبنى اللهُ له الف مدينة
"فى الجنة وَيُعْطى ثواب الف شهيد ويكسى الف حلةٍ .
Ertinya: Sabda Nabi s.a.w: Tidaklah datang (cubaan) atas diri mayat yang lebih hebat dari malam pertama. Maka kasihanilah mayat-mayatmu itu dengan sedekah. Maka barangsiapa yang tidak mendapatkannya, hendaklah dilakukannya sembahyang 2 rakaat yang dibacakan pada tiap-tiap rakaat surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi, Alhakumuttakasur, Qulhuallahuahad 11 kali, lalu diucapkannya:
Ya Allah! Sesungguhnya aku telah lakukan sembahyang ini, sedang Engkau Maha Mengetahui apa yang aku maksudkan. Ya Allah! Kirimkanlah pahalanya kekubur si Fulan bin Fulanah, nescaya mengirimkanlah Allah Taala pada saat itu juga seribu malaikat, bersama tiap-tiap malaikat itu nur dan hadiah. Berjinak-jinak mereka itu bersamanya di dalam kubur sampai ditiup sangkakala. Dan dikurnia Allah Taala kepada yang melakukan sembahyang ini sebanyak barang yang terkena sinar matahari akan kebajikan dan Allah Taala angkatkan baginya 40 ribu darjat, 40 ribu haji dan umrah dan dibina baginya seribu kota di dalam syurga dan diberi pahala seribu syahid dan dipakaikan seribu persalinan.
PERSELISIHAN PENDAPAT TENTANG KEWUJUDAN SOLAT SUNAT HADIAH.
Sesetengah ulamak Ahlu Sunnah wal jamaah yang bertaklid dengan pendapat Al Imam As Subki dan beberapa ulamak lain yang terkenal dalam Mazhab Imam Syafie. Walaubagaimana pun terdapat pandangan mengatakan bahawa Solat Hadiah ini amat terkenal dikalangan penganut Syiah.
Dalam satu riwayat mereka yang masyhur dari Mohamed bin al-Hasan didalam kitab al-Misbah yang dapat saya ringkas riwayatnya yang menjelaskan tentang solat hadith :
"Sesungguhnya seseorang hamba bersolat pada hari Jumaat 8 rakaat, 4 rakaat didedikasikan kepada Rasulullah saw aw , 4 rakat selebihnya kepada Fatimah, kemudian pada hari Sabtu 4 rakaat didedikasikan kepada Musa bin Ja'far, kemudian lakukan begitu sehingga hari Khamis dimana 4 rakaat kepada empunya zaman."
Didalam riwayat yang lain oleh Ibrahim bin Ali al-Kaf'ami (al-Misbah) dijelaskan kaifiat Solat Hadiah ini ::-
Solat Hadiah adalah pada malam dikebumikan sebanyak 2 rakaat, didalam rakaat awal di baca al-Fatihah dan ayat al-Kursi, dan pada rakaat kedua dibaca al-Fatihah dan surah al-Qadr sebanyak 10 kali, dan selepas selesai salam hendaklah dia berdo'a : Ya Allah selawat dan salam kepada Muhammad dan kaum keluarga Muhammad, dan saya menyampaikan pahala kepada kubur si-Fulan".
Ulamak - ulamak yang menyebutkan hukum Solat Sunat Hadiah adalah bida'ah dan Rasulullah tidak pernah menyebutkan dalam mana-mana hadis baginda di sokong oleh beberapa Ulamak- ulamak tempatan tanah air termasuk Dr. Asri Zainul Abidin bekas Mufti Perlis dan beberapa ulamak dalam panel Al Ahkam.net. Ulamak - ulamak ini mempertikaikan tentang 2 isu besar berkaitan dengan permasalahan tersebut . Isu yang timbul adalah ;
1) Kewujudan Solat sunat hadiah oleh rasulullah.
2) Pahala sampai atau tidak kepada arwah.
I. DISKUSI ULAMAK YANG BERSETUJU TENTANG AMALAN SOLAT SUNAT HADIAH DAN PAHALA BERAMAL KERANA ALLAH BOLEH SAMPAI KEPADA ARWAH.
Kesimpulan perbincangan ulama mengenainya bahawa pendapat yang terpilih (al-mukhtar) ialah pendapat yang mengatakan pahala berkenaan sampai kepada si mati apabila pembacanya meniatkan pahala bacaannya itu kepada si mati atau berdoa setelah membaca al-Qur'an dengan menghadiahkan pahalanya kepada si mati ataupun membaca al-Qur'an di sisinya atau di atas kuburnya berdasarkan dalil-dalil yang kukuh. Pendapat ini adalah pendapat imam-imam mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali dan dipilih oleh kebanyakan ulama-ulama mazhab Syafi'e.
Tidak di nafikan terdapatnya pandangan dari Al Imam An Nawawi menyebutkan bahawa pahala Al Quran dan pahala beramal tidak akan sampai kepada arwah sepertimana yang di sebut oleh beberapa ulamak lain akan tetapi mereka menyebutkan maksud pahala tidak sampai itu ialah jika ia tidak dibaca di sisi si mati atau tidak berniat supaya pahala bacaan itu untuk si mati atau dia berniat tetapi tidak berdoa. Adapun jika dibaca di sisinya atau diniatkan bacaan itu untuknya dan berdoa setelah membaca al-Qur'an itu maka akan sampai pahalanya. ( Kitab I'anah ath- Thalibm: 3/354-355).
Imam an-Nawawi di dalam Kitab Al-Adzkar berkata setelah mengetengahkan perselisihan pendapat ulama mengenai hal ini:
"فالاختيار أن يقول القارئ بعد فراغه : اللهم أوصل ثواب ما قرأته الى فلان ، والله أعلم"
Ertinya: Maka (pendapat) yang terpilih hendaklah orang yang membaca al-Qur'an itu membaca (doa) sete!ah se!esai membaca al-Qur'an iaitu: "Ya Allah! Mohon sampaikan pahala daripada ayat-ayat al-Qur'an yang telah aku baca kepada si polan." (AI-Adzkar: 336)
Perbuatan menghadiahkan pahala beramal kerana Allah ini pernah di katakan oleh Ulamak bahawa
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pada ketika akan berkorban dua ekor kibasy, Baginda berdoa supaya diterima oleh Allah korban Baginda itu untuk diri Baginda sendiri, keluarga dan umat Baginda.
Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memberikan pahalanya untuk keluarga dan umat Baginda. Ini membawa erti bahawa amalan seseorang itu boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Bekas Mufti Mesir Al Fadhilah Dr. Nasr Farid Muhammad Wasil, telah ditanya: "Bahawa seorang khatib di sebuah kampung ketika 'menyampaikan khutbah pada hari Jumaat mengatakan membaca al-Qur'an dan membaca al-Fatihah untuk orang-orang yang telah meninggal itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu adalah sesat." Lalu penyoal memohon penjelasan hukum syara' dalam perkara membaca al-Qur' an untuk orang yang telah meninggal.
Jawab Mufti tersebut: "Sesungguhnya membaca al-Qur'an itu adalah antara yang seafdhal-afdhal ibadat. Dengannya akan mendekatkan seorang Muslim kepada Tuhannya. Adapun membaca ayat Al Quran untuk seseorang selepas meninggalnya, sama ada bacaan itu di rumahnya, di masjid, selepas menyembahyangkan si mati atau sebelumnya atau di sisi kubumya, semuanya ini adalah harus menurut syara'. Bacaan al-Qur'an itu dengan kemurahan Allah memudahkan mayat dalam kubumya sebagaimana perkara dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu (alaihi wasallam dalam sabdanya:
"ما من ميت يقرأ عليه سورة يس إلا تهون عليه"
Maksudnya: Tiada mayat dibacakan kepadanya surah melainkan dipermudahkan ke atasnya. (AI-Fatwa al-Islami 110)
Bahkan pendapat tersebut di sokong oleh AI-Imam Abdul Halim Mahmud (bekas Syeikh al-Azhar) dalam fatwanya mengenai perkara membaca al-Qur'an untuk seseorang selepas kematiannya, aI-Imam itu berkata:
"Membaca al-Qur'an ke atas seseorang setelah dia meninggal dunia hukumnya adalah harus. Perbuatan tersebut tidak diragukan boleh menolong mempermudahkan urusan si mati di alam kubum sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda Rasulullah Shallallah (a/aihi wasallam kepada kita. Baginda menggalakkan agar kita membaca al-Qur'an untuk si mati selepas kematiannya sebagaimana sabda Baginda:
"ما من يقرأ عليه سورة يس الا تهون عليه"
(رواه القرطبي)
Maksudnya: Tiada seorang pun yang meninggal dunia yang dibacakan ke atasnya surah Yasin kecuali (surah berkenaan) akan mempermudahkan ke atasnya.
(hadits riwayat al-Qurthubi)
Ulamak-ulamak yang berhukumkan harus dan boleh beramal dengan menghadiahkan pahala beramal kerana Allah kepada arwah dengan berpegang kepada hadis Rasulullah yang berbunyi ;
(من دخل المقابر فقرأ سورة يس خفف الله عنهم يومئذ وكان له بعدد من فيها حسنات". (ذكره الثعلبى عن أبى هريرة"
Maksudnya: Sesiapa yang masuk (ziarah) kubur lalu membaca surah Yasin maka Allah meringankan ke atas mereka (penghuni kubur) azab pada hari itu. Dan dia pula mendapat kebajikan sebanyak bilangan mereka yang bersemadi di dalam kubur berkenaan. (Hadits ini disebut oleh ats- Tsa'labi daripada Abu Hurairah)
Perkara di atas adalah mengenai dengan kesahihan amalan membaca al-Qur' an ke atas si mati setelah matinya dan juga dengan ini melemahkan sebarang alasan untuk ia tidak dibaca ke atas si mati.
Untuk mengukuhkan lagi apa yang sedang kita bincangkan ini Rasulullah Shallalahu 'alaihi wasallam bersabda:
."إذا مات الإنسان انقطع عنه عمله إلا من ثلاثة إلا من صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له"
(رواه مسلم)
Maksudnya: Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak salih yang berdoa (untuk baikannya).
(Hadits riwayat Muslim)
Dalam hal ini al-Qur’an adalah antara bentuk doa yang terpenting di mana orang yang berdoa menghadap Allah dengan berperantarakannya. Di dalam sebuah hadits Qudsi ada menyatakan bahawa Allah berfirman yang maksudnya: Sesiapa yang sibuk membaca al-Qur’an daripada berzikir dan berdoa nescaya Aku akan memberi apa yang dikehendakinya dengan sebanyak-banyaknya dansebaik-baik daripada apa yang Aku berikan kepada orang yang berdoa kepadaKu.
Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. A Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan B Darussalam apabila diminta fatwanya mengenai: Bertahli/ mati 3, 7 dan 40 hari, beliau memfatwakan:
"Tahlil kepada orang mati itu ertinya membaca ayat-ayat al¬dan membaca zikir dan berdoa kerana si mati, ini dituntut di Islam bukan sahaja pada 3 hari atau 7 hari atau 40 hari atau 100 atau setahun sekali, tetapi tiap-tiap orang Islam sembahyang doakan orang Islam sarna ada orang itu mati atau hidup seperti kata dalam sembahyang:
السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين
Lepas orang azan sunat berdoa afiyat kepada diri sendiri dan ib bapa dan lain orang. Lepas sembahyang sunat berdoa:
أستغفر الله للمؤمنين والمؤمنات (27 كالي)
Siapa orang tiada apa hendak berbuat sedekah maka ia kata:
اللهم صل على سيدنا محمد اللهم صل على المؤمنين والمؤمنات
atau seperti kata itu maka dia dapat pahala bersedekah kepada orang¬orang mukmin dan mukminat.
Tiada mesti waris membuat tahlil dan orang lain boleh buat tahlil dan doa sebagaimana ayat di atas ini."
Cukup secara ringkas menunjukkan bahawa amalan seseorang seperti membaca tahlil dan Yasin itu, boleh mendatangkan faedah kepada orang lain. Dengan itu bacaan tahlil dan membaca Yasin itu bukanlah perkara bid 'ah.
Wallahua'lam.
Saya mengalu-alukan mana-mana hujah dan dalil berkaitan dengan isu tersebut bagi memperdalami ilmu kerana Allah. Sekian. Terima kasih.
Comments
Post a Comment